· Tendam ialah kumpulan syarikat pakaian kedua terbesar di Sepanyol berdasarkan bahagian pasaran dan salah satu kumpulan syarikat pakaian omnisaluran terkemuka di Eropah.
· 12 jenama fesyen milik Tendam yang telah lama kukuh di pasaran menawarkan kepelbagaian dan pendedahan antarabangsa, sekali gus mengukuhkan lagi keberadaan Kumpulan ini dalam industri berfokuskan pengguna.
· Transaksi yang bernilai AED 5.6 bilion (€1.3 bilion) daripada segi nilai perusahaan ini menjadikan Multiply Group pemain utama dalam landskap global Runcit & Pakaian.
ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu & MADRID & LONDON & LUXEMBOURG & PARIS, July 28 (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Multiply Group (ADX: MULTIPLY), syarikat pemegangan pelaburan yang berpangkalan di Abu Dhabi dan melabur serta mengendalikan perniagaan di peringkat global, hari ini telah menyelesaikan pelaburan utama pertamanya di Eropah dengan pengambilalihan kepentingan majoriti dalam Tendam, kumpulan syarikat pakaian kedua terbesar di Sepanyol berdasarkan bahagian pasaran
1 . Perjanjian ini menggandakan EBITDA operasi Multiply selepas penyatuan dan mengembangkan modelnya untuk mengambil alih perniagaan yang berprestasi tinggi, mengoptimumkan potensi melalui modal dan teknologi, serta memastikan kepimpinan pasaran yang lestari.
Sebagai salah satu kumpulan syarikat pakaian omnisaluran terkemuka di Eropah, Tendam mengendalikan lebih daripada 1,800 lokasi jualan dan menjalankan program kesetiaan digital yang berjaya di lebih 80 pasaran, termasuk Sepanyol, Portugal, Perancis, Emiriah Arab Bersatu dan Amerika Latin, membolehkannya berada pada kedudukan kukuh dalam landskap peruncitan yang sentiasa berkembang. Daripada fesyen mampu milik hingga gaya premium, portfolio pelbagai syarikat yang terdiri daripada 12 jenama tersohor memenuhi pelbagai segmen pelanggan melalui jenama fesyen terkemukanya seperti Women’secret, Springfield, Cortefiel dan Pedro del Hierro, antara lain.
Multiply kini memiliki kepentingan majoriti 67.91% dalam Castellano Investments S.À R.L. (“Syarikat”) (pemilik Tendam Brands S.A.U. dan subsidiari lain), manakala Llano Holdings S.À R.L. dan Arcadian Investments S.À R.L., iaitu entiti pelaburan korporat bagi Dana CVC dan PAI Partners, kekal sebagai pemegang saham minoriti.
Dengan pelaburan ini, Multiply Group memperkukuhkan pelaburannya dalam industri berfokuskan pengguna dan bertapak dalam sektor runcit dan pakaian, dengan Tendam menjadi perniagaan platform di bawah segmen menegak Runcit & Pakaian Multiply.
Multiply akan menerajui fasa pertumbuhan seterusnya bagi Tendam. Pertumbuhan ini disandarkan kepada peluasan antarabangsa seterusnya merentasi Eropah, Amerika Latin, dan Timur Tengah. Penggunaan AI merentasi semua aspek perniagaan, daripada penyumberan hingga operasi pelanggan, akan menyokong proses pertumbuhan ini serta memanfaatkan infrastruktur digital yang sudah sedia ada. Selain itu, Multiply akan menyokong perniagaan ini melalui penggabungan dan pengambilalihan (M&A) yang disasarkan untuk memperkenalkan jenama dan kategori baharu.
Samia Bouazza, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusan Multiply Group, berkata: “Pengambilalihan ini menandakan kemasukan strategik Multiply Group ke dalam sektor runcit dan pakaian. Dengan memperoleh kepentingan kawalan dalam sebuah platform omnisaluran terkemuka, kami melabur dalam model perniagaan berprestasi tinggi dan berorientasikan masa depan yang disokong oleh pasukan pengurusan yang cemerlang. Dibina berasaskan jenama sendiri yang kukuh dan ternama, platform ini menawarkan ketangkasan dan visi untuk berkembang ke dalam kategori baharu serta mengembangkan jenama baharu di peringkat global. Dengan kepakaran kami dalam mencipta sinergi, menggunakan AI, dan memacu aktiviti M&A strategik, kami berada pada kedudukan yang kukuh untuk mempercepatkan pertumbuhan dan mengoptimumkan nilai jangka panjang untuk para pemegang saham kami.”
Dari perspektif strategik, pengambilalihan ini menawarkan Multiply Group peluang besar untuk memanfaatkan kekuatan jenama kukuh dan rekod prestasi cemerlang Tendam untuk mendorong pertumbuhan masa hadapan, disokong oleh arah aliran pengguna yang menggalakkan dalam pasaran runcit pakaian global.
