​Kuraray Menubuhkan "Pusat Teknikal Kuraray Asia Pasifik " di Singapura

Released on: Friday, 12 Sep 2025 1:23PM

TOKYO, 12 Sept., 2025 /Kyodo JBN/ --

-Dilancarkan sebagai Pusat untuk Mewujudkan Nilai Pelanggan di Pasaran Asia yang Berkembang Pantas- 

Kuraray Co., Ltd., yang beribu pejabat di Tokyo, mengumumkan pada 11 September bahawa anak syarikatnya di Singapura, Kuraray Asia Pacific Pte. Ltd., telah menubuhkan "Pusat Teknikal Kuraray Asia Pasifik" di Taman Sains Singapura sebagai sebuah pusat sokongan teknikal untuk pasaran Asia.

Logo: https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M108832/202509084782/_prw_PI4fl_6Xp93mB0.png

Bahagian luar bagi "The Galen," kemudahan penyelidikan dan pembangunan di mana Pusat Teknikal ditempatkan:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M108832/202509084782/_prw_PI1fl_VcBld7d0.jpg

Sebagai sebuah pusat sokongan teknikal bagi pasaran Asia, Pusat Teknikal itu akan memberi tumpuan kepada resin PVOH, resin EVAL (TM) EVOH, dan karbon yang diaktifkan, yang permintaannya semakin meningkat di rantau itu. Pusat Teknikal itu dilengkapi dengan kemudahan yang diperlukan untuk penilaian dan analisis bahan serta penyiasatan bagi teknologi canggih, membolehkan cadangan penyelesaian segera dan khusus untuk memenuhi keperluan pelanggan tempatan. Ia juga berfungsi sebagai sebuah platform untuk inovasi terbuka, menjanakan nilai baharu melalui demonstrasi produk dan pembangunan kerjasama dengan pelanggan.

Tambahan pula, dengan memanfaatkan lokasinya di Taman Sains Singapura, di mana kemudahan penyelidikan dan pembangunan termaju ditumpukan, Pusat itu berhasrat untuk mempercepatkan pembangunan pasaran dan mendapatkan bakat global melalui kerjasama dengan pelbagai orang dan syarikat.

Pada satu majlis perasmian yang diadakan di Pusat Teknikal pada 1 September, Lim Wey-Len, Naib Presiden Eksekutif di Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura, berkata: "Kami mengalu-alukan Kuraray dan syarikat-syarikat sehaluan yang lain untuk memanfaatkan ekosistem inovasi SIngapura, kumpulan bakat dan ketersambungan serantau bagi menskalakan penyelesaian yang memberi impak dan lestari dari sini." Selain itu, Tomoyuki Watanabe, Pengarah dan Pegawai Eksekutif Urusan, dan Presiden bagi Syarikat Vinyl Acetate Resin di Kuraray, berkongsi semangatnya: "Dengan menawarkan ruang untuk penciptaan bersama dengan pelanggan kami, kami berharap dapat memacukan pertumbuhan pasaran yang pesat di rantau itu."

Majlis perasmian:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M108832/202509084782/_prw_PI2fl_mMb6wCh0.jpg

Tomoyuki Watanabe, Pengarah dan Pegawai Eksekutif Urusan: https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M108832/202509084782/_prw_PI3fl_7YOODx40.jpg

Kumpulan Kuraray akan memanfaatkan Pusat Teknikal ini untuk menangani keperluan pelanggan, meneroka pasaran dan aplikasi baharu, serta mengukuhkan kedua-dua pengembangan dan kehadiran perniagaan mereka di pasaran Asia.

Gambaran keseluruhan Pusat Teknikal Kuraray Asia Pasifik

Nama pusat: Pusat Teknikal Kuraray Asia Pasifik
Lokasi: 61 Science Park Road, #03/16-18 The Galen, 117525 Singapura
Pengarah pusat: Masahiro Kitamura
Skop aktiviti: Mencipta nilai pelanggan melalui perkhidmatan teknikal dan aktiviti pembangunan pasaran
Ditubuhkan: 1 September, 2025

Sumber: Kuraray Co., Ltd. 

--BERNAMA 
Back to Home