YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA MENYEMPURNAKAN MAJLIS PEMBUKAAN MESYUARAT 19TH ASEAN MINISTERIAL MEETING ON TRANSNATIONAL CRIME (AMMTC) AND ITS RELATED MEETINGS

Released on: Tuesday, 09 Sep 2025 5:26PM

MELAKA, 9 Sept (Bernama) --  YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri telah menyempurnakan majlis pembukaan Mesyuarat 19th ASEAN Ministerial Meeting on Transnational Crime (AMMTC) And Its Related Meetings yang turut dihadiri oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri. 

Rangkaian mesyuarat bermula dengan Preparatory SOMTC yang menghimpunkan pegawai kanan, sebelum diteruskan dengan sesi utama peringkat menteri yang dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri. Mesyuarat kali ini amat signifikan kerana ASEAN Plan of Action in Combating Transnational Crime (2016–2025) akan tamat pada penghujung 2025, dan pada masa sama akan mengesahkan pelan tindakan baharu untuk sepuluh tahun akan datang, iaitu ASEAN Plan of Action in Combatting Transnational Crime (2026–2035).

Antara inisiatif penting yang akan dimuktamadkan termasuklah penubuhan Kumpulan Kerja SOMTC mengenai pengubahan wang haram, penerimaan ASEAN Border Management Cooperation Roadmap, dan pengisytiharan penting seperti Melaka Declaration on Combatting Transnational Crime. Menteri-menteri turut dijangka memperakukan beberapa ASEAN Leaders’ Declarations meliputi penguatkuasaan undang-undang rentas sempadan, pencegahan pengubahan wang haram, serta inisiatif kreatif melalui aktiviti sukan bagi mengekang ekstremisme.

Selain agenda substantif, mesyuarat ini juga membuka ruang untuk mengukuhkan sokongan politik bagi proses penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN. Negara itu kini giat menyiapkan langkah perundangan bagi menyertai ASEAN Convention on Counter Terrorism (ACCT) dan ASEAN Convention Against Trafficking in Persons, Especially Women and Children (ACTIP), sebagai sebahagian daripada perjalanan menuju keahlian penuh yang dijangka dimuktamadkan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober akan datang.

Turut hadir, YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), YBhg. Dato’ Hj. Abdul Halim bin Hj. Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, YBhg. Datuk Haji Makhzan bin Mahyuddin, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) KDN, YBrs. Encik Fakrul Razi bin Ab Wahab, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN dan pengurusan tertinggi KDN serta agensinya.

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
9 September 2025


SUMBER: Kementerian Dalam Negeri (KDN)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri
E-mel: mediaukom@moha.gov.my | pro@moha.gov.my
Tel: 03-88800806/0807/0812

--BERNAMA
Back to Home