Daripada EHR berasaskan AI hingga Perkongsian Data Masa Nyata, Asia Healthcare Summit InterSystems 2025 Mengetengahkan Indonesia sebagai Penanda Aras Kesihatan Digital di Asia Tenggara

Released on: Monday, 08 Sep 2025 3:49PM

Para pemimpin global dan tempatan bergabung di Jakarta untuk menunjukkan pencapaian baharu yang sedang membentuk semula penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan serta inovasi berasaskan data di seluruh rantau ini.
 
JAKARTA, Indonesia, 8 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- InterSystems, penyedia teknologi data kreatif dan menguruskan lebih daripada satu bilion rekod kesihatan di seluruh dunia, baru-baru ini menganjurkan Asia Healthcare Summit 2025. Acara ini menghimpunkan lebih 200 pemimpin serantau dan tempatan daripada sektor kerajaan, penyedia penjagaan kesihatan, serta teknologi maklumat, sekali gus mengetengahkan Indonesia sebagai penanda aras inovasi penjagaan kesihatan di Asia. Disokong oleh dasar progresif, pelaburan sektor swasta yang semakin meningkat, dan ekosistem kolaboratif yang merapatkan kepakaran global dengan inovasi tempatan, Indonesia kini muncul sebagai pemacu utama transformasi kesihatan digital di Asia Tenggara, mencetuskan pencapaian baharu dalam penjagaan berpusatkan pesakit berasaskan data.

Sistem penjagaan kesihatan Indonesia sedang berkembang pesat dalam kematangan digital, didorong oleh agenda transformasi Kementerian Kesihatan serta permintaan yang semakin meningkat terhadap data yang dipercayai, boleh saling kendali, dan sistem berasaskan AI. Pengasas dan CEO InterSystems, Terry Ragon, berkata bahawa "Kita kini berada pada peringkat awal perubahan besar dalam bidang pengkomputeran di kala kita memasuki era AI. Asia Tenggara merupakan hab inovasi, dan di Sidang Kemuncak ini para pelanggan kami telah menunjukkan cara mereka menyampaikan perkhidmatan penjagaan bertaraf dunia kepada rantau ini dengan menggunakan teknologi kami.”

Walaupun menunjukkan momentum yang kukuh, sektor penjagaan kesihatan Asia masih berdepan dengan pelbagai cabaran, termasuk sistem legasi yang berpecah-pecah, literasi digital yang tidak konsisten, serta kebimbangan awam terhadap keselamatan data. Luciano Brustia, Pengarah Urusan Serantau, Asia Pasifik di InterSystems, berkata: “Transformasi penjagaan kesihatan yang sedang berlaku di Indonesia bukan sekadar satu pencapaian nasional, malah menjadi pemangkin bagi negara-negara lain di rantau ini. Kepimpinan berwawasan, kolaborasi industri, serta kesediaan untuk mengadaptasi teknologi yang selamat dan boleh diskalakan kini sedang menetapkan satu penanda aras baharu.”

Penyelesaian Dunia Nyata, Impak Terbukti

InterSystems menunjukkan bagaimana platform datanya, InterSystems IRIS for Health™, menyatukan data daripada pelbagai sistem dalam masa nyata untuk “bercakap dalam bahasa yang sama”, dengan ini ia siap sedia untuk AI dan analitik tanpa perlu menggantikan infrastruktur sedia ada. Platform ini membantu hospital melakukan pemodenan secara berperingkat tanpa gangguan. Sistem Rekod Perubatan Elektronik InterSystems TrakCare®, yang digunakan oleh banyak hospital dan makmal terkemuka di Indonesia, dibangunkan berasaskan platform data ini. Penyelesaian ini menggunakan standard data global seperti HL7® FHIR®, di samping menyokong inisiatif nasional seperti SATUSEHAT.

Di Indonesia, teknologi InterSystems sudah pun menyokong penyedia penjagaan kesihatan terkemuka, termasuk Prodia, EMC Healthcare, Hospital Tzu Chi, Hospital EKA, Kumpulan Pondok Indah, Asia One Healthcare, dan Hospital Antarabangsa Bali. Kerjasama ini merangkumi rangkaian makmal nasional serta hospital swasta berteknologi tinggi, sejajar secara langsung dengan visi Kementerian Kesihatan untuk penjagaan yang saling terhubung dan berpusatkan pesakit.

Salah satu tumpuan utama acara ialah EMC Healthcare, hospital pertama di Asia yang melaksanakan InterSystems IntelliCare™ — sebuah EHR bersepadu sepenuhnya berasaskan AI yang dibangunkan berlandaskan platform data InterSystems yang dipercayai. “IntelliCare direka bentuk untuk memberikan lebih banyak masa kepada pakar klinikal kami menumpukan perhatian kepada pesakit, sementara data pesakit mengalir dengan selamat dan serta-merta bagi menyokong pembuatan keputusan yang lebih tepat,” kata Jusup Halimi, CEO EMC Healthcare.

