​ Nikkiso Penuhi Permintaan Meningkat Bagi Pengendalian Ammonia, Lancar Pam Generasi Terbaharu di Gastech 2025

Released on: Wednesday, 10 Sep 2025 5:22PM

MILAN, 10 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases Group (Nikkiso CE&IG) hari ini mengumumkan di Persidangan Gastech bahawa mereka telah melancarkan pam ammonia terendam generasi terbaharu yang direka bentuk sebagai paling selamat dan paling boleh dipercayai dalam industri.

Ammonia sudah pun menjadi komponen utama dalam baja dan kini semakin digunakan sebagai pembawa hidrogen bersih. Dengan permintaan pengendalian ammonia yang turut meningkat dalam sektor seperti penjanaan kuasa, loji kimia, armada perkapalan dan terminal eksport, Nikkiso CE&IG tampil dengan penyelesaian pertama seumpamanya. Inovasi ini dibangunkan untuk menghapuskan beban penyelenggaraan biasa bagi pengendali melalui rekaan tanpa meterai, mesra penyelenggaraan, bebas kuprum serta sistem motor-pam bersepadu.

Pam ini mampu menyampaikan lebih daripada 2,500m3 sejam dan mencatatkan rekod penyelenggaraan terbaik dalam industri dengan komponen yang direka khusus untuk memastikan ia bertahan jauh lebih lama sebelum memerlukan sebarang penyelenggaraan, dengan purata masa antara gangguan melebihi 16,000 jam.

Emile Bado, Presiden Divisyen Pam Nikkiso CE&IG berkata: “Permintaan terhadap ammonia dalam pelbagai aplikasi semakin meningkat berikutan peranannya sebagai bahan api bersih alternatif, penggunaannya dalam sektor pertanian serta fungsinya sebagai pembawa hidrogen. Selaras dengan permintaan pelanggan, kami berbesar hati melancarkan sebuah pam yang menangani isu paling biasa dihadapi para pengendali."

“Kami mempunyai rekod inovasi yang membanggakan di Nikkiso CE&IG, dan usaha menghasilkan pam ini tidak terkecuali, hasilnya, ia kini mendahului industri dari segi keselamatan, kebolehpercayaan, penyelenggaraan dan prestasi.”

Pelancaran pam ini mengukuhkan lagi rekod kepakaran dan inovasi yang dimiliki Nikkiso CE&IG serta syarikat induknya, Nikkiso Co, dalam memenuhi keperluan pasaran ammonia merentas pelbagai aplikasi. Nikkiso CE&IG mempunyai pengalaman lebih empat dekad dalam membangunkan pam motor terendam untuk perkhidmatan ammonia, dan baru-baru ini menerima kelulusan prinsip bagi sistem bekalan bahan api ammonia baharu.Ini melengkapi rangkaian penukar haba ambien dan elektrik khusus untuk ammonia yang telah terbukti keberkesanannya. Bahagian Industri Nikkiso Co pula telah membina lebih daripada 7,000 pam motor tertutup untuk kegunaan dalam pengendalian ammonia, dan merancang untuk melancarkan pam ammonia cecair bagi penjanaan kuasa terma pada tahun hadapan.

Nota untuk Editor
Eric Sensat, Pengurus Produk - Pam Motor Terendam di Nikkiso CE&IG, akan membuat pembentangan tentang pam ammonia terendam baharu di reruai Nikkiso CE&IG (J14) pada jam 10.30 pagi dan 1.30 petang, Rabu, 10 September 2025.

Maklumat tentang Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases Group

Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases Group ialah penyedia utama peralatan dan penyelesaian kriogenik di seluruh dunia, memenuhi permintaan pasaran yang semakin berubah untuk tenaga rendah karbon dan gas industri melalui produk inovatif serta penyelesaian kolaboratif. Kami memacu masa depan dalam pasaran tenaga, pengangkutan, marin, aeroangkasa dan gas industri.

Kumpulan ini mempunyai lebih daripada 1,800 pekerja di 12 negara dan diterajui oleh Cryogenic Industries, Inc., sebuah anak syarikat milik penuh Nikkiso Co., Ltd. (TSE: 6376).

Untuk maklumat lanjut mengenai Nikkiso CE&IG Group, layari NikkisoCEIG.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Contacts

Media
Ross Davidson
Pengarah Komunikasi Luar
+44 (0)7946 930741
Ross.davidson@nikkisoceig.com
pr@nikkisoceig.com

Sumber: Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases Group 

--BERNAMA 
Back to Home