IRVINE, Calif., 4 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SBC Medical Group Holdings Incorporated (Nasdaq: SBC) (“SBC Medical” atau “Syarikat”), sebuah francais global dan penyedia perkhidmatan untuk klinik estetik, hari ini mengumumkan bahawa syarikat tersebut akan melaporkan keputusan kewangan Suku Kedua Tahun 2025 pada hari Rabu, 13 Ogos 2025, sebelum pasaran AS dibuka.
Syarikat ini akan mengadakan panggilan persidangan pada hari Rabu, 13 Ogos 2025 jam 8:30 pagi Waktu Timur (atau hari Rabu, 13 Ogos 2025 jam 9:30 malam Waktu Jepun) untuk membincangkan keputusan kewangan dan menjawab soalan secara langsung.
Sila daftar lebih awal sebelum persidangan menggunakan pautan yang disediakan di bawah.
https://edge.media-server.com/mmc/p/ukc9sp9jAnda akan diarahkan secara automatik ke halaman pendaftaran “Pembentangan Keputusan Kewangan Suku Kedua 2025 SBC.” Sila ikuti langkah-langkah untuk memasukkan butiran pendaftaran anda, kemudian klik “Hantar.” Setelah didaftarkan, anda akan dapat mengakses laman tontonan khas untuk Panggilan Persidangan ini. Selain menonton panggilan persidangan, laman ini juga menyediakan maklumat mengenai para penceramah serta bahan perhubungan pelabur terdahulu.
Bermula 10 minit sebelum panggilan persidangan bermula, anda akan dapat melihat bahan pembentangan keputusan kewangan di laman tersebut. Bahan tersebut juga boleh dimuat turun. Ulangan panggilan persidangan akan tersedia sehingga 13 Ogos 2026. Selain itu, siaran keputusan kewangan, slaid pembentangan, dan rakaman webcast panggilan persidangan ini akan turut tersedia di laman web Perhubungan Pelabur Syarikat di:
https://ir.sbc-holdings.com/Maklumat tentang SBC MedicalSBC Medical, yang beribu pejabat di Irvine, California dan Tokyo, Jepun, memiliki serta menyediakan perkhidmatan pengurusan dan produk kepada pusat rawatan kosmetik. Syarikat ini memberi tumpuan utama kepada penyediaan perkhidmatan pengurusan menyeluruh kepada klinik francais, termasuk tetapi tidak terhad kepada keperluan pengiklanan dan pemasaran merentas pelbagai platform (seperti rangkaian media sosial), pengurusan kakitangan (seperti pengambilan dan latihan), tempahan janji temu untuk pelanggan klinik francais, bantuan dengan penyewaan perumahan pekerja dan kemudahan francais, pembinaan dan reka bentuk klinik francais, pemerolehan peralatan perubatan dan bahan guna habis perubatan (untuk jual semula), penyediaan produk kosmetik kepada klinik francais untuk dijual semula kepada pelanggan, pelesenan penggunaan teknologi perubatan yang belum atau tidak dipatenkan, penggunaan cap dagang dan jenama, penyelesaian perisian IT (termasuk tetapi tidak terhad kepada rundingan perubatan jarak jauh), pengurusan program ganjaran pelanggan klinik francais (program mata kesetiaan pelanggan), dan alat pembayaran untuk klinik francais. Untuk maklumat lanjut, sila layari:
https://sbc-holdings.com/Penyataan Pandang Ke HadapanSiaran akhbar ini mengandungi penyataan pandang ke hadapan. Penyataan pandang ke hadapan bukanlah fakta sejarah atau kenyataan mengenai keadaan semasa, tetapi sebaliknya mewakili kepercayaan Syarikat tentang peristiwa dan prestasi masa hadapan, yang kebanyakannya secara semula jadi tidak menentu dan di luar kawalan Syarikat. Penyataan pandang ke hadapan ini mencerminkan pandangan semasa Syarikat berkenaan, antara lain, rancangan dan strategi pelancaran produk; pertumbuhan hasil dan pendapatan; dan prospek perniagaan. Dalam sesetengah kes, penyataan pandang ke hadapan boleh dikenal pasti melalui penggunaan perkataan seperti “mungkin,” “sepatutnya,” “menjangkakan,” “meramalkan,” “mempertimbangkan,” “menganggarkan,” “percaya,” “merancang,” “diunjurkan,” “meramal,” “berpotensi,” “menyasarkan” atau “berharap” atau bentuk negatif bagi istilah-istilah ini atau istilah serupa. Syarikat memberi amaran kepada pembaca supaya tidak terlalu bergantung kepada sebarang penyataan pandang ke hadapan, yang hanya tepat setakat tarikh siaran ini dan tertakluk kepada pelbagai risiko, ketidaktentuan, andaian atau perubahan keadaan yang sukar untuk diramal atau diukur. Penyataan pandang ke hadapan ini adalah berdasarkan jangkaan semasa pihak pengurusan dan bukan jaminan prestasi masa hadapan. Syarikat tidak akan dan tidak bertanggungjawab untuk, mengeluarkan secara awam sebarang kemas kini atau semakan ke atas penyataan pandang ke hadapan ini bagi mencerminkan sebarang perubahan dalam jangkaannya atau perubahan dalam peristiwa, keadaan atau situasi yang menjadi asas kepada kenyataan tersebut, kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang. Faktor-faktor yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada jangkaan semasa mungkin timbul dari semasa ke semasa, dan adalah mustahil bagi Syarikat untuk meramalkan semuanya; faktor-faktor ini termasuk, antara lain, perubahan dalam keadaan ekonomi, perniagaan, persaingan, pasaran dan peraturan secara global, serantau atau tempatan, serta yang disenaraikan di bawah tajuk “Risk Factors” dan di tempat lain dalam pemfailan Syarikat dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (“SEC”), yang boleh diakses melalui laman web SEC di
www.sec.gov.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
HubungiSBC Medical Group Holdings Incorporated (Asia)Hikaru Fukui / Ketua Perhubungan Pelabur
E-mel:
ir@sbc-holdings.comAkiko Wakiyama / Ketua Perhubungan Awam
E-mel:
pr@sbc-holdings.comICR LLC (Dalam AS)Bill Zima / Rakan Kongsi Pengurusan
E-mel:
bill.zima@icrinc.comSumber: SBC Medical Group Holdings Incorporated
--BERNAMA