​TOKYO SKYTREE Mengadakan Acara untuk Meraikan Ulang Tahun ke-30 Toy Story

Released on: Tuesday, 22 Jul 2025 2:55PM

TOKYO, 22 Julai, 2025 /Kyodo JBN/ --

TOBU TOWER SKYTREE Co., Ltd., pengendali bagi TOKYO SKYTREE, sedang mengadakan "To the Sky Beyond Imagination TOY STORY SKY IN TOKYO SKYTREE," bagi memperingati ulang tahun ke-30 penayangan filem "Toy Story". Acara itu bermula pada Khamis, 17 Julai, dan akan berlangsung sehingga Jumaat, 31 Oktober, 2025.

Visual utama bagi "To the Sky Beyond Imagination TOY STORY SKY IN TOKYO SKYTREE":
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M108036/202507041716/_prw_PI1fl_N616C18M.jpg

Laman web khas bagi "To the Sky Beyond Imagination TOY STORY SKY IN TOKYO SKYTREE": https://www.tokyo-skytree.jp/en/event/special/toystory/

Di kawasan seperti Galleria Tembo setinggi 450 meter itu, pengunjung boleh menyelami sendiri ke dalam dunia Toy Story melalui pameran dan hiasan dalamannya. Turut ditawarkan di tingkat ini ialah barangan edisi terhad yang hanya terdapat pada acara tersebut dan item menu kafe istimewa. Di Dek Tembo setinggi 350 meter itu, video eksklusif ditayangkan pada tingkap yang ditukar menjadi sebuah skrin gergasi TEATER BULAT SKYTREE pada setiap malam bagi acara itu. Pada waktu malam, bahagian luaran di menara itu akan mempunyai satu pencahayaan khas yang bertemakan Toy Story yang diilhamkan oleh pelbagai watak daripada siri filem itu.

Visual utama yang eksklusif bagi acara itu menggambarkan watak-watak filem itu yang melawat TOKYO SKYTREE diolah semula secara kreatif sebagai sebuah bilik permainan di awan.

TOBU TOWER SKYTREE berharap mereka yang datang ke Jepun akan melawat dan menikmati TOKYO SKYTREE sempena acara tersebut.

Maklumat mengenai TOKYO SKYTREE
TOKYO SKYTREE setinggi 634 meter itu ialah menara penyiaran paling tinggi yang berdiri bebas di dunia. Ia mempunyai dua dek pemerhatian, Dek Tembo, setinggi 350 meter, dan Galleria Tembo, setinggi 450 meter, yang menawarkan satu pemandangan panorama Tokyo yang menakjubkan. Pada waktu malam, TOKYO SKYTREE diterangi dengan warna-warni dalam tiga gaya pencahayaan -- "Iki", yang dicirikan oleh satu warna biru pucat, "Miyabi," yang menampilkan ungu Edo dan warna tangerin "Nobori" yang membawa tuah. Pencahayaan khas boleh dilihat semasa acara bermusim dan acara lain.

Laman web rasmi: https://www.tokyo-skytree.jp/en/ 
Untuk butiran lanjut, sila semak setiap akaun media sosial:
Instagram Rasmi: https://www.instagram.com/tokyoskytree_global/
X Rasmi: https://twitter.com/skytreeofficial
Facebook Rasmi: https://www.facebook.com/TOKYOSKYTREE.official/ 

Sumber: TOBU TOWER SKYTREE Co., Ltd.

--BERNAMA
Back to Home