Platform Pembuatan Keputusan AI Provenir akan menyokong penilaian risiko kredit masa nyata, kelulusan pinjaman pengguna yang diperibadikan dan semakan pematuhan automatikPARSIPPANY, N.J., 23 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Provenir, peneraju global dalam perisian pembuatan keputusan risiko AI, pada hari ini mengumumkan syarikat itu telah bekerjasama dengan Ryt Bank – Bank Dikuasakan AI yang Pertama di Dunia – untuk menggalakkan inovasi dan misi syarikat bagi menyampaikan perkhidmatan perbankan yang dilaksanakan dengan kepantasan, kesederhanaan dan inovasi.
Ryt Bank telah memilih Platform Pembuatan Keputusan AI Provenir bertujuan memperkasa keputusan kredit yang lebih pantas dan tawaran pelanggan yang lebih diperibadikan untuk produk pinjaman pengguna bank tersebut.
Sebagai bank digital yang baharu dilesenkan, Ryt Bank menyasar untuk melancarkan produk pinjaman pengguna secara pantas yang sejajar dengan pendekatan pertama AI bank tersebut. Cabaran yang dihadapi ialah untuk melaksanakan infrastruktur pembuatan keputusan yang berupaya menyampaikan kelulusan pinjaman yang diperibadikan dengan segera sambil memastikan pematuhan terhadap standard kawal selia dan amalan terbaik pengurusan risiko.
Ryt Bank memilih Platform Pembuatan Keputusan AI Provenir untuk menyokong penilaian risiko kredit masa nyata bagi kelulusan pinjaman segera dan keupayaan platform berkenaan memaparkan cerapan data untuk tawaran pinjaman yang diperibadikan berdasarkan pemprofilan pelanggan dipacu AI. Provenir juga akan memainkan peranan penting dalam mengautomasikan semakan pematuhan bagi memenuhi keperluan kawal selia sambil menyediakan model pembelajaran berterusan untuk menyesuaikan diri dengan dinamik pasaran yang berubah-ubah. Akhir sekali, Provenir akan menyokong keputusan yang pantas dan tepat dalam usaha meningkatkan pengalaman pelanggan, menyokong misi Ryt Bank untuk menyampaikan perkhidmatan kewangan yang lebih pintar, lebih pantas dan mencipta impak yang bermakna bagi semua rakyat Malaysia.
“Ryt Bank membawa perbankan digital ke tahap baharu dengan pendekatan pertama AI dan kami amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan bank itu,” kata Kavinesswaran Karthigasan, Ketua APAC, Provenir. “Platform Pembuatan Keputusan AI kami akan menyediakan asas untuk Ryt Bank membantu mencapai matlamat perniagaan bank tersebut melalui pembuatan keputusan dipacu AI yang memenuhi jangkaan pelanggan bagi kelulusan segera dan interaksi digital yang amat diperibadikan.”
Maklumat tentang ProvenirProvenir membantu bank, teknologi kewangan dan penyedia perkhidmatan kewangan mendedahkan rahsia untuk pembuatan keputusan risiko yang lebih pintar.
Platform Keputusan AI Provenir menggabungkan kuasa pemprosesan keputusan, data dan kecerdasan keputusan untuk mendorong keputusan yang lebih pintar. Penawaran unik ini memberikan organisasi keupayaan untuk memacu inovasi keputusan sepanjang keseluruhan kitaran hayat pelanggan, sekali gus meningkatkan pengalaman pelanggan, pencegahan penipuan bertaraf dunia, akses kepada perkhidmatan kewangan, kelincahan perniagaan dan banyak lagi.
Provenir bekerjasama dengan organisasi perkhidmatan kewangan disruptif di lebih daripada 60 negara dan memproses lebih daripada 4 bilion transaksi setiap tahun.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
HubungiHubungan Media:Kelly Poffenberger
Perhubungan Awam dan Pemasaran (untuk Provenir) Lutz
kelly@lutzpr.com714.553.9071
Sumber: Provenir
--BERNAMA