​Kasumigaseki Capital Melancarkan Perniagaan Logistik di Malaysia, Memulakan Projek Pertama

Released on: Tuesday, 09 Sep 2025 10:19AM

TOKYO, 9 Sept., 2025 /Kyodo JBN/ --

Kasumigaseki Capital Co., Ltd. (kemudian daripada ini "KC"), yang beribu pejabat di Bandar Raya Chiyoda di Tokyo, mengumumkan pada 5 September bahawa ia telah menubuhkan sebuah anak syarikat Malaysia, KASUMIGASEKI CAPITAL (MALAYSIA) SDN. BHD. (kemudian daripada ini "KC (MALAYSIA)"), yang berpangkalan di Kuala Lumpur, dan memulakan perniagaan logistik di Malaysia sebagai penerokaan pertama mereka ke rantau ASEAN dengan menggunakan kepakaran KC terhadap gudang beku dan sejuk serta ke atas pembangunan gudang beku yang berautomatik. Satu gambaran keseluruhan mengenai inisiatif itu dijelaskan di bawah.

Selain itu, sebagai projek pertama mereka di Malaysia, KC telah melaksanakan satu perjanjian jual beli bagi pemerolehan sebuah plot dengan sebuah pemaju utama Malaysia yang dimiliki sepenuhnya oleh sebuah syarikat tempatan yang tersenarai di Papan Utama di Bursa Malaysia dan memulakan sebuah projek untuk membangunkan sebuah gudang beku yang berautomatik.

1. Latar belakang untuk melancarkan perniagaan di Malaysia

Penduduk dan ekonomi Malaysia terus berkembang, dan negara itu telah mewujudkan kedudukan mereka sebagai sebuah pangkalan logistik di Asia Tenggara. Malaysia menikmati sebuah lokasi yang menguntungkan dari segi geografi, berfungsi sebagai sebuah hab penting yang menghubungkan negara-negara ASEAN. Kerajaan Malaysia juga sedang meneruskan pembangunan infrastruktur logistik. Permintaan logistik antarabangsa dijangka berkembang pada masa hadapan. Di samping itu, e-dagang dijangka berkembang berikutan peningkatan pendapatan yang mengiringi pertumbuhan ekonomi manakala eksport besar kemungkinan meningkat berikutan peningkatan permintaan terhadap produk halal di negara-negara membangun di Asia, Timur Tengah, Afrika dan rantau lain. Berdasarkan latar belakang itu, KC menganggap Malaysia sebagai sebuah pasaran yang berdaya maju untuk membangunkan sektor logistik itu.

KC telah melancarkan perkhidmatan logistik pada Jun 2020 sebagai tindak balas kepada keperluan untuk pelaburan modal di dalam gudang beku dan sejuk menjelang peraturan CFC dari tahun 2030, dengan memperluaskan permintaan bagi gudang-gudang tersebut di tengah-tengah peningkatan penggunaan makanan beku, kekurangan tenaga buruh di dalam industri logistik yang disebabkan oleh isu logistik 2024 yang berpunca daripada kekurangan pemandu lori dan faktor penuaan tenaga kerja dan faktor lain, dan persekitaran kerja yang teruk di zon suhu beku. KC telah terutamanya menggalakkan pembangunan gudang beku dan sejuk serta mempercepatkan pembangunan gudang beku berautomatik, yang menyepadukan elemen automasi ke dalam storan sejuk, sebagai satu daripada kaedah untuk merealisasikan penyelesaian logistik baharu.