Jaume Miquel, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Tendam, mengulas: “Hari ini kami memulakan era baharu. Bersama, para pemegang saham dan pasukan pengurusan akan memanfaatkan sepenuhnya potensi Tendam dengan meluaskan jenama kami ke format, pasaran dan saluran baharu yang disokong oleh kecerdasan buatan dan teknologi digital tercanggih, sekali gus mendorong pertumbuhan dan keuntungan yang lebih kukuh melalui ekosistem jenama omnisaluran yang unik dan tiada tandingan.”
Sejak tahun 2020, dipacu oleh pasukan pengurusan yang berwibawa, Tendam telah mencatat pertumbuhan yang stabil setiap suku tahun, sekali gus mengukuhkan model perniagaannya di pasaran teras sambil mengembangkan keberadaan antarabangsa. Sehingga akhir Jun 2025, syarikat melaporkan jualan dua belas bulan terkini sebanyak €1.4 bilion dan EBITDA pasca-IFRS 16 sebanyak €340.7 juta.
Multiply Group telah menerima khidmat nasihat daripada Greenhill (sekutu Mizuho), Hogan Lovells dan KPMG bagi transaksi ini. Castellano dan para pemegang saham semasanya telah menerima khidmat nasihat daripada Uría Menéndez. Ramón Hermosilla Abogados dan Latham & Watkins LLP pula bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada Tendam bagi transaksi ini.
MAKLUMAT TENTANG MULTIPLY GROUPMultiply Group PJSC ialah sebuah syarikat pemegangan pelaburan berpangkalan di Abu Dhabi, yang melabur dan mengendalikan perniagaan bersifat transformatif yang menjana tunai di peringkat global.
Dikenali dengan pemikiran berteraskan perkembangan yang menjadi tanda dagangnya, Multiply Group akan terus melaburkan modal merentasi dua cabang utamanya, yang masing-masing mengamalkan pendekatan pelaburan yang berdisiplin dan memastikan penciptaan nilai yang konsisten serta lestari untuk para pemegang saham dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang.
Multiply, pelaburan dan operasi dalam sektor strategik jangka panjang, kini melabur dan beroperasi dalam Mobiliti, Tenaga & Utiliti, Media & Komunikasi, Kesejahteraan & Kecantikan, serta Runcit & Pakaian. Pelaburan utama menjana pendapatan berulang jangka panjang, yang seterusnya digunakan untuk pengambilalihan tambahan.
Multiply+, Kumpulan ini terus menjalankan pelaburan berdasarkan peluang dalam pasaran yang tidak tertumpu kepada sektor tertentu, terutamanya melalui pegangan minoriti dalam pasaran swasta dan awam.
Untuk maklumat lanjut, layari
www.multiply.ae.
Maklumat Tentang TendamTendam ialah syarikat peruncit pakaian berbilang jenama, omnisaluran dan berstruktur menegak terkemuka di Eropah, serta pemain kedua terbesar di Sepanyol daripada segi pegangan pasaran. Ia beroperasi dalam segmen pasaran massa premium dan dibangunkan berasaskan ekosistem yang bersepadu sepenuhnya, berfokuskan pelanggan serta berasaskan data. Syarikat ini kini memiliki 12 jenama sendiri: Women’secret, Springfield, Cortefiel, Pedro del Hierro, Hoss Intropia, Slowlove, High Spirits, Dash and Stars, OOTO, HI&BYE, Milano, dan rangkaian pakaian kanak-kanak Springfield Kids. Tendam turut menjual hampir 200 jenama pihak ketiga yang terpilih melalui platform berbilang jenama dan omnisalurannya.
Pada masa ini, Tendam beroperasi di lebih daripada 80 negara melalui lebih daripada 1,800 premis jualan (termasuk kedai yang dikendalikan secara langsung, ruang jualan dan francais) serta dalam talian, dengan 33 laman web untuk lapan jenama miliknya, enam aplikasi, dan juga laman serta pasaran dalam talian pihak ketiga yang lain. Laman web korporat Tendam boleh diakses di
www.tendam.es1 Pengambilalihan perniagaan Tendam di Bosnia dan Herzegovina tidak akan berkuat kuasa sehingga ia mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa persaingan yang berkenaan, yang dijangka akan diterima dalam masa terdekat.
Sumber: AETOSWireGaleri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20250723669640/enTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
ContactsUntuk maklumat lanjut, sila hubungi:W assim El JurdiMultiply Group
E:
wassim@multiply.aeRawad KhattarWeber Shandwick
M: +971 56 336 2131
E:
rkhattar@webershandwick.comSumber: Multiply Group
--BERNAMA