SSD enterprise Siri KIOXIA LC9 (faktor bentuk: 2.5 inci, E3.S, E3.L) Siri KIOXIA LC9 Jadi SSD PCIe 5.0 Enterprise Berkapasiti Tertinggi; Dilengkapi Memori Flash 3D QLC BiCS FLASH(TM) Bertindan 32 Die TOKYO, 23 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kioxia Corporation telah memperluas rangkaian SSD enterprise berkapasiti tinggi Siri KIOXIA LC9 dengan memperkenalkan SSD NVMe™ 245.76 terabait (TB)
[2] pertama dalam industri
[1], dalam faktor bentuk 2.5 inci dan EDSFF E3.L. Pilihan kapasiti dan faktor bentuk baharu ini melengkapi
model 122.88 TB (2.5 inci) yang diumumkan sebelum ini dan direka khusus untuk memenuhi keperluan prestasi dan kecekapan dalam persekitaran AI generatif.
AI generatif menuntut penyelesaian storan yang luar biasa dari segi kapasiti, kelajuan dan kecekapan, terutamanya bagi menyimpan set data berskala besar untuk melatih model bahasa besar (LLM), serta mencipta embedding dan pangkalan data vektor yang menyokong inferens melalui pendekatan retrieval augmented generation (RAG).
Dilengkapi tumpukan 32 die memori flash 3D QLC BiCS FLASH™ 2 terabit (Tb)
[3] bersama teknologi inovatif CBA (CMOS terus Diikat ke Array), SSD Siri KIOXIA LC9 memberikan kelajuan, skala dan kepadatan yang diperlukan untuk menyokong gelombang seterusnya dalam beban kerja berasaskan data. Gabungan seni bina memori canggih dan teknologi CBA ini membolehkan kapasiti 8 TB
[3] dalam satu pakej BGA 154 kecil, juga yang pertama dalam industri
[1] . Pencapaian ini dimungkinkan melalui keupayaan Kioxia dalam pemprosesan wafer berketepatan tinggi, reka bentuk bahan dan teknologi ikatan wayar.
SSD Siri KIOXIA LC9 sangat sesuai untuk data lakes, di mana kemasukan data secara besar-besaran dan pemprosesan pantas adalah penting. Berbeza dengan cakera keras (HDD) yang sering menjadi penghalang prestasi dan menyebabkan GPU berkuasa tinggi tidak dimanfaatkan sepenuhnya, SSD Siri KIOXIA LC9 menawarkan penyimpanan padat dalam reka bentuk bersaiz kompak dengan kapasiti lebih tinggi setiap watt. Dengan keupayaan sehingga 245.76 TB, ia mampu menggantikan berbilang HDD yang menggunakan tenaga tinggi, sambil menawarkan prestasi lebih unggul, penggunaan kuasa lebih rendah secara keseluruhan, penggunaan slot pemacu yang lebih sedikit dan penyejukan lebih efisien. Semua ciri ini menyumbang kepada peningkatan kos pemilikan keseluruhan (TCO) dari segi kuasa, kepadatan dan pengurusan haba.
Ciri-ciri SSD Siri KIOXIA LC9 Termasuk:- SSD sehingga 245.76 TB dalam faktor bentuk 2.5 inci dan E3.L
- Sehingga 122.88 TB tersedia dalam faktor bentuk E3.S
- Direka mengikut piawaian PCIe® 5.0 (maks. 128 GT/s Gen5 x4 tunggal, x2 berganda)
- Mematuhi spesifikasi NVMe™ 2.0, NVMe-MI™ 1.2c
- Menyokong spesifikasi SSD NVMe™ Pusat Data Open Compute Project (OCP) versi 2.5 (tidak termasuk semua keperluan)
- Sokongan Flexible Data Placement (FDP) untuk mengurangkan penulisan berlebihan dan memanjangkan jangka hayat SSD[4]
- Pilihan keselamatan: SIE, SED, FIPS SED
- Penggunaan algoritma penandatanganan CNSA 2.0[5] , direka dengan mengambil kira piawaian keselamatan kuantum masa hadapan
SSD Siri KIOXIA LC9 kini sedang dalam fasa sampel kepada pelanggan terpilih dan akan dipamerkan di persidangan
Future of Memory and Storage 2025 (Masa Depan Memori dan Storan 2025) yang akan berlangsung pada 5 hingga 7 Ogos di Santa Clara.
Nota Kaki:1: Sehingga 22 Julai 2025, berdasarkan tinjauan oleh Kioxia.
