TOKYO, 29 Jun 2026 /Kyodo JBN/ – TOBU TOWER SKYTREE Co., Ltd., pengendali bagi TOKYO SKYTREE, mengumumkan penganjuran acara kerjasama kedua mereka bersama dengan watak popular Jepun, “Chiikawa,” yang kembali diadakan selepas tiga tahun dengan bertemakan “Chiikawa Starry SKYTREE® and the Secret Island.” Acara itu akan berlangsung dari Jumaat, 10 Julai hingga Sabtu, 31 Oktober 2026, bersempena dengan tayangan filem “Chiikawa the Movie: The Secret of the Mermaid Island” yang dijadualkan menemui penonton pada Julai ini.
Visual utama:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M108036/202606120795/_prw_PI1fl_4Vetdnj1.jpg Laman web khas:
https://www.tokyo-skytree.jp/en/event/special/chiikawa/Sepanjang acara itu, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai dekorasi istimewa yang menampilkan ilustrasi eksklusif Chiikawa di kawasan Galleria Tembo pada ketinggian 450 meter. Selain itu, pelbagai barangan cenderahati edisi khas, menu bertemakan Chiikawa di kafe, serta perkhidmatan fotografi turut disediakan. Satu tayangan khas juga akan diadakan di SKYTREE ROUND THEATER® yang terletak di Dek Tembo pada aras 350 meter, dengan tingkap-tingkap dek pemerhatian berfungsi sebagai skrin gergasi. Pada waktu malam pula, TOKYO SKYTREE akan diterangi dengan pencahayaan khas yang diinspirasikan oleh pelbagai karakter dalam dunia Chiikawa.
Pengunjung yang ingin menikmati menu eksklusif acara itu di SKYTREE CAFE di Dek Tembo di Aras 340, dikehendaki membeli “Tiket Masuk Dek Pemerhatian Berserta Baucar Makanan.”
Maklumat lanjut mengenai cara pembelian “Tiket Masuk Dek Pemerhatian Berserta Baucar Makanan” boleh didapati di laman web khas acara itu. Penganjur menegaskan bahawa sebarang penjualan semula tiket adalah dilarang sama sekali dan kemasukan boleh ditolak sekiranya didapati berlaku aktiviti sedemikian. Maklumat mengenai lokasi jualan serta kaedah pembelian barangan eksklusif acara turut boleh didapati menerusi laman web khas tersebut.
TOBU TOWER SKYTREE berharap pelancong ke Jepun akan melawat dan menikmati TOKYO SKYTREE sempena acara tersebut.
Maklumat mengenai TOKYO SKYTREE
TOKYO SKYTREE setinggi 634 meter itu ialah menara penyiaran paling tinggi yang berdiri bebas di dunia. Ia mempunyai dua dek pemerhatian, Dek Tembo, setinggi 350 meter, dan Galleria Tembo, setinggi 450 meter, yang menawarkan satu pemandangan panorama Tokyo yang menakjubkan. Pada waktu malam, TOKYO SKYTREE diterangi dengan warna-warni dalam tiga gaya pencahayaan -- "Iki", yang dicirikan oleh satu warna biru pucat, "Miyabi," yang menampilkan ungu Edo dan warna tangerin "Nobori" yang membawa tuah. Pencahayaan khas boleh dilihat semasa acara bermusim dan acara lain.
Laman web rasmi dan akaun media sosial:
Laman web:
https://www.tokyo-skytree.jp/en/Instagram:
https://www.instagram.com/tokyoskytree_global/X:
https://twitter.com/skytreeofficialFacebook:
https://www.facebook.com/TOKYOSKYTREE.official/ Makluman hak cipta:
(C) nagano
(C) nagano / 2026 Chiikawa the Movie Film Partners
(C) TOKYO-SKYTREE
Sumber: TOBU TOWER SKYTREE Co., Ltd.
--BERNAMA