Ketua Penyelesaian Penjagaan Kesihatan Global InterSystems, Don Woodlock, membincangkan portfolio produk menyeluruh InterSystems bagi menangani aliran data tanpa halangan dalam penjagaan kesihatan, termasuk penyelesaian Unified Care Record yang memenangi anugerah 2025 Best in KLAS di Eropah untuk Shared Care Records/HIE. Beliau turut memberikan pendedahan awal mengenai keupayaan baharu AI agentik yang bakal diperkenalkan dalam InterSystems IntelliCare, yang akan menyediakan pembantu maya kepada penyedia penjagaan kesihatan untuk membantu merancang dan melaksanakan tugasan, yang dengan ini menjimatkan masa serta menyokong pembuatan keputusan yang lebih baik

Merevolusikan Penjagaan di Indonesia

Satu lagi tumpuan utama dalam acara menampilkan Dr. Noel Yeo, Ketua Pegawai Komersial & Operasi di Bali International Hospital, yang dibuka pada Jun 2025 di tengah Zon Ekonomi Khas Sanur yang baru diwujudkan untuk penjagaan kesihatan di Bali. Dr. Yeo membincangkan bagaimana hospital tersebut merevolusikan penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan di Indonesia serta peranan yang dimainkan oleh TrakCare dalam membantu mereka meneroka sempadan baharu dalam penyampaian perkhidmatan penjagaan.

Sidang Kemuncak ini menampilkan demonstrasi produk secara langsung daripada InterSystems termasuk konsultasi dan pandangan pesakit berasaskan AI, avatar AI untuk menyokong pakar klinikal dalam tugasan rutin, serta perkongsian data tanpa halangan merentasi pelbagai segmen dalam ekosistem kesihatan dan penjagaan — merapatkan jurang antara visi dasar dengan realiti klinikal. Sebanyak 10 rakan penyelesaian dan perkhidmatan InterSystems turut mempamerkan di Partner Pavilion, termasuk kumpulan teknologi, pertahanan dan kejuruteraan global ST Engineering, rakan pelaksanaan dan penyelesaian terbaharu InterSystems di rantau ASEAN.

Tan Bin Ru, Presiden Digital Perusahaan di ST Engineering, berkata, “Dengan mengintegrasikan sistem pintar kami bersama platform data penjagaan kesihatan InterSystems, pusat arahan AGIL® Care kami memperkukuhkan kesalingkendalian hospital, kecekapan operasi, serta daya ketahanan dalam mengurus krisis dan pandemik.”

InterSystems menutup acara tersebut dengan meraikan para pelanggan di Asia yang menetapkan penanda aras dalam kematangan kesihatan digital dengan mencapai pengesahan Tahap 6 atau 7 pada model berprestij HIMSS Electronic Medical Record Adoption Model (EMRAM). Kumpulan Hospital Pondok Indah, yang pertama di Indonesia mencapai Tahap 6 EMRAM, kini telah mencapai Tahap 7 di ketiga-tiga hospitalnya. EMC Grha Kedoya pula baru sahaja mencapai Tahap 6 HIMSS EMRAM. Dan Institut Jantung Nasional Malaysia telah menjadi hospital pertama di Malaysia yang mencapai Tahap 6 HIMSS EMRAM.

Para delegasi bersetuju bahawa integrasi data yang selamat serta pelaksanaan sistem berkuasakan AI dapat mengurangkan beban kerja, mempercepatkan diagnosis, dan meningkatkan penglibatan serta hasil rawatan pesakit. Penyelesaian ini secara langsung menyokong visi kerajaan Indonesia untuk mewujudkan ekosistem kesihatan digital yang selamat, inklusif, dan berpusatkan pesakit.

Para penceramah menegaskan bahawa hala tuju ke hadapan memerlukan keseimbangan antara aspirasi teknologi dengan AI beretika, tadbir urus yang telus, keselamatan data yang kukuh, serta penjagaan yang berpusatkan manusia. Kesediaan Indonesia untuk memimpin berpunca daripada gabungan visi kerajaan, keupayaan sektor swasta, dan keterbukaan terhadap kolaborasi global.

Maklumat Tentang InterSystems

InterSystems, penyedia teknologi data yang kreatif, menawarkan asas yang bersepadu untuk aplikasi generasi seterusnya bagi pelanggan dalam sektor penjagaan kesihatan, kewangan, pembuatan, dan rantaian bekalan di lebih 80 buah negara. Platform data kami menyelesaikan cabaran kesalingkendalian, kepantasan, dan kebolehskalaan bagi organisasi besar di seluruh dunia untuk memanfaatkan potensi data serta membolehkan orang mentafsir data dengan cara yang lebih kreatif. Ditubuhkan pada tahun 1978, InterSystems komited terhadap kecemerlangan melalui sokongan 24×7 kepada pelanggan dan rakan kongsi di seluruh dunia. Sebagai syarikat persendirian yang beribu pejabat di Boston, Massachusetts, InterSystems mempunyai 38 pejabat di 28 negara di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.intersystems.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Hubungi

Hubungan Media
Lindsay Kiley
PR@intersystems.com
 
Sumber: InterSystems

--BERNAMA
Back to Home