2: Definisi kapasiti SSD: Kioxia Corporation mentakrifkan satu kilobait (KB) sebagai 1,000 bait, satu megabait (MB) sebagai 1,000,000 bait, satu gigabait (GB) sebagai 1,000,000,000 bait, satu terabait (TB) sebagai 1,000,000,000,000 bait, dan satu kibibait (KiB) sebagai 1,024 bait. Walau bagaimanapun, sistem pengendalian komputer melaporkan kapasiti storan berdasarkan kuasa dua, di mana 1GB = 2^30 bait = 1,073,741,824 bait dan 1TB = 2^40 bait = 1,099,511,627,776 bait, lalu memaparkan kapasiti storan yang lebih rendah. Kapasiti storan yang boleh digunakan (termasuk contoh fail media pelbagai) akan berbeza mengikut saiz fail, format, tetapan, perisian dan sistem pengendalian, dan/atau perisian prapasang atau kandungan media. Kapasiti sebenar selepas pemformatan mungkin berbeza.
3: Kapasiti memori flash dikira sebagai 1 terabit (1 Tb) = 1,099,511,627,776 (2^40) bit, dan 1 terabait (1 TB) = 1,099,511,627,776 (2^40) bait.
4: Untuk tujuan penggunaan RocksDB, Kioxia mengesahkan bahawa Faktor Penguatan Penulisan (Write Amplification Factor, WAF) adalah sekitar 1.1 apabila fungsi FDP digunakan bersama plug-in (program peluasan fungsi yang diterbitkan di akaun GitHub Kioxia.
https://github.com/kioxia-jp/ufrop ).
5: SSD Siri KIOXIA LC9 menyokong algoritma tandatangan Leighton-Micali (LMS) yang diiktiraf oleh CNSA 2.0 (Commercial National Security Algorithm Suite 2.0) sebagai algoritma tandatangan digital untuk mencegah pengubahsuaian perisian tegar, sebagai persediaan menghadapi ancaman terhadap algoritma kriptografi konvensional oleh komputer kuantum. Advanced Encryption Standard (AES-256) dengan panjang kunci 256 bit, iaitu algoritma penyulitan data yang digunakan dalam SSD Siri KIOXIA LC9, turut diiktiraf oleh CNSA 2.0.
Faktor bentuk 2.5 inci merujuk kepada format SSD dan bukan saiz fizikal sebenar.
Kelajuan bacaan dan penulisan mungkin berbeza bergantung pada pelbagai faktor seperti peranti hos, perisian (pemacu, sistem pengendalian dan lain-lain), serta keadaan bacaan/penulisan.
Prestasi adalah anggaran awal dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
Model keselamatan pilihan seperti Sanitize Instant Erase (SIE), Self-Encrypting Drive (SED) dan SED FIPS (Federal Information Processing Standards) tersedia.
Model keselamatan pilihan tidak tersedia di semua negara disebabkan oleh peraturan eksport dan peraturan tempatan.
NVMe dan NVMe-MI ialah cap dagang berdaftar atau tidak berdaftar milik NVM Express, Inc. di Amerika Syarikat dan negara-negara lain.
PCIe ialah cap dagang berdaftar milik PCI-SIG.
Nama syarikat, produk dan perkhidmatan lain yang disebut mungkin merupakan cap dagang milik syarikat pihak ketiga.
Maklumat tentang KioxiaKioxia ialah peneraju global dalam penyelesaian memori, yang berdedikasi dalam pembangunan, pengeluaran dan penjualan memori flash serta pemacu keadaan pepejal (SSD). Pada April 2017, pendahulunya, Toshiba Memory, telah dipisahkan daripada Toshiba Corporation, syarikat yang mencipta memori flash NAND pada tahun 1987. Kioxia komited untuk memperkasa dunia melalui “memori” dengan menawarkan produk, perkhidmatan dan sistem yang memberikan pilihan kepada pelanggan serta nilai berasaskan memori untuk masyarakat. Teknologi memori flash 3D inovatif Kioxia, BiCS FLASH™, sedang membentuk masa depan penyimpanan data dalam aplikasi berketumpatan tinggi termasuk telefon pintar canggih, PC, sistem automotif, pusat data dan sistem AI generatif.
Pertanyaan Pelanggan:
Pejabat Jualan GlobalKioxia Corporation
Pejabat Jualan Global
https://www.kioxia.com/en-jp/business/buy/global-sales.html*Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga produk dan spesifikasi, kandungan perkhidmatan dan maklumat hubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman tetapi tertakluk kepada perubahan tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20250721671536/enTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
HubungiPertanyaan Media:
Kioxia Corporation
Bahagian Pengurusan Promosi
Satoshi Shindo
Tel: +81-3-6478-2404
Sumber: Kioxia Corporation
--BERNAMA