Majalah TIME telah menamakan syarikat teknologi perubatan perintis, Xenco Medical, sebagai salah satu daripada TIME100 Syarikat Paling Berpengaruh di Dunia serta penerima Anugerah TIME100 Impact dalam Kesihatan 2026. SAN DIEGO, 5 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Majalah TIME telah menamakan syarikat teknologi perubatan perintis, Xenco Medical, sebagai salah satu daripada TIME100 Syarikat Paling Berpengaruh di Dunia serta penerima Anugerah TIME100 Impact dalam Kesihatan 2026. Dianggap secara meluas sebagai pengiktirafan paling berprestij dalam bidang perniagaan dan teknologi, pemilihan ke dalam senarai TIME100 kekal sebagai antara pencapaian paling didambakan oleh syarikat di peringkat global. Anugerah TIME100 Impact pula diberikan kepada hanya lima penerima setiap tahun, menjadikannya antara penghormatan paling eksklusif yang boleh diterima sesebuah syarikat serta pengiktirafan mendalam terhadap impak transformasi di peringkat dunia. Xenco Medical menerima penghormatan daripada TIME sebagai satu-satunya penerima Anugerah TIME100 Impact dalam Kesihatan bagi tahun 2026, sekali gus menonjolkan kedudukan globalnya dalam memberi impak kepada sektor penjagaan kesihatan. Menurut Majalah TIME, senarai TIME100 Most Influential Companies mengetengahkan “syarikat yang memberi impak luar biasa di seluruh dunia.” Pengiktirafan daripada TIME ini hadir selepas Xenco Medical dinobatkan sebagai Syarikat Peranti Perubatan/Diagnostik Terbaik 2025 di Trailblazer Awards di New York City, disenaraikan sebagai antara Syarikat Paling Inovatif di Dunia oleh Fast Company Magazine buat kali kedua pada 2025, serta menerima Anugerah Kecemerlangan dalam Tadbir Urus dan Kepimpinan bagi Cabaran Global 2025 daripada Forum Ekonomi Dunia.
“Kami amat berbesar hati dan berasa rendah diri apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah TIME100 Impact dalam Kesihatan 2026 serta disenaraikan sebagai salah satu daripada TIME100 Syarikat Paling Berpengaruh di Dunia. Sebagai syarikat yang dipacu misi dan komited untuk memberikan hasil terbaik kepada seramai mungkin pesakit, pengiktirafan daripada TIME ini mengukuhkan lagi komitmen kami untuk menterjemahkan potensi sains kepada impak transformasi terhadap kehidupan pesakit dan keluarga mereka,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Xenco Medical, Jason Haider.
Sebagai peneraju dalam sains hayat, portfolio inovatif Xenco Medical merangkumi implan biomimetik, biomaterial regeneratif, sistem pembedahan polimer komposit serta pelbagai teknologi perisian termaju daripada pemantauan terapeutik jarak jauh berasaskan AI hingga simulasi pembedahan holografik praoperasi yang menjadikannya penanda aras inovasi dalam industri. Selaras dengan misi syarikat untuk menghapuskan halangan yang lazim dalam penjagaan pembedahan berasaskan silo, teknologi TrabeculeX Continuum menggabungkan potensi pembentukan tulang melalui biomaterial regeneratif dengan pemulihan pasca pembedahan dipacu AI. Diilhamkan oleh prinsip mekanotransduksi, platform ini membolehkan pakar bedah memantau skor kesakitan, pematuhan rehabilitasi serta pemulihan pergerakan pesakit secara jarak jauh melalui penilaian postur berasaskan AI sepanjang proses pembentukan semula tulang.
Teknologi Xenco Medical turut memperkenalkan pendekatan penjagaan kesihatan global yang lebih optimum dan berasaskan nilai. Melalui sistem implan pembedahan guna sekali yang dipermudah, syarikat ini membantu meningkatkan kecekapan operasi fasiliti kesihatan dengan mengurangkan masa pertukaran pembedahan kerana tidak memerlukan proses pensterilan dan pemprosesan semula implan serta instrumen antara prosedur pembedahan. Sebagai peneraju dalam pembangunan teknologi yang memberi kesan merentasi keseluruhan ekosistem kesihatan, Xenco Medical telah membuka laluan inovatif yang kini menjadi asas kepada era penjagaan kesihatan berasaskan nilai. Edisi TIME100 Most Influential Companies keluaran Majalah TIME mula berada di pasaran global hari ini.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20260501700974/enContactsinfo@xencomedical.com858-202-1505
Sumber: Xenco Medical
--BERNAMA