Forum Wartawan Belt and Road 2025GANZHOU, China, 22 Julai, 2025 /Xinhua-AsiaNet/--Forum Wartawan Belt and Road 2025 telah diadakan pada 19 Julai di Ganzhou di Wilayah Jiangxi. Hampir 100 ketua-ketua organisasi bagi wartawan dan wakil media dari lebih 50 buah negara dan wilayah telah berkumpul untuk bertukar-tukar pandangan di bawah tema "Menggalakkan Dialog Peradaban dan Pemodenan Global dengan Kuasa daripada Wartawan."
Peserta telah bersetuju bahawa dalam menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang semakin meningkat, organisasi media merentasi negara harus menegakkan nilai-nilai kesaksamaan, pembelajaran bersama, dialog dan keterangkuman. Mereka menyeru agar membina satu rangkaian global yang pelbagai dan berbilang dimensi untuk dialog peradaban. Melalui itu, media boleh meluaskan perspektif, mengamalkan penceritaan yang berinovatif, membina konsensus, mengeratkan persahabatan, dan memanfaatkan kuasa komunikasi bagi memendekkan jarak geografi, merapatkan jurang persepsi, dan memupuk kerjasama global.
He Ping, Presiden bagi Persatuan Wartawan Seluruh China, menyatakan dalam ucaptama beliau bahawa kewartawanan harus memanfaatkan kekuatan pembangunan untuk meletakkan asas bagi kemajuan tamadun, membina jambatan bagi persefahaman bersama untuk menggalakkan kemakmuran kebudayaan, dan menyuarakan seruan keamanan bagi menjaga kesinambungan ketamadunan. Beliau menekankan perlunya bagi media untuk bersama-sama memperjuangkan keamanan, pembangunan, kerjasama dan manfaat bersama.
Andrei Kryvasheyeu, Pengerusi Bergilir bagi Presidium Rangkaian Wartawan Belt and Road dan Pengerusi bagi Kesatuan Wartawan Belarus, menekankan pentingnya untuk mengukuhkan kerjasama di kalangan wartawan di seluruh dunia. Beliau menegaskan bahawa pelaporan yang berobjektif boleh membantu mengurangkan salah faham dan pandangan berat sebelah, menyumbang kepada pembinaan sebuah komuniti dengan satu masa depan bersama bagi manusia sejagat.
Forum itu, yang dianjurkan oleh Kerajaan Rakyat Perbandaran Ganzhou, telah melancarkan Program sukarelawan "Rumah Antarabangsa bagi Wartawan", dengan organisasi wartawan dari 11 buah negara menerima sijil rasmi. Lapan "Utusan Media" dari China dan luar negara berkongsi cerita yang jelas daripada pengalaman pelaporan mereka, manakala empat tetamu antarabangsa telah membincangkan perspektif mengenai dialog peradaban melalui lensa media asing. Kempen video mikro global "My Marathon" mengumumkan 10 karya cemerlang dari enam negara. Lebih 50 artikel luar biasa oleh wartawan asing telah dipaparkan dalam penerbitan rasmi forum itu
Tanggapan Pertama mengenai China: Perspektif Kebudayaan. Selain itu, Stesen Wartawan Belt and Road telah ditubuhkan secara rasmi di Jiangxi, dengan menawarkan peluang-peluang baharu untuk wartawan asing yang melaporkan dari China.
Menjelang forum itu, penganjur telah mengatur lawatan lapangan untuk tetamu antarabangsa ke pelbagai bandar raya termasuk Nanchang, Fuzhou, Ganzhou, Jiujiang dan Jingdezhen. Lawatan ini menampilkan satu siri acara bagi "Dialog di antara Setiausaha/Datuk Bandar dan Media Luar Negara" dan beberapa forum selari yang memberi tumpuan kepada topik hangat seperti dialog peradaban dan kecerdasan buatan.
Sumber: Kerajaan Rakyat Perbandaran Ganzhou
--BERNAMA