TOKYO, 22 Jan., 2026 /Kyodo JBN/ --- Memperlihatkan kepada Dunia “Keazaman Kumpulan NX terhadap masa depan” yang Dimanifestasikan melalui Sokongan mereka untuk Evolusi dalam Industri Semikonduktor dan Automotif -
NIPPON EXPRESS HOLDINGS, INC. telah melancarkan sebuah filem jenama global baharu yang bertajuk “Moving India Forward” yang memberi tumpuan kepada pasaran India yang sedang berkembang pesat. Filem itu boleh ditonton di laman web syarikat itu mulai 15 Januari dan kini disiarkan di media global.
Logo:
https://drive.google.com/file/d/1dqm0cxpYamnvMUra1AGXMuGlX932Z353/view?usp=drive_linkAdegan daripada filem jenama baharu “Moving India Forward”:
https://drive.google.com/file/d/1FDdorvqKqluJcAeh2RzTwjkfl_0xIDKQ/view?usp=drive_link- Latar Belakang kepada penghasilan: India sebagai sebuah kuasa besar global
India dengan pantas muncul sebagai sebuah kuasa besar ekonomi global yang baharu, dan Kumpulan NX melihat pasaran India sebagai pangkalan paling kritikal untuk merealisasikan visi jangka panjang mereka untuk menjadi “sebuah syarikat logistik dengan satu kehadiran yang kukuh di dalam pasaran global.”
Filem itu menggambarkan cara bagaimana Kumpulan NX telah melangkaui peranan bagi sebuah syarikat logistik yang biasa untuk beroperasi sebagai sebuah “rakan strategik” yang dinamik di dalam memacukan evolusi infrastruktur sosial, di tengah-tengah pertembungan di antara tradisi dan inovasi di India moden.
- Sorotan bagi filem jenama baharu itu
1. Logistik yang menyokong evolusi bagi industri India
Struktur perindustrian India sedang mencapai kemajuan pesat, dengan didorong oleh kebangkitan industri semikonduktor dan pengembangan e-dagang. Filem itu memaparkan cara bagaimana kualiti global Kumpulan NX -- merangkumi pengendalian peralatan berketepatan tinggi dan logistik pintar – menjadi tunjang kepada evolusi industri India.
Imej 1:
https://drive.google.com/file/d/11bofzBIzg2u3FZ_0SePiObL36vQmo2IW/view?usp=drive_link2. Pengangkutan rel: nadi industri automotif
Filem itu secara dinamik menggambarkan pengangkutan rel yang menghubungkan rangkaian luas Kumpulan itu merentasi India dan menekankan komitmen Kumpulan itu untuk memperkukuhkan rantaian bekalan industri automotif dengan menambah pengangkutan trak melalui penggunaan pelbagai mod pengangkutan untuk mencapai peralihan mod yang berimpak rendah terhadap alam sekitar.
Imej 2:
https://drive.google.com/file/d/1gCIgJjvzfrcSu94EDXuVI7NmghgxOSN0/view?usp=drive_link3. Semangat "We Find the Way"
Sambil membandingkan landskap India yang bersemangat dengan penyelesaian logistik Kumpulan NX yang canggih, filem itu dengan hebatnya mempersembahkan mesej korporat "We Find the Way" sebagai satu ungkapan bagi keazaman Kumpulan itu untuk mencari penyelesaian kepada setiap cabaran, walau sesukar mana sekalipun.
Imej 3:
https://drive.google.com/file/d/10SHoWIBl434hcxZ0iL81r_2TCzAOXrXO/view?usp=drive_linkFilem jenama baharu itu tersedia dalam tiga bahasa: Bahasa Inggeris, Jepun dan Cina. Sesiapa sahaja boleh menontonnya di laman web rasmi syarikat itu serta di akaun YouTube dan LinkedIn rasmi mereka. Ia akan juga disiarkan di seluruh dunia melalui program dan iklan CNN. Silalah menontonnya.
Kumpulan NX akan terus menghubungkan orang ramai, perniagaan dan komuniti melalui logistik dan menyumbang kepada pembangunan sosial global bagi merealisasikan aspirasi pelanggan mereka ke arah sebuah masa depan yang baharu.
Gambaran keseluruhan “Moving India Forward”
Tajuk: “Moving India Forward”
Tarikh keluaran: 15 Januari, 2026
Format: Filem berdurasi penuh (1 minit), bentuk pendek (15 saat)
Bahasa yang tersedia: Bahasa Inggeris, Jepun, Cina
Media yang boleh diakses secara umum:
Laman web rasmi:
https://www.nipponexpress-holdings.com/en/?_langENYouTube:
https://www.youtube.com/@nittsuLinkedIn:
https://www.linkedin.com/company/nippon-express-group/Maklumat mengenai Kumpulan NX:
https://drive.google.com/file/d/1mbvBL6C8THZNrR5LREgGeafNkEdaAmV-/view?usp=drive_linkLaman web rasmi Kumpulan NX:
https://www.nipponexpress.com/Akaun LinkedIn rasmi Kumpulan NX:
https://www.linkedin.com/company/nippon-express-group/Sumber: NIPPON EXPRESS HOLDINGS, INC.
--BERNAMA