Planet Umum Senarai Penceramah untuk Acara ‘On The Road’ di Bali

Released on: Thursday, 07 Aug 2025 10:31AM

SAN FRANCISCO, 7 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Planet Labs PBC (NYSE: PL), penyedia terkemuka data harian dan pandangan tentang perubahan di Bumi, hari ini mengumumkan agenda akhir dan senarai penceramah untuk acara Planet On The Road yang bakal berlangsung di Bali, Indonesia, pada 9 September 2025.

Acara ini akan menghimpunkan pemimpin dan rakan sejawat dalam bidang pemerhatian Bumi untuk satu sesi yang memfokuskan kepada pembelajaran, jaringan dan inspirasi. Ucaptama, perbincangan panel dan sesi sembang santai akan menampilkan eksekutif Planet serta pemikir industri terkemuka, yang mewakili pelbagai sektor termasuk pertanian, pertahanan dan perisikan, kerajaan awam dan banyak lagi, bagi membincangkan isu utama serta peluang yang unik di rantau Asia Pasifik.

Sesi dan penceramah:

• Ucaptama Pembukaan
· Robbie Schingler, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Strategi, Planet
· Charlie Candy, Ketua Pegawai Hasil, Planet
• Ucaptama Produk
· Jim Thomason, Naib Presiden Produk, Planet
• TelePIX dan Masa Depan AI dalam Data Angkasa
·  Dowon Lee, Pengurus Pembangunan Perniagaan, TelePIX
• Peranan Pemerhatian Bumi dalam Ketahanan Rantau APAC
· Erna Sri Adiningsih, Ph.D., Pemangku Pengerusi Organisasi Penyelidikan Aeronautik dan Angkasa (LAPAN), Agensi Penyelidikan dan Inovasi Kebangsaan (BRIN)
• Perbincangan Panel tentang Perspektif Pemimpin Kerajaan: Mendahului Lanskap yang Sentiasa Berubah
· Moderator: Thian Si Ying, Wartawan Kanan, GovInsider
· Mejar Jeneral Iroth Sonny Edhie, Ketua, Kor Pengangkutan Tentera Darat Indonesia
· Rohan Gunaratna, Ph.D., Profesor Pengajian Keselamatan, S. Rajaratnam School of International Studies, Universiti Teknologi Nanyang
· Naoko Sugita, Ph.D., Penasihat kepada Pengarah, Pusat Penyelidikan Pemerhatian Bumi, Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA)
· Muhammad Rokhis Khomarudin, Ph.D., Ketua Pusat Penyelidikan, Badan Riset dan Inovasi Nasional (BRIN)
• Sembang Santai: Menerajui Inovasi dan Impak bersama SKY Perfect JSAT
· Tai Ishikawa, Pengurus Pasukan, SKY Perfect JSAT
• Perspektif Rakan Kongsi: Menangani Cabaran di APAC dengan Data Planet
· Moderator: Katie Penn, Naib Presiden Kanan Pemasaran, Planet
· Paul Farrell, Ketua Pegawai Eksekutif, NGIS Australia
· Taegyun Jeon, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas, SI Analytics
· Krishanu Acharya, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama, SUHORA Technologies Private Limited
• Pemantauan Tanaman Musim Semasa Menggunakan Data Planet dan Teknik Padanan Spektrum
· Murali Krishna Gumma, Ph.D., Ketua Kluster – Sains Geospatial dan Data Raya, International Crops Research Institute for the Semi-Arid Tropics (ICRISAT)
• Sembang Santai: Transformasi AI dalam Pertanian
· FarmiSpace: Meningkatkan Ketahanan Iklim dalam Pertanian melalui AI & Teknologi Satelit
 Shaw Wu, Ketua Pegawai Eksekutif, DATAYOO
 Emily Chih, Pembantu Eksekutif kepada CEO, DATAYOO
· Mengurangkan Pelepasan Metana daripada Penanaman Padi Menggunakan PlanetScope
 Zachary Brown, Ketua Pegawai Teknologi dan Pengasas Bersama, Creattura
 Mata di Langit, Impak di Bumi: Wawasan Imejan Satelit yang Bermakna untuk Kerajaan
· Astrid Dita, Ketua Perkongsian APAC, Tony Blair Institute for Global Change
• Anugerah Planet Purpose
· Mike Merit, Ketua Pegawai Pelanggan, Planet
• Penutup & Rumusan Acara
· Charlie Candy, Ketua Pegawai Hasil, Planet

Untuk menghadiri Planet On The Road di Bali, daftarkan minat anda di laman web acara sebelum 15 Ogos 2025.

Maklumat tentang Planet

Planet ialah penyedia terkemuka bagi imejan satelit harian global dan penyelesaian geospatial. Planet didorong oleh misi untuk merakam imej Bumi setiap hari serta menjadikan perubahan dapat dilihat, diakses dan diambil tindakan. Diasaskan pada tahun 2010 oleh tiga saintis NASA, Planet mereka bentuk, membina dan mengendalikan armada satelit pemerhatian Bumi terbesar di dunia. Planet menyediakan data penting untuk misi, pandangan lanjutan, dan penyelesaian perisian kepada pelanggan yang terdiri daripada syarikat dan agensi kerajaan terkemuka dalam bidang pertanian, perhutanan, perisikan, pendidikan dan kewangan. Ini membolehkan pengguna memperoleh nilai unik daripada imejan satelit dengan cara yang mudah dan berkesan. Planet ialah sebuah syarikat manfaat awam yang disenaraikan di Bursa Saham New York dengan simbol PL. Untuk maklumat lanjut, lawati www.planet.com dan ikuti kami di X (dahulunya Twitter) atau tonton rancangan 'Wild Wild Space ’ di HBO.

 Penyataan Pandang ke Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi penyataan pandang ke hadapan seperti yang dimaksudkan dalam Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933, seperti yang telah dipinda, dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934, seperti yang telah dipinda. Jangkaan dan kepercayaan Planet terhadap perkara-perkara ini mungkin tidak menjadi kenyataan, dan keputusan sebenar pada masa hadapan adalah tertakluk kepada risiko dan ketidaktentuan, termasuk yang diperincikan dalam pemfailan Planet dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC). Planet tidak mempunyai kewajipan untuk mengemas kini penyataan pandang ke hadapan ini bagi mencerminkan peristiwa akan datang, kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi

Siaran Media Planet
Rachel Cassells
press@planet.com

Perhubungan Pelabur Planet
Cleo Palmer-Poroner
ir@Planet.com
 
Sumber: Planet

--BERNAMA
Back to Home