Toshiba Lancar Sensor Imej Linear CCD Jenis Pengurangan Lensa dengan Hingar Rawak Rendah untuk Tingkatkan Kualiti Imej dalam Peranti seperti Pencetak Pelbagai Fungsi A3

Released on: Thursday, 07 Aug 2025 10:28AM

Table

Toshiba: “TCD2728DG,” sensor imej linear CCD jenis pengurangan lensa untuk pencetak pelbagai fungsi A3.
 

KAWASAKI, Jepun, 7 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") hari ini melancarkan sensor imej linear[1] CCD[2] jenis pengurangan lensa “TCD2728DG”, yang direka khas untuk pencetak pelbagai fungsi A3. Penghantaran telah bermula hari ini. Sensor ini dilengkapi dengan 7,500 elemen pengesan imej (piksel)[3] dan menyokong aplikasi pencetakan berskala A3. Ia juga menawarkan prestasi penindasan hingar rawak (NDσ)[4] yang lebih baik berbanding model sedia ada Toshiba, iaitu TCD2726DG sekaligus membantu meningkatkan kualiti imej secara keseluruhan.

Pejabat perniagaan kini menyaksikan peningkatan keperluan untuk penyalinan dan pengimbasan berkelajuan tinggi serta beresolusi tinggi bagi jumlah dokumen yang besar dan pelbagai. Keperluan ini amat ketara bagi pencetak pelbagai fungsi A3, dengan penambahbaikan kualiti imej telah menjadi isu utama. Dalam usaha meningkatkan mutu imej, hingar rawak (NDσ) dalam isyarat perlu ditekan secara berkesan.

Model TCD2728DG menampilkan gain penguat keluaran yang lebih rendah[5] berbanding produk semasa Toshiba, TCD2726DG, sekali gus mengurangkan hingar rawak NDσ sekitar 40%[6]. Penambahbaikan ini secara langsung meningkatkan kualiti imej dalam pencetak pelbagai fungsi. Sensor linear CCD baharu ini juga menyokong kadar data setinggi 100 MHz (50 MHz × 2 saluran), membolehkan pemprosesan imej berskala besar dilakukan pada kelajuan tinggi. Ciri ini menjadikannya sesuai digunakan dalam kamera imbasan linear untuk sistem pemeriksaan yang memerlukan keputusan masa nyata.

Toshiba komited untuk terus memperluaskan rangkaian produknya bagi menyokong pengimbasan melalui pencetak pelbagai fungsi serta aplikasi penderiaan dalam peranti pemeriksaan. Langkah ini selaras dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap teknologi pengimejan dan penderiaan berkelajuan tinggi serta beresolusi tinggi.

Nota:
[1] Kaedah mengecilkan imej menggunakan kanta optik dan memfokuskan imej tersebut ke atas sensor imej CCD atau CMOS.
[2] CCD: Charge Coupled Device (Peranti Gandingan Cas)
[3] Bilangan piksel yang diperlukan untuk mengimbas sisi pendek (297 mm) saiz A3 pada resolusi 600 dpi.
(dpi – titik per inci: bilangan bahagian dalam setiap inci)
Saiz A3 ditukar kepada inci: 297 mm / 25.4 mm ≒ 11.7 inci
11.7 × 600 = 7,020 piksel --> Dengan margin tambahan, 7,500 piksel
[4] Hingar tidak sekata yang menjejaskan kualiti imej.
[5] Litar yang melaras penguatan isyarat keluaran. Penguatan dan hingar adalah berkadar langsung.
[6] Perbandingan dengan produk semasa Toshiba, TCD2726DG. Nilai diukur oleh Toshiba.

Aplikasi

· Pencetak pelbagai fungsi A3 (resolusi 600 dpi)
· Kamera imbasan linear 7,500 piksel untuk pelbagai sistem pemeriksaan (peralatan pemeriksaan semikonduktor, peralatan pengasingan makanan dan sebagainya)

Ciri-ciri

· Mengurangkan hingar rawak sebanyak kira-kira 40%[6]
· Sensor imej linear CCD berkelajuan tinggi: Kadar data = 100 MHz (Frekuensi jam induk 50 MHz × 2 saluran) (maksimum)
· Litar penjana masa terbina dalam[7] dan pemacu CCD membantu memudahkan pembangunan sistem 

[7] Litar untuk menjana isyarat yang diperlukan bagi memacu sensor imej linear.

 
 Spesifikasi Utama
                                                                                                                                                                       (Ta=25°C)
Nombor bahagian TCD2728DG
Voltan bekalan kuasa (julat operasi) (V) VAVDD, VDVDD, VCKDVDD : 3.1 hingga 3.5
 VVDD10 : 9.5 hingga 10.5
Hingar rawak NDσ (mV)1.9
Saiz piksel (μm)4.7 × 4.7
Bilangan elemen pengesan imej7,500 elemen × 3 baris
Kadar dataMaks100MHz (50MHz × 2ch)
PakejWDIP32
Lain-lain / Ciri tambahanLitar penjana masa, pemacu CCD 

 Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang produk baharu ini.
 TCD2728DG

 Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang sensor imej linear Toshiba.
 Sensor Imej Linear

 * Nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan mungkin merupakan tanda dagangan milik syarikat masing-masing.
 * Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan serta maklumat hubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman tetapi tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat tentang Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation, pembekal terkemuka bagi penyelesaian semikonduktor dan storan yang canggih, memanfaatkan lebih setengah abad pengalaman dan inovasi untuk menawarkan semikonduktor diskret, sistem LSI, dan produk HDD yang luar biasa kepada pelanggan dan rakan perniagaan.

Dengan 19,400 pekerja di seluruh dunia, syarikat ini berkongsi tekad untuk memaksimumkan nilai produk, serta mempromosikan kerjasama rapat dengan pelanggan dalam penciptaan nilai dan pasaran baharu. Syarikat ini berharap dapat membina dan memberi sumbangan kepada masa depan yang lebih baik untuk semua.

Ketahui lebih lanjut di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html  

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/20250804774893/en

Hubungi

Pertanyaan Pelanggan
Jabatan Jualan & Pemasaran Peranti Analog
Tel: +81-44-548-2219
Hubungi KAMI

Pertanyaan Media
C. Nagasawa
Jabatan Komunikasi & Analisis Pasaran
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 

Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

--BERNAMA

Back to Home