Majlis Tandatangan Kerjasama antara Les' Copaque Production (Datuk Hj Burhanuddin Bin Md Radzi ) & King's Park Management Sdn Bhd ( MR. YANG SOON YEK ) disaksikan oleh YB TUAN SYED IBRAHIM SYED NOH (Pengerusi Malaysia Digital Economy Corporation) bagi Taman Tema Upin & IpinKUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Les’ Copaque Production Sdn. Bhd., sebuah studio animasi terkemuka Malaysia dan pencipta watak animasi kesayangan ramai
Upin & Ipin, meraikan
Ulang Tahun ke-20 dengan pelancaran
LC Xpo 2025, sambutan empat hari yang sarat dengan kreativiti, budaya, dan inovasi.
Bersempena dengan pencapaian yang bersejarah ini, Les’ Copaque Production secara rasmi mengumumkan projek impian yang telah lama dinantikan:
Taman Tema Upin & Ipin yang bakal dibuka di
King’s Park Genting Highlands melalui majlis tandatangan kerjasama antara
Les’ Copaque Production Sdn Bhd dan
Kings’ Park Management Sdn. Bhd. Kerjasama ini menandakan satu lonjakan besar dalam landskap edutainment Malaysia, dengan menjanjikan destinasi bertaraf dunia yang direka khas untuk seisi keluarga, kanak-kanak serta para peminat dari semua peringkat umur.
Taman tema yang akan dibangunkan ini bakal menampilkan tarikan imersif yang diinspirasikan daripada pasangan kembar animasi paling ikonik di Malaysia, sekali gus menetapkan penanda aras baharu bagi “edutainment” yang menggabungkan kreativiti, budaya dan keseronokan untuk seisi keluarga.
Datuk Hj. Burhanuddin Md Radzi- Pengasas & Pengarah Urusan, Les’ Copaque Production Sdn Bhd “Daripada sebuah impian kecil pada tahun 2005 hingga menjadi studio animasi paling disayangi di Malaysia, perjalanan kami sentiasa berteraskan semangat dan tujuan. Taman Tema Upin & Ipin menandakan sebuah bab baharu yang lebih berani, sebuah usaha yang menghidupkan cerita-cerita kami dan menginspirasi generasi akan datang.”
Darren Yang – Director Of King’s Park Management Sdn Bhd“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Les’ Copaque untuk membangunkan destinasi keluarga bertaraf dunia di King’s Park Genting Highlands. Upin & Ipin ialah ikon budaya, dan taman tema ini bakal meraikan kreativiti Malaysia di pentas antarabangsa.”
Meraikan 20 Tahun LuarbiasaDitubuhkan pada tahun 2005, Les’ Copaque telah mengubah landskap industri animasi Malaysia dan meraih pengiktirafan antarabangsa melalui siri animasi
Upin & Ipin. LC Xpo 2025, yang berlangsung dari
11–14 Disember di WTC Kuala Lumpur, meraikan legasi ini sekaligus memberi inspirasi kepada generasi akan datang. Acara ini mencerminkan semangat pengasas syarikat:
“We lead, others follow”.LC Xpo menawarkan kepada para pengunjung sebuah festival imersif dengan pelbagai acara antaranya:
Kemasukan Percuma ke Dewan IpinSebuah ruang pameran yang meriah di mana orang ramai boleh:
• Melihat evolusi syarikat Les’ Copaque Production Sdn. Bhd.
• Menikmati rakaman temu bual (podcast) secara langsung
• Bermain permainan interaktif
• Memenangi barangan eksklusif LC Xpo
Sesi Ceramah InspirasiMenampilkan penceramah terkenal dari pelbagai industri seperti usahawan, pencipta, pelopor, dan pemimpin jenama yang akan berkongsi kisah kejayaan sebenar untuk memberi inspirasi kepada golongan belia, bakat baharu dan sesiapa sahaja yang mempunyai impian.
MasterclassDiadakan secara serentak, kelas ini memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang pembuatan animasi.
Pertandingan Mewarna untuk Dewasa & Kanak-kanakRuang kreatif untuk peminat dari semua peringkat umur, dengan hadiah menarik yang menanti.
Malam Untuk Diingati: Konsert Luar BiasaSetiap malam, Dewan Upin akan bertukar menjadi pentas konsert yang menggetarkan, meraikan 20 tahun pencapaian Les’ Copaque melalui muzik, persembahan, dan perjalanan nostalgia yang menampilkan artis, pelakon, dan bakat kreatif yang membentuk legasi Upin & Ipin. Satu acara wajib bagi peminat setia yang kini dikenali sebagai
LesCo Fans.
Sambutan Masa Lalu, Pintu Gerbang Ke Masa DepanLC Xpo bukan sekadar satu sambutan mengenang masa lalu, ia adalah komitmen untuk membentuk 20 tahun seterusnya kegemilangan industri kreatif Malaysia. Seiring usaha perluasan studio yang semakin rancak termasuk pembangunan Taman Tema Upin & Ipin, Les’ Copaque mengajak orang ramai, rakan kerjasama dan para peminat untuk bersama-sama meneruskan perjalanan luar biasa ini.
Penaja Rasmi & Rakan StrategikLC Xpo 2025 dibawakan secara rasmi oleh penaja dan rakan strategik yang dihormati:
• Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN)
– Penaja Berlian• Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
– Rakan Sokongan•
Penaja Bersama:a) Malaysian Palm Oil Council (MPOC)
b) Peraga Potensi Sdn. Bhd.
c) EcoExcel Advisory Sdn. Bhd.
d) Sugar Bomb Worldwide Sdn. Bhd.
e) De Pop Asia Sdn. Bhd.
f) OG Solutions Sdn. Bhd.
g) EXCFO Academy
h) Asset Capital Sdn. Bhd.
i) Berkeley Group
Sumbangan mereka memainkan peranan penting dalam memartabatkan sambutan pencapaian ini serta menyokong pertumbuhan berterusan industri kreatif dan digital Malaysia.
Sumber: Les’ Copaque Production Sdn. Bhd.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Mohd Zarin Bin Abdul Karim
Tel: 012-2399327
E-mel: zarin@lescopaque.com
--BERNAMA