REDWOOD CITY, Calif., 10 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Balsam Hill ®, peneraju global dalam pokok Krismas yang berkualiti tinggi, sangat mirip dengan yang semula jadi, boleh guna semula, pokok Krismas tiruan dan hiasan musim percutian, dengan bangganya mengumumkan inovasi mengenai sejauh mana pokok Krismas berkualiti dari turun-temurun kini dibuat menggunakan bahan yang lebih mampan.
Sejak tahun 2006, Balsam Hill telah komited terhadap kebolehgunaan semula, kualiti, realisme dan inovasi dalam pokok Krismas yang amat disukai oleh jutaan pelanggan syarikat itu. Bersama keazaman itu, Balsam Hill berbangga menjadi peruncit pertama di dunia yang menawarkan pokok Krismas dengan hujung True Needle® yang diperbuat daripada polietilena berasaskan tumbuhan, diperoleh daripada tebu, bukan bahan api fosil. Dan sama menariknya, seperti barisan pengeluaran musim cuti tahun 2025, kini semua pokok True Needle jenama yang lain akan menggabungkan 30% polietilena dikitar semula yang dilupuskan pengguna, serta diperakui oleh GRS yang diperbuat daripada penutup botol air mudah ditarik. Kedua-dua perubahan itu dibuat tanpa menjejaskan kawalan kualiti dan pertimbangan keselamatan yang diperlukan untuk setiap pokok Balsam Hill, termasuk waranti tiga tahun syarikat yang standard bersama setiap pokok yang dijual.
“Satu bahagian penting dalam misi Balsam Hill ialah untuk menawarkan pokok Krismas lebih mampan yang akan menjadi tumpuan perayaan pelanggan kami selama bertahun-tahun. Walaupun pokok kami sentiasa boleh guna semula, kemajuan ini memainkan peranan penting sebagai pengubah keadaan untuk industri pokok Krismas,” kata Mac Harman, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Balsam Hill. “Kami bukan sahaja mencipta pokok tiruan pertama daripada polietilena berasaskan tumbuhan dan melakukan inovasi lebih 85% daripada pengeluaran pokok baharu tahun ini, tetapi baru-baru ini juga kami menguji dengan membuat pokok baharu daripada pokok Balsam Hill lama yang dikitar semula—pokok yang memberikan inspirasi ini, kami telah tempatkan di studio reka bentuk kami yang mempamerkan komitmen kami terhadap inovasi dan kelestarian.”
Di sebalik perubahan cara syarikat berkenaan membuat pokok, Balsam Hill juga menumpukan kepada pelaksanaan sistem mampan sepanjang operasi perniagaan itu. Perubahan kecil boleh memberikan impak yang besar, termasuk beralih kepada pembungkusan sedia kitar semula, termasuk kertas bukan pita plastik, serta menghapuskan penggunaan pembalut gelembung dalam kebanyakan pembungkusan pokok syarikat itu pada tahun 2024. Pada tahun ini, selepas bertahun-tahun penyelidikan dan pembangunan untuk menangani cabaran mengitar semula pokok Krismas tiruan, syarikat itu merancang untuk merintis program pengumpulan dan pengitaran semula pokok di Dublin, Ireland. Seperti tahun-tahun yang lalu, pokok Krismas tiruan dan rentetan lampu musim percutian akan dikumpulkan untuk usaha kitar semula bagi masa akan datang di Outlet Balsam Hill yang terletak di Burlingame, California, dengan rancangan untuk meneroka cara meluaskan tawaran ini kepada lebih ramai pelanggan di seluruh Amerika Syarikat secepat mungkin.
Pada tahun ini, lebih 85% pokok Krismas Balsam Hill akan diperbuat daripada bahan baharu yang lebih mampan ini dan akan tersedia di semua laman e-dagang syarikat, termasuk Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, UK, Australia dan Kanada.
Maklumat lanjut mengenai perjalanan kelestarian pelbagai tahun Balsam Hill boleh ditemui di
www.balsamhill.com/sustainability, termasuk pautan ke laporan ESG pertama syarikat.
Maklumat Tentang Balsam BrandsJenama utama Balsam Brands yang beribu pejabat di Amerika Syarikat
Balsam Brands ialah
Balsam Hill. Balsam Hill (
www.balsamhill.com ) ditubuhkan pada tahun 2006, oleh Mac Harman, dengan matlamat untuk mencipta pokok Krismas tiruan paling realistik, berkualiti tinggi, boleh guna semula, bagi pelanggan dan perniagaan di seluruh dunia. Dengan memberikan tumpuan kepada kualiti dan ketukangan, pokok kami memberikan sentuhan kemasan sempurna untuk keluarga dan komuniti bagi meraikan kegembiraan percutian bersama-sama. Selepas 19 tahun mengalami pertumbuhan, tawaran produk Balsam Hill telah berkembang termasuk hiasan, kehijauan percutian dan hiasan bermusim, dengan laman web yang dimiliki dan dikendalikan di Amerika Syarikat, UK, Australia, Jerman, Perancis dan Kanada.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
ContactsJill Osaka
Pengarah, Perhubungan Awam (PR) & Perkongsian
Balsam Hill
josaka@balsambrands.com Sumber: Balsam Hill
--BERNAMA