Sistem Invisalign dengan penolakan mandibula beserta blok oklusal merupakan inovasi klinikal terkini yang memperluaskan portfolio rawatan Kelas II Align untuk pesakit yang sedang membesar, dengan menawarkan penyelesaian menyeluruh bagi maloklusi Kelas II akibat retrusi mandibula.Menawarkan Pilihan Rawatan Inovatif untuk Maloklusi Skeletal Kelas II dalam Kalangan Kanak-kanak dan Remaja Serta Meluruskan Gigi Mereka Secara SerentakKUALA LUMPUR, Malaysia, 24 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Align Technology, Inc. (Nasdaq: ALGN), sebuah syarikat peranti perubatan global terkemuka yang mereka bentuk, mengeluar dan menjual Sistem Invisalign® iaitu pelurus gigi jernih, pengimbas intraoral iTero™, dan perisian CAD/CAM exocad™ untuk ortodontik digital dan pergigian restoratif, hari ini mengumumkan ketersediaan komersial di Malaysia bagi Sistem Invisalign dengan penolakan mandibula beserta blok oklusal, yang direka khusus untuk menangani pembetulan skeletal dan dental Kelas II dengan secara serentak menggerakkan mandibula ke hadapan sambil meluruskan gigi. Penyelesaian inovatif ini merupakan produk pelurus gigi jernih pertama oleh Align yang mengintegrasikan blok oklusal pepejal, yang direka bentuk untuk melakukan penolakan mandibula yang boleh diramal. Blok oklusal Invisalign memberikan ketahanan, meningkatkan cengkaman, dan membolehkan bukaan menegak untuk memulakan penggerakan mandibula lebih awal dalam kes seperti skeletal Kelas II dengan gigitan dalam, demi meningkatkan kecekapan rawatan.
Sistem Invisalign dengan penolakan mandibula beserta blok oklusal ialah inovasi klinikal terkini yang memperluaskan portfolio rawatan Kelas II Align bagi pesakit yang sedang membesar, dengan menawarkan penyelesaian menyeluruh kepada pengamal pergigian untuk merawat pesakit muda yang mengalami maloklusi Kelas II disebabkan oleh retrusi mandibula. Maloklusi Kelas II ialah salah satu masalah ortodontik yang paling biasa, dicirikan oleh ketidaksejajaran rahang di mana rahang bawah (mandibula) terletak terlalu ke belakang berbanding rahang atas (maksila), dan mewakili kira-kira 30–45% daripada kes maloklusi di seluruh dunia. Keadaan ini boleh menyebabkan masalah fungsi, estetik, dan cabaran lain kepada pesakit jika tidak dirawat.
Sistem Invisalign dengan penolakan mandibula beserta blok oklusal ditujukan terutamanya kepada pesakit yang sedang membesar pada peringkat pergigian campuran lewat atau kekal awal (berumur antara 10 hingga 16 tahun), yang masih mengalami pembesaran. Dengan memanfaatkan potensi pembesaran semula jadi semasa pra-remaja dan remaja, Sistem Invisalign dengan penolakan mandibula dan blok oklusal ini memudahkan pembetulan maloklusi Kelas II yang berkesan, membantu memperbaiki perhubungan oklusal, meningkatkan estetik wajah, dan memberikan manfaat fungsi jangka panjang, termasuk:
- Rawatan yang cekap. Meminimumkan keperluan untuk penggunaan pelbagai peranti bagi merawat keadaan seperti gigitan dalam yang teruk. Merawat maloklusi Kelas II sambil meluruskan gigi secara serentak dalam satu proses yang cekap. Blok oklusal Invisalign diperbuat daripada bahan pepejal dengan kimpalan laser, yang memastikan keteguhan struktur dan ketahanan sepanjang tempoh rawatan, untuk meminimumkan keretakan. Blok oklusal pepejal ini memudahkan bukaan menegak dan membolehkan fasa Penolakan Mandibula (MA) dimulakan lebih awal bagi kes Kelas II dengan gigitan dalam atau pesakit Kelas II divisyen 2 yang selalunya memerlukan fasa pra-MA. Walau bagaimanapun, sesetengah kes silang gigitan (crossbite) mungkin masih memerlukan fasa pra-MA.
- Keselesaan pesakit yang dipertingkatkan,(1) dan pematuhan(2) . Diperbuat daripada bahan SmartTrack™ yang dipatenkan, yang boleh diramal dan lebih selesa(1) . Kajian menunjukkan bahawa ketidakselesaan pesakit semasa menggunakan peranti fungsional memberi kesan kepada pematuhan pesakit terhadap masa pemakaian yang ditetapkan dan boleh memberikan hasil rawatan yang tidak memuaskan(2) .
- Pergerakan gigi yang boleh diramal. Lekatan dibenarkan pada gigi di bawah blok untuk membantu proses perataan dan pergerakan lain, atau untuk mengelakkan pergerakan yang tidak diingini(3) . Dengan menggabungkan bahan SmartTrack™, ciri SmartForce™, dan teknologi SmartStage™, ia juga membolehkan pergerakan gigi yang boleh diramal dengan lebih mudah(1) .
