Deltatre mengumumkan pengambilalihan Endeavor Streaming.LONDON & NEW YORK, 16 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Deltatre, penyedia antarabangsa terkemuka bagi penyelesaian penstriman, digital, data dan grafik untuk