PPZ-MAIWP & Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di ibu pejabat PPZ-MAIWP.Dari kiri: Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) PPZ-MAIWP, Mohammed Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman, Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Raya Berhad (AmanahRaya), Ahmad Feizal Sulaiman Khan, dan Ketua Pegawai Perniagaan & Operasi Kumpulan Amanah Raya Berhad (AmanahRaya), Jack Yap Ngee Heong. KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dan Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) memeterai kerjasama strategik, dengan fokus utama untuk mempertingkat kesedaran awam mengenai kepentingan berzakat, di samping memperhebat amalan wakaf sebagai instrumen yang menyumbang kepada kesejahteraan umat Islam pada 6 Ogos 2025.
Majlis menandatangani Perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) di antara kedua agensi tersebut diadakan di ibu pejabat PPZ-MAIWP. Menerusi MoU ini, pelbagai inisiatif akan dilaksanakan berkaitan zakat dan wakaf tunai, juga perkongsian kepakaran dalam penyediaan perkhidmatan lain yang dapat memberi nilai tambah kepada pelanggan oleh PPZ-MAIWP. Ini termasuk perkhidmatan rundingan zakat dan wakaf tunai secara fizikal dan dalam talian, penyediaan kaunter zakat bergerak dan digital, serta tawaran Kad Setia di Hospital Pusrawi kepada pelanggan AmanahRaya yang membayar zakat harta sekurang-kurangnya RM10,000 setahun.
Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman dalam ucapannya berkata, ‘MoU yang dimeterai hari ini telah membuka lembaran baharu dalam usaha memperluaskan dakwah zakat dan wakaf. MoU ini bukan sekadar dokumen formal, ianya mencerminkan kesungguhan kedua-dua pihak untuk mengembleng tenaga, menyusun strategi dalam menyampaikan perkhidmatan yang lebih holistik dan mesra pengguna kepada masyarakat.’
‘Kerjasama strategik ini membawa objektif dan matlamat yang jelas serta signifikan sekaligus membuka peluang kepada pelanggan kedua-dua pihak untuk menikmati manfaat dan perkhidmatan yang ditawarkan secara bersama,’ katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Raya Berhad, Ahmad Feizal Sulaiman Khan turut menyatakan bahawa kerjasama ini merupakan contoh terbaik kolaborasi strategik antara agensi zakat dan pengurusan harta pusaka di Malaysia. Ia bukan sekadar memudahkan urusan pembayaran zakat, tetapi juga membawa visi lebih besar ke arah membina ekosistem ekonomi Islam yang kukuh, mampan dan progresif. Melalui inisiatif ini, potensi agihan zakat dapat dioptimumkan, pengurusan harta dapat diperstruktur dengan lebih efisien dan kesejahteraan umat Islam dapat ditingkatkan.
Malah, model ini diyakini mampu menjadi rujukan dan inspirasi kepada negara-negara Islam lain dalam membangunkan sistem ekonomi berasaskan prinsip syariah. Sebagai sebahagian daripada sinergi ini, AmanahRaya juga akan menyediakan perkhidmatan Perancangan Pewarisan dan Peramanahan antaranya ialah produk Wasiat Asas dan Komprehensif kepada pelanggan PPZ-MAIWP.
Mengenai PPZ-MAIWP:Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) adalah sebuah agensi yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mengutip zakat harta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Sejak ditubuhkan, PPZ-MAIWP telah merevolusikan pengurusan zakat menerusi pendekatan korporat, efisien dan mesra pelanggan, menjadikannya antara institusi zakat paling progresif di Malaysia. PPZ-MAIWP menyediakan pelbagai saluran bayaran zakat secara dalam talian dan fizikal, bagi memudahkan umat Islam menunaikan kewajipan berzakat dengan lebih mudah, cepat dan selamat.
Selain kutipan zakat, PPZ-MAIWP turut diberi tanggungjawab untuk mengurus
kutipan wakaf tunai bagi pihak MAIWP. Wakaf tunai ini disalurkan ke pelbagai program pembangunan ummah seperti pendidikan, kesihatan, kebajikan dan pemerkasaan ekonomi asnaf.
Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.zakat.com.my atau
wakafppz.com.my.
Mengenai Amanah Raya Berhad:Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) merupakan syarikat milik penuh kerajaan yang dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pemegang Amanah Raya dan Pegawai Pentadbir Pusaka yang telah ditubuhkan sejak tahun 1921. AmanahRaya merupakan sebuah syarikat Pemegang Amanah utama di Malaysia yang telah dikorporatkan pada tahun 1995, melalui Akta Perbadanan Amanah Raya 1995.
AmanahRaya menyediakan Perkhidmatan Wasiat, Pentadbiran Pusaka dan Pengurusan Peramanahan. Di samping itu, AmanahRaya melalui anak-anak syarikatnya menawarkan Peramanahan Korporat (AmanahRaya Trustess Berhad), Pengurusan Aset (AmanahRaya Investement Management Sdn. Bhd.) dan Dana Pelaburan Hartanah (AmanahRaya Kenedix REIT Manager Sdn. Bhd.).
Untuk keterangan lanjut mengenai perkhidmatan kami, sila layari laman sesawang AmanahRaya di
www.amanahraya.my.
SUMBER: Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
PPZ-MAWIP
Nama: Norazlina Mohd Nordin
Pengurus Kanan
Komunikasi Korporat
Tel: 019-728 3839
E-mel: azlina@zakat.com.my
Nama: Fatin Aqilah Zulkefli
Eksekutif Kanan
Komunikasi Korporat
Tel: 017-393 5432
E-mel: aqilah@zakat.com.my
Amanah Raya Berhad
Nama: Siti Azura Shamsuddin
Ketua
Jabatan Komunikasi Kumpulan
Tel: 03-8680 7488
E-mel: sitiazura@arb.com.my
Nama: Siti Ainshah Zakaria
Eksekutif Kanan
Jabatan Komunikasi Kumpulan
Tel: 03-8680 7620
E-mel: sitiainshah@arb.com.my
--BERNAMA