“Sistem Invisalign dengan penolakan mandibula beserta blok oklusal mencerminkan komitmen berterusan Align untuk memperluaskan keupayaan Sistem Invisalign, membolehkan doktor merawat lebih banyak jenis maloklusi dengan ketepatan dan kecekapan, serta membantu untuk terus memajukan penggunaan pelurus jernih sebagai standard penjagaan dalam ortodontik digital,” kata Sreelakshmi Kolli, naib presiden eksekutif Align Technology, ketua pegawai produk dan digital. “Inovasi terbaharu ini menunjukkan pelaburan besar kami dalam menawarkan penyelesaian ortodontik digital untuk pesakit yang sedang membesar, yang memperkasakan doktor untuk mencapai hasil rawatan yang boleh diramal di samping meningkatkan pengalaman pesakit.”
“Sistem Invisalign dengan penolakan mandibula beserta blok oklusal merupakan satu pencapaian penting dalam rawatan Kelas II menggunakan pelurus jernih, kerana ia membolehkan doktor menangani ketidakseimbangan dental dan skeletal secara serentak dengan cara yang lebih mudah diramal dan efisien,” kata Dr. Mitra Derakhshan, naib presiden eksekutif Align Technology, ketua pegawai klinikal, perancangan rawatan global dan perkhidmatan klinikal. “Integrasi blok oklusal meningkatkan lekatan mandibula serta membolehkan bukaan gigitan, menjadikan ini satu penyelesaian serba boleh untuk pelbagai jenis maloklusi Kelas II termasuk gigitan dalam atau divisyen 2. Sistem Invisalign dengan penolakan mandibula beserta blok oklusal memberikan pilihan yang lebih baik kepada doktor dan pesakit untuk pembetulan Kelas II dalam kalangan pesakit yang sedang membesar di samping meluruskan gigi mereka secara serentak, termasuk lebih banyak pilihan untuk penempatan ciri seperti lekatan pada gigi di bawah blok
(3) .”
Sistem Invisalign dengan penolakan mandibula beserta blok oklusal kini tersedia secara komersial kepada doktor bertauliah Invisalign di Australia, New Zealand, Jepun, Hong Kong, India, Singapura dan Malaysia, dan dijangka akan diperkenalkan di pasaran APAC tambahan lewat tahun 2025. Bersama dengan Sistem Palatal Expander Invisalign®, Invisalign First™ dan Sistem Invisalign dengan penolakan mandibula serta blok oklusal, inovasi terbaharu ini menyokong komitmen Align untuk membangunkan portfolio yang unik dan berbeza, yang menyokong keperluan pesakit yang sedang membesar sepanjang perjalanan rawatan mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai Sistem Invisalign dengan penolakan mandibula beserta blok oklusal, atau untuk menjadualkan sesi latihan, sila lawati
www.invisalign.com.my atau hubungi wakil Align Technology tempatan anda.
1. Berbanding dengan pelurus Invisalign yang sebelum ini diperbuat daripada bahan satu lapisan (EX30).
2. Kajian menunjukkan bahawa ketidakselesaan pesakit semasa menggunakan peranti fungsional memberi kesan kepada pematuhan pesakit terhadap masa pemakaian yang ditetapkan dan boleh mengakibatkan hasil rawatan yang tidak memuaskan.
https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/34949565/3. Dalam sesetengah kes, lekatan pada gigi di bawah blok oklusal mungkin perlu ditanggalkan disebabkan gangguan dengan ciri-ciri lain.
Maklumat Tentang Align Technology, Inc.Align Technology mereka bentuk dan menghasilkan Sistem Invisalign®, salah satu sistem pelurus jernih yang paling maju di dunia, pengimbas dan perkhidmatan intraoral iTero™, serta perisian CAD/CAM exocad™. Komponen teknologi ini membolehkan aliran kerja ortodontik dan restoratif digital yang lebih baik dilaksanakan untuk meningkatkan hasil rawatan pesakit dan kecekapan amalan bagi lebih 281,400 doktor pelanggan, dan membuka peluang untuk mengakses pasaran pengguna Align yang berjumlah 600 juta di seluruh dunia. Sepanjang 28 tahun yang lalu, Align telah membantu doktor merawat kira-kira 20.1 juta pesakit dengan Sistem Invisalign dan menerajui evolusi dalam pergigian digital melalui Align™ Digital Platform, iaitu rangkaian bersepadu teknologi dan perkhidmatan proprietari kami yang dihasilkan sebagai satu penyelesaian hujung ke hujung yang lancar untuk pesakit dan pengguna, ortodontis dan doktor gigi am, serta makmal/rakan kongsi. Lawati
www.aligntech.com untuk maklumat lanjut.
Untuk maklumat lanjut tentang Sistem Invisalign atau untuk mencari doktor Invisalign di kawasan anda, sila layari
www.invisalign.com.my. Untuk maklumat lanjut tentang sistem pengimbasan digital iTero, sila layari
www.itero.com/en-APAC. Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran CAD/CAM pergigian exocad dan senarai rakan pengedar exocad, sila lawati
www.exocad.com.
Invisalign, iTero, exocad, Align, dan Align Digital Platform ialah tanda dagangan milik Align Technology, Inc.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20250722472456/enHubungiAlign Technology
Madelyn Valente
(909) 833-5839
mvalente@aligntech.comZeno Group
Sarah Karlson
(828) 551-4201
sarah.karlson@zenogroup.com Sumber: Align Technology, Inc.
--BERNAMA