Beyoncé dan Levi’s ® Lancar The Denim Cowboy

Released on: Wednesday, 06 Aug 2025 10:08AM

 

Beyoncé dan Levi’s ® Lancar The Denim Cowboy
 
Menandakan kemuncak kempen Levi’s® REIIMAGINE, edisi penutup ini menampilkan koleksi terkini BEYONCÉ X LEVI’S® yang sarat dengan sentuhan denim ikonik.

SAN FRANCISCO, 6 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jenama Levi’s®, bersama ikon global Beyoncé, hari ini melancarkan The Denim Cowboy, bab terakhir dalam kempen setahun Levi’s® REIIMAGINE. Filem ini menggabungkan ketiga-tiga bab terdahulu, menjadikan kempen ini bukan sekadar tafsiran semula iklan ikonik Levi’s®, tetapi penciptaan naratif baharu yang berteraskan pemerkasaan dan keberanian mencipta peraturan sendiri. Sepanjang The Denim Cowboy penonton disajikan dengan ikon dan item utama daripada koleksi denim baharu BEYONCÉ x LEVI’S®, yang bukan sahaja menjadi busana utama filem ini, tetapi juga melambangkan tonggak terkini dalam kolaborasi bersama Beyoncé, sekali gus mengukuhkan kedudukan Levi’s® sebagai peneraju gaya hidup denim.

Diiringi suntingan eksklusif lagu “Levii’s Jeans” daripada album pemenang Anugerah Grammy, Cowboy Carter, filem berdurasi 90 saat ini menampilkan babak-babak baharu serta versi lanjutan daripada filem Launderette, Pool Hall dan Refrigerator yang pernah diterbitkan sebelum ini, kesemuanya diinspirasikan oleh iklan-iklan klasik Levi’s® dari era 80-an dan 90-an. Sekali lagi, jenama Levi’s® bekerjasama dengan pengarah pemenang Anugerah Grammy, Melina Matsoukas, untuk merealisasikan visi kreatif ini ke layar.

Mengangkat semula konteks bab-bab terdahulu sambil mendedahkan butiran baharu, The Denim Cowboy memperlihatkan bahawa hadiah kemenangan Beyoncé dalam permainan biliard sebenarnya ialah jean 501® milik “jerung” tempatan, watak yang dibawakan oleh pelakon terkenal pemenang anugerah, Timothy Olyphant (Justified , Deadwood). Beyoncé memukau dalam jaket ’90s Shrunken Trucker bertatah kristal, dipadankan dengan seluar 501® Curve, siluet baharu dan revolusioner 501® yang direka khas untuk meraikan bentuk tubuh berlekuk tanpa mengorbankan potongan lurus autentik yang menjadikan 501® kekal ikonik sepanjang zaman. Menampilkan semangat glamor berani seperti yang diperkenalkan dalam Pool Hall , Western Crystal ’90s Shrunken Trucker dan Western Crystal 501® Curve tampil sebagai item utama yang mencuri tumpuan dalam koleksi denim BEYONCÉ X LEVI’S®.

The Denim Cowboy menandakan kemuncak kepada kempen revolusioner Levi’s® REIIMAGINE, menjadi perayaan penutup kepada sebuah kerjasama yang telah meneroka semula konsep inovasi dan interpretasi dari setiap sudut,” kata Kenny Mitchell, Ketua Pegawai Pemasaran Global jenama Levi’s ® di Levi Strauss & Co. “Kempen ini mencerminkan tahap dan skala kolaborasi baharu yang menempatkan wanita sebagai nadi utama naratif, sekaligus membuka lembaran ikonik dalam sejarah Levi’s®, mengukuhkan lagi kedudukan jenama ini di tengah-tengah budaya kontemporari.”

Kerjasama ini mencapai kemuncak yang memukau ketika persembahan penutup COWBOY CARTER TOUR Beyoncé di Las Vegas, apabila seluruh kru penari ikon tersebut menghidupkan pentas dengan busana berkilauan daripada koleksi denim baharu BEYONCÉ X LEVI’S® - gaya yang diinspirasikan daripada semangat berani kempen REIIMAGINE yang sedang berlangsung.

Koleksi denim BEYONCÉ X LEVI’S® – termasuk Western Crystal ‘90s Shrunken Trucker (US$250) dan Western Crystal 501® Curve (US$150) – bersama dua lagi set denim lengkap dari kepala ke kaki, akan mula ditawarkan pada 4 Ogos di Beyonce.com dan secara global mulai 7 Ogos di Levi.com serta kedai Levi’s® terpilih di seluruh dunia.

The Denim Cowboy dilancarkan melalui kempen global bersepadu sepenuhnya yang merangkumi saluran televisyen, digital, media sosial dan papan iklan luar. Kempen ini meneruskan tradisi Levi’s® dalam bekerjasama dengan bakat kreatif paling berpengaruh pada era ini. Melina Matsoukas berganding bahu bersama sinematografer pemenang Anugerah Emmy, Marcell Rév, serta jurufoto tersohor Mason Poole untuk merakam intipati visual kempen REIIMAGINE, menambah satu lagi lapisan seni dalam rangkaian kempen ikonik Levi’s® yang penuh bersejarah.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen REIIMAGINE, layari levi.com dan ikuti @levis di Instagram dan TikTok.

Kempen ini diilhamkan melalui kerjasama kreatif bersama TBWAChiatDay LA dan Parkwood Entertainment, serta diterbitkan oleh de la revolućion/PRETTYBIRD.

Maklumat tentang jenama Levi’s ®

Jenama Levi’s® melambangkan gaya klasik Amerika dan sentuhan bergaya yang tampak mudah. Sejak diperkenalkan oleh Levi Strauss & Co. pada tahun 1873, jean Levi’s® telah menjadi antara pakaian paling dikenali di dunia, menangkap imaginasi serta kesetiaan generasi demi generasi. Hari ini, portfolio jenama Levi’s® terus berkembang dengan semangat perintis dan inovasi yang tiada tandingan dalam industri fesyen. Rangkaian denim dan aksesori unggul kami tersedia di lebih 120 negara, membolehkan individu di seluruh dunia mengekspresikan gaya peribadi mereka. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama Levi’s®, produk dan lokasi kedai, sila layari levi.com.

 Maklumat tentang Levi Strauss & Co.

 Levi Strauss & Co. merupakan salah satu syarikat pakaian berjenama terbesar di dunia dan peneraju global dalam segmen denim. Syarikat ini mereka bentuk dan memasarkan jean, pakaian kasual, serta aksesori berkaitan untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak di bawah jenama Levi's®, Dockers®, Levi Strauss Signature™ dan Beyond Yoga®. Produk-produk syarikat ini dijual di lebih 120 negara melalui rangkaian peruncit berantai, gedung serbaneka, laman web e-dagang, serta lebih kurang 3,400 kedai khusus dan ruang jualan dalam kedai di seluruh dunia. Pada tahun 2024, Levi Strauss & Co. mencatat hasil pendapatan bersih sebanyak AS$6.4 bilion. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://levistrauss.com dan untuk berita serta pengumuman syarikat, layari http://investors.levistrauss.com.
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20250803727795/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Contacts
Pihak Hubungan Media:
Elizabeth Owen
Levi Strauss & Co.
(415) 501-7777
NewsMediaRequests@levi.com
 
Sumber: Levi Strauss & Co.

--BERNAMA 
Back to Home