SSD Super High IOPS, Siri KIOXIA GPSSD KIOXIA Berprestasi IOPS Sangat Tinggi Tawar Pengembangan Memori Berprestasi Tinggi dan Kependaman Rendah untuk Seni Bina NVIDIA Storage-Next™ TOKYO, 18 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kioxia Corporation hari ini mengumumkan pembangunan SSD Super High IOPS, iaitu jenis SSD baharu yang membolehkan GPU mengakses secara langsung memori flash berkelajuan tinggi sebagai peluasan kepada High Bandwidth Memory (HBM) dalam sistem AI. SSD Super High IOPS baharu ini, siri KIOXIA GP, direka khusus untuk memenuhi keperluan prestasi yang semakin meningkat dalam AI dan pengkomputeran berprestasi tinggi, dengan menyediakan kapasiti memori boleh diakses GPU yang lebih besar bagi mempercepat akses data untuk beban kerja AI. Sampel penilaian siri KIOXIA GP akan disediakan kepada pelanggan terpilih menjelang akhir tahun 2026.
Inisiatif NVIDIA Storage-Next menangani peralihan yang dijangka daripada beban kerja berintensifkan pengiraan kepada berintensifkan data, serta keperluan yang semakin meningkat terhadap ruang memori boleh diakses GPU, yang kini terhad oleh saiz HBM. Dengan memperluas ruang memori boleh guna GPU, set data yang lebih besar dapat diakses, sekali gus meningkatkan penggunaan GPU dengan membawa lebih banyak data lebih dekat kepada sumber pengkomputeran.
Inisiatif NVIDIA Storage-Next menyeru pengeluar SSD untuk mereka pemacu yang dioptimumkan bagi beban kerja AI yang dimulakan oleh GPU. Inisiatif ini secara efektif memperluas kapasiti HBM dengan membolehkan GPU mengakses memori berasaskan flash. Kioxia menyokong inisiatif ini melalui SSD siri KIOXIA GP yang menggunakan memori kelas storan KIOXIA XL-FLASH™ berprestasi tinggi dan berkependaman rendah. Penyelesaian ini diposisikan secara unik untuk seni bina tersebut dengan menawarkan IOPS yang lebih tinggi, akses data berbutir halus (512 bait), serta penggunaan tenaga per I/O yang lebih rendah berbanding SSD TLC konvensional Kioxia.
Pengarah Kanan Bahagian SSD Kioxia, Makoto Hamada berkata, “Kioxia menyokong sepenuhnya inisiatif NVIDIA Storage-Next dan akan menyediakan SSD yang direka khusus untuk menangani keperluan memori boleh diakses GPU secara berkesan. Kerjasama ini penting dalam membentuk masa depan seni bina storan AI.”
Kioxia menegaskan komitmennya dalam memacu kemajuan teknologi bagi AI dan pengkomputeran berprestasi tinggi melalui inovasi berterusan serta kerjasama strategik. Keluarga SSD siri KIOXIA GP direka untuk memenuhi keperluan beban kerja AI yang sentiasa berkembang.
Selain itu, model AI kini berkembang pesat ke arah trilion parameter, manakala tetingkap konteks meningkat kepada jutaan token, sekali gus mendorong pertumbuhan luar biasa dalam keperluan cache KV (Key-Value). Seni bina seperti Context Memory Storage (CMX) oleh NVIDIA mengiktiraf keperluan untuk memperluas hierarki memori melangkaui memori GPU dengan memanfaatkan storan berprestasi tinggi. SSD KIOXIA CM9 Series PCIe
® 5.0 E3.S SSD, yang menawarkan kapasiti TLC 25.6 TB dengan ketahanan 3 DWPD, menyediakan prestasi, kapasiti dan ketahanan yang diperlukan untuk menyokong persekitaran inferens berskala besar ini. Kioxia percaya kelas storan ini akan memainkan peranan penting dalam menskalakan infrastruktur inferens AI yang cekap serta dioptimumkan dari segi kos. Sampel dijangka mula dihantar pada suku ketiga 2026.
KIOXIA turut akan mempamerkan emulator SSD Super High IOPS serta inovasi teknologi lain di NVIDIA GTC, di reruai 3522.
Catatan:Imej produk mungkin berbeza daripada produk sebenar.
NVIDIA dan Storage-Next ialah tanda dagangan dan/atau tanda dagangan berdaftar milik NVIDIA di Amerika Syarikat dan negara lain.
PCIe ialah tanda dagangan berdaftar milik PCI-SIG.
Nama syarikat, produk dan perkhidmatan lain mungkin merupakan tanda dagangan syarikat pihak ketiga.
Definisi kapasiti SSD: Kioxia Corporation mentakrifkan 1 kilobait (KB) sebagai 1,000 bait, 1 megabait (MB) sebagai 1,000,000 bait, 1 gigabait (GB) sebagai 1,000,000,000 bait, 1 terabait (TB) sebagai 1,000,000,000,000 bait, dan 1 kibibait (KiB) sebagai 1,024 bait. Walau bagaimanapun, sistem pengendalian komputer melaporkan kapasiti storan menggunakan kuasa 2, iaitu 1GB = 2^30 bait = 1,073,741,824 bait dan 1TB = 2^40 bait = 1,099,511,627,776 bait, justeru menunjukkan kapasiti storan yang lebih rendah. Kapasiti storan tersedia (termasuk contoh fail media yang berbeza) akan berbeza bergantung pada saiz fail, pemformatan, tetapan, perisian dan sistem pengendalian, serta/atau aplikasi perisian atau kandungan media yang dipasang sebelumnya. Kapasiti sebenar selepas diformat mungkin berbeza.
Maklumat tentang Kioxia
Kioxia ialah peneraju global dalam penyelesaian memori, yang berdedikasi dalam pembangunan, pengeluaran dan penjualan memori flash serta pemacu keadaan pepejal (SSD). Pada April 2017, pendahulunya, Toshiba Memory, telah dipisahkan daripada Toshiba Corporation, syarikat yang mencipta memori flash NAND pada tahun 1987. Kioxia komited untuk memperkasa dunia melalui “memori” dengan menawarkan produk, perkhidmatan dan sistem yang memberikan pilihan kepada pelanggan serta nilai berasaskan memori untuk masyarakat. Teknologi memori flash 3D inovatif Kioxia, BiCS FLASH™, sedang membentuk masa depan penyimpanan data dalam aplikasi berketumpatan tinggi termasuk telefon pintar canggih, PC, sistem automotif, pusat data dan sistem AI generatif.
Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan serta maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman dibuat, namun tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20260316827516/en
HubungiPertanyaan Media:
Kioxia Corporation
Bahagian Pengurusan Promosi
Satoshi Shindo
Tel: +81-3-6478-2404
Sumber: Kioxia Corporation--BERNAMA