(Foto Kiri) Arm dan Monash University Malaysia menjalin kerjasama bagi memajukan pembangunan bakat semikonduktor dalam era AI.
(Foto Kanan) Arm mengumumkan kerjasama dengan Fakulti Kejuruteraan, Monash University Malaysia. Dari kanan ke kiri: C. K. Tseng dari Arm, Profesor Anthony Guo, Profesor Dato’ Dr. Ir Faisal Rafiq Mahamd Adikan, dan Profesor Madya Narayanan Ramakrishnan dari Monash University Malaysia.
KUALA LUMPUR, Malaysia, 31 Mac (Bernama) -- Arm Holdings plc (NASDAQ: ARM), syarikat yang sedang membina masa depan pengkomputeran, hari ini mengumumkan kerjasama dengan Fakulti Kejuruteraan, Monash University Malaysia bagi pembangunan tenaga kerja AI masa depan. Kerjasama ini bertujuan memperkukuh penglibatan industri-akademik serta menyokong pembangunan tenaga kerja semikonduktor ketika permintaan terhadap bakat pengkomputeran lanjutan terus meningkat di rantau ini.
Melalui kerjasama ini, Arm akan menyumbangkan papan pembangunan reka bentuk litar bersepadu kepada Fakulti Kejuruteraan, Monash University Malaysia. Sumbangan ini membolehkan pelajar memperoleh pengalaman amali membangunkan penyelesaian berasaskan seni bina Arm serta teknologi reka bentuk sistem moden yang digunakan secara meluas dalam industri teknologi global. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha penglibatan global Arm yang merangkumi kerjasama dengan universiti terkemuka dunia bagi menyediakan akses kepada teknologi, alat pembangunan dan sumber pembelajaran Arm.
“Di Arm, kami percaya bahawa bakat merupakan faktor penting yang memacu kemajuan industri, khususnya ketika AI terus berkembang pesat,” kata C. K. Tseng, Naib Presiden Jualan, Amerika Utara dan Presiden ASEAN, Arm. “Kami teruja untuk memperluaskan inisiatif penglibatan global Arm ke Malaysia, sekali gus memberi peluang kepada pelajar di Monash University Malaysiau ntuk memahami seni bina canggih yang memperkasakan sistem AI moden serta memperoleh kepakaran berharga dalam reka bentuk cip AI bagi kerjaya masa depan mereka dalam industri ini.”
“Fakulti Kejuruteraan Monash University Malaysia telah lama bekerjasama dengan peneraju industri bagi memastikan pelajar kami dilatih dalam teknologi yang relevan di peringkat global. Pengintegrasian reka bentuk berasaskan Arm ke dalam kurikulum kami memperkukuh kedalaman teknikal program kami serta mencerminkan komitmen kami terhadap pendidikan kejuruteraan yang berteraskan industri dan berstandard tinggi,” kata Profesor Anthony Guo, Dekan Fakulti Kejuruteraan, Monash University Malaysia.
Bagi memperkukuh lagi penglibatan akademik dan industri, C. K. Tseng akan dilantik sebagai pensyarah jemputan di Monash University Malaysia dari Mac hingga November 2026, dan akan berkongsi pandangan mengenai seni bina cip, inovasi semikonduktor serta trend pengkomputeran yang sedang berkembang.
Tentang Arm
Arm merupakan platform pengkomputeran berprestasi tinggi dan cekap tenaga dengan skala yang tiada tandingan, merangkumi 100 peratus populasi global yang terhubung. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap pengkomputeran, Arm menyediakan penyelesaian canggih yang membolehkan syarikat teknologi terkemuka dunia memperkenalkan pengalaman dan keupayaan AI yang baharu. Bersama ekosistem pengkomputeran terbesar di dunia serta lebih 22 juta pembangun perisian, Arm sedang membina masa depan AI.
Semua maklumat disediakan “sebagaimana adanya” tanpa sebarang jaminan atau representasi. Dokumen ini boleh dikongsi secara bebas dengan atribusi dan tanpa pengubahsuaian. Arm ialah tanda dagangan berdaftar Arm Limited (atau anak syarikat atau sekutunya). Semua jenama atau nama produk adalah milik pemilik masing-masing. © 1995–2026 Arm Limited.
SUMBER: Arm Holdings plc
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Marian Ma
Pengarah, Perhubungan Awam, Taiwan & ASEAN
Tel: +886 091 074
Emel: Marian.Ma@arm.com
--BERNAMA