Dalam menjangkakan satu keseimbangan bekalan dan permintaan yang ketat bagi gudang beku dan sejuk di dalam pasaran logistik Malaysia, yang dijangka berkembang pada masa hadapan, KC telah membuat keputusan untuk melancarkan perniagaan di Malaysia sebagai langkah pertama mereka ke dalam pasaran ASEAN dengan hasrat untuk memahami dengan lebih mendalam di dalam peluang perniagaan yang didasarkan kepada dasar pembangunan perniagaan KC yang beroperasi di kawasan "yang menggabungkan potensi pertumbuhan dan kepentingan sosial." Dengan memanfaatkan kepakaran terhadap gudang beku dan sejuk serta gudang beku berautomatik yang terkumpul semasa mempromosikan perkhidmatan logistik di Jepun, KC akan menyasarkan untuk mencapai pertumbuhan selanjutnya, mengembangkan perniagaan logistik di Malaysia dengan memanfaatkan pertumbuhan pasaran di sana dan pada masa yang sama mengekalkan pandangan pengembangan ke negara ASEAN yang lain.

2. Gambaran keseluruhan projek
(1) Nama projek: Setia Alaman
(2) Jenis aset: Gudang beku berautomatik
(3) Lokasi: Plot 25, Setia Alaman, 41050 Klang, Selangor
(4) Akses: Kira-kira 37km dari pusat bandar Kuala Lumpur (lebih kurang 40 minit pemanduan)
Berhampiran dengan IC "Bandar Bukit Raja" di Lebuhraya Baru Lembah Klang
(5) Keluasan tapak: 12,262m2
(6) Jumlah keluasan lantai: 11,453m2
(7) Pembinaan bermula: Oktober 2026 (dirancang)
(8) Penyiapan pembinaan: Disember 2028 (dirancang)
Imej siap:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M108820/202509024448/_prw_PI2fl_u22O12wO.jpg
* Ini adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin berbeza daripada bangunan sebenar.

3. Maklumat mengenai anak syarikat KC KASUMIGASEKI CAPITAL (MALAYSIA)

(1) Nama Syarikat: KASUMIGASEKI CAPITAL (MALAYSIA) SDN. BHD.
(2) Lokasi: Sky Zone 1, Exchange 106, Lingkaran TRX, 55188, Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur, Malaysia
Ulasan daripada pengarah

Ryo Sugimoto (Pengarah dan Pengerusi Eksekutif)

Ini adalah perniagaan logistik luar negara yang pertama untuk KC dan ia bermakna satu titik perubahan bagi perniagaan kami. Kami sedang menyahut cabaran di dalam pasaran logistik ASEAN, bermula dari Malaysia, dengan memanfaatkan sepenuhnya kepakaran kami terhadap gudang beku dan sejuk serta gudang beku berautomatik di Jepun. Dengan pembangunan satu model baharu bagi infrastruktur logistik dari Malaysia, kami akan menyasarkan untuk membawa inovasi kepada rantaian bekalan global kami.

Toshihiro Ohkuma (Pengarah Urusan)

Malaysia terus berkembang dengan kepelbagaian sumber manusia dan lokasi yang menguntungkan dari segi geografi, dan adalah satu permulaan yang baik untuk memulakan perniagaan logistik luar negara pertama buat KC dari negara ini. Kami akan membina sebuah sistem infrastruktur logistik baharu sambil bekerjasama rapat dengan masyarakat tempatan. Dari sini, kami berharap dapat membangunkan satu rantaian bekalan yang meluas ke seluruh dunia dan mencapai pertumbuhan yang lestari bersama-sama.

4. Tinjauan masa depan

KC percaya bahawa impak bagi perkara ini terhadap prestasi mereka bagi tahun fiskal yang berakhir Ogos 2026 adalah minimum, tetapi menganggap ia akan menyumbang kepada peningkatan prestasi dan nilai korporat mereka pada masa hadapan.

* Ini adalah terjemahan ringkas daripada dokumen asal dalam bahasa Jepun dan disediakan untuk tujuan maklumat sahaja. Jika terdapat sebarang percanggahan di antara terjemahan ini dan dokumen asal, dokumen asal dalam bahasa Jepun akan diguna pakai.

Sumber: Kasumigaseki Capital Co., Ltd.

--BERNAMA 
Back to Home