Penggambaran Filem Aksi Nyata Bagi Tajuk Popular Street Fighter Capcom Kini Bermula!

Released on: Tuesday, 09 Sep 2025 2:57PM

Table
Logo Tajuk Filem Street Fighter

– Capcom berhasrat meningkatkan nilai IP tersebut melalui strateginya, Single Content Multiple Usage –
 
OSAKA, Jepun, 9 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Capcom Co., Ltd. (TOKYO:9697) hari ini mengumumkan bahawa penggambaran telah bermula bagi filem aksi nyata yang diadaptasi daripada siri permainan tempur popularnya Street Fighter, dengan kerjasama Legendary Entertainment (Legendary), kedua-dua syarikat akan bersama-sama membiayai projek ini

Untuk memperluaskan jualan global bagi perniagaan perisian permainan video rumah yang merupakan perniagaan terasnya, Capcom giat mempromosikan penjenamaan IP miliknya melalui strategi Single Content Multiple Usage. Secara khususnya, adaptasi kandungan permainan ke dalam media visual adalah peluang berharga untuk meningkatkan kesedaran terhadap IP Capcom melangkaui khalayak permainan.

Dengan penggambaran filem Street Fighter yang akan datang kini bermula, pemilihan barisan pelakon utama—Ken, Ryu, dan Chun-Li—telah dimuktamadkan. Menerusi pembiayaan bersama dengan Legendary, sebuah syarikat yang terkenal dengan penerbitan pelbagai filem pecah panggung, Capcom berhasrat untuk terus meningkatkan nilai global IP miliknya

Capcom komited sepenuhnya untuk mengembangkan penggunaan dalam pelbagai bentuk bagi portfolio kandungan permainannya yang menyeluruh berlandaskan strategi Single Content Multiple Usage

Maklumat Tentang Legendary Entertainment

Legendary Entertainment ialah sebuah syarikat penerbitan terkemuka dengan unit-unit yang menghasilkan filem (Legendary Pictures), televisyen dan media digital (Legendary Television and Digital Media), serta komik (Legendary Comics). Jumlah kutipan global daripada tayangan filem yang dikaitkan dengan Legendary Pictures — termasuk beberapa filem aksi nyata berasaskan permainan video — telah mencecah kira-kira USD 21 bilion.
 
 [ Butiran Filem Street Fighter ]
Tajuk Street Fighter
Tarikh Keluaran16 Oktober 2026
Pelakon Utama Ken: Noah Centineo
 Ryu: Andrew Koji
 Chun-Li: Callina Liang
MenampilkanJoe “Roman Reigns” Anoai, David Dastmalchian, Cody Rhodes,
 Andrew Schulz, Eric André, Vidyut Jammwal
 Dengan Curtis “50 Cent” Jackson dan Jason Momoa
Turut MenampilkanOrville Peck, Olivier Richters, Hirooki Goto, Rayna Vallandingham,
Alexander Volkanovski, Kyle Mooney dan Mélanie Jarnson

MAKLUMAT TENTANG CAPCOM

Capcom ialah pembangun, penerbit dan pengedar hiburan interaktif terkemuka dunia untuk konsol permainan, PC, peranti mudah alih dan tanpa wayar. Ditubuhkan pada tahun 1983, syarikat ini telah menghasilkan ratusan permainan, termasuk francais ikonik seperti Resident Evil™, Monster Hunter™, Street Fighter™, Mega Man™, Devil May Cry™ dan Ace Attorney™. Capcom mengekalkan operasi di A.S., U.K., Jerman, Perancis, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Tokyo, dengan ibu pejabat korporat berpusat di Osaka, Jepun. Maklumat lanjut mengenai Capcom boleh didapati di https://www.capcom.co.jp/ir/english/

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/20250905806122/en

Contacts

Capcom Public Relations & Investor Relations Section
+81-6-6920-3623

Sumber: Capcom Co., Ltd.

--BERNAMA 
Back to Home