Pertukaran Hati-ke-Hati Belia Selat pada 6 Ogos
FUZHOU, China, 8 Ogos, 2025 /Xinhua-AsiaNet/--
Hari Belia Selat ke-13 telah mengadakan aktiviti terpusat mereka pada 1 hingga 7 Ogos, dengan menampilkan 25 acara, termasuk Pertukaran Hati-ke-Hati Belia Selat ke-13, Kem Kepimpinan Pelajar Kolej Rentas Selat ke-9, dan Ceramah Belia Taiwan ke-4 di Persidangan Perundingan Politik Rakyat China (CPPCC). Adalah dianggarkan lebih 2,000 orang bakat muda dari tanah besar China dan Taiwan menyertai acara ini di Fuzhou.
Untuk menggalakkan pertukaran belia dan pembangunan bersepadu, Fuzhou telah mengadakan 12 Festival Belia Selat sejak tahun 2013, dengan menarik sekurang-kurangnya 41,000 orang peserta. Di antara mereka, lebih daripada 23,000 orang adalah rakan senegara dari Taiwan, dan ia merupakan lawatan pertama mereka ke tanah besar itu bagi hampir separuh daripada mereka. Sejak tahun ini, Festival Belia Selat telah dinaik taraf kepada Hari Belia Selat, dengan menggabungkan kebijaksanaan golongan muda dan menyuntik momentum ke dalam pembangunan bersepadu bagi kedua-dua belah Selat Taiwan itu.
Sebagai acara utama, Pertukaran Hati-ke-Hati Belia Selat itu telah diadakan di Fuzhou pada 6 Ogos, di mana kumpulan kedua bagi langkah-langkah untuk membina Fuzhou sebagai sebuah Bandar Raya Pembangunan Belia Selat telah dikeluarkan, kerjasama untuk membina Bandar Raya Pembangunan Belia Selat dimulakan, dan Deklarasi berhubung Kerjasama di kalangan Bandar Raya Pembangunan Belia Selat (Deklarasi Fuzhou) telah dibacakan oleh kedua-dua belah pihak bagi selat itu. Ramai penceramah turut berkongsi kisah-kisah yang menyentuh hati tentang asal usul keluarga mereka, perkembangan kerjaya dan impian yang penuh bersemangat.
Dengan bertemakan "Mewarisi Budaya Cina dan Menghormati Hubungan Keluarga," sebagai tambahan kepada aktiviti-aktiviti terpusat, Hari Belia Selat ke-13 merancang untuk melancarkan 52 acara pada sepanjang tahun itu, dan dijangka lebih 3,000 orang belia Taiwan akan dijemput.
Sumber: Jawatankuasa Penganjur bagi Hari Belia Selat ke-13
Kapsyen: Pertukaran Hati-ke-Hati Belia Selat pada 6 Ogos
--BERNAMA