Johor Bahru, Malaysia, 21 April (Bernama) -- UOB mengumumkan pada 20 April 2026 bahawa ia telah memainkan peranan aktif dalam memudahkan aliran pelaburan langsung asing (FDI) melebihi RM18 bilion
¹ ke Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ). Ini menunjukkan keberkesanan kerjasama awam-swasta berikutan pelancaran Green Lane UOB bersama Invest Johor pada tahun lepas
².
Di Forum Strategik UOB-Invest Johor JS-SEZ 2026 yang diadakan hari ini, Bank telah mengumumkan dua komitmen baharu kepada pelabur, bernilai lebih RM1 bilion, yang akan difasilitasi melalui Green Lane UOB. Komitmen ini menandakan kemajuan berterusan dalam pelaburan rentas sempadan dan integrasi rantaian bekalan serantau. Bank juga melancarkan program UOB My Digital Space (MDS) di Malaysia, sebahagian daripada komitmen lebih luas Bank terhadap pembangunan komuniti dan bakat.
YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, berkata, “Kerjasama mantap di antara Invest Johor dan UOB menunjukkan bagaimana kerjasama awam-swasta yang sejajar dapat membawa hasil yang nyata, menarik pelaburan berkualiti tinggi, mewujudkan pekerjaan mahir dan memberi impak yang bermakna. Kami menghargai sokongan berterusan UOB dalam memajukan strategi yang jelas, pelaksanaan yang konsisten dan pendekatan yang berfokuskan pelabur oleh Kerajaan Negeri Johor dalam meletakkan JS-SEZ sebagai destinasi pelaburan terkemuka dan berdaya saing. Keutamaan kami adalah jelas. Setiap pelaburan yang diperoleh mesti menyampaikan hasil yang nyata, termasuk peluang pekerjaan yang lebih baik, industri tempatan yang lebih kukuh dan nilai yang berkekalan untuk setiap rakyat Johor.”
Puan Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Malaysia, berkata, “Dari awal lagi, UOB telah memberi tumpuan pada langkah-langkah praktikal yang membantu mengubah minat kepada tindakan sebenar. Dalam menggabungkan keutamaan pembangunan Johor dengan peranan Singapura sebagai hab perniagaan global, syarikat-syarikat di kedua-dua belah Tambak Johor dapat melaksanakan peluang rentas sempadan dengan berkesan. Melalui kerjasama dengan Invest Johor, MIDA, IRDA dan pihak berkepentingan lain, kami dapat memudahkan pelaburan bernilai tinggi secara berterusan dari pelbagai negara ke dalam JS-SEZ, justeru mengukuhkan ketersambungan rantaian bekalan sambil menyampaikan manfaat ekonomi untuk Malaysia dan Singapura.”
Pelabur utama seperti GSP Automotive Malaysia dan Paragon Globe, dan JT Automation Technology, telah menyatakan komitmen dan menyampaikan Surat Hasrat kepada Tuan Haji Natazha Hariss, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Johor, mengenai rancangan mereka untuk melabur dan mengembangkan operasi dalam JS-SEZ. Penyampaian tersebut telah disaksikan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz; YB Dato’ Ir Hasni bin Mohammad, Penasihat Ekonomi dan Pelaburan Negeri Johor Manusia; dan Puan Ng.
Forum Strategik UOB – Invest Johor 2026 dianjur dengan sokongan bersama EcoWorld, Knight Frank Malaysia, Liberty General Insurance Berhad dan RDS Partnership. Forum yang dihadiri lebih 400 peserta tersebut telah menarik bakal pelabur dari luar negara, syarikat multinasional, perusahaan kecil dan sederhana, serta wakil daripada dewan perniagaan dan persatuan perdagangan.
Membangunkan bakat masa depan melangkaui perbankanUOB My Digital Space merupakan inisiatif pendidikan Bank yang dirancang untuk menggalakkan pemikiran kritis dan penggunaan teknologi secara bertanggungjawab di kalangan pelajar.
Tambah Puan Ng, “Selain memacu pelaburan ke dalam JS-SEZ, UOB komited membangunkan bakat yang bersedia menghadapi era digital masa hadapan. Kami berbangga untuk melancarkan secara rasmi program pendidikan utama Bank ke Malaysia, bermula dengan Johor. Program kami dibentuk untuk membantu pelajar membina kemahiran digital asas, kesedaran AI dan keyakinan melalui modul yang berstruktur.”
MDS kini dilaksanakan secara berperingkat merentasi pasaran utama ASEAN dan Greater China, termasuk Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, China dan Hong Kong. Ia dijangka akan memanfaatkan lebih 100,000 pelajar serantau, sekali gus membantu merapatkan jurang digital. Di Malaysia, program ini telah berkembang sebagai suatu inisiatif berbilang tahun, yang memuncak di pelancaran rasminya pada hari ini. MDS memberi tumpuan pada penyediaan program pendidikan untuk pelajar berumur antara 10 hingga 16 tahun, selaras dengan objektif negara berkaitan dengan keterangkuman digital dan kesiapsiagaan belia untuk masa depan.
¹Pada 31 Disember 2025
²Sila rujuk siaran akhbar UOB:
‘UOB launches Green Lane with Invest Johor to fast-track investments into JS-SEZ’, 19 Februari 2025 SUMBER: UOB Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Averlyn Lim
Brand, Media and Communications
Tel: 01802299 168
Emel: averlyn.limsl@uob.com.my
Nama: Nizam Arop
Brand, Media and Communications
Tel: 603- 2638 6304/ 6017-333 6329
Emel: nizam.arop@uob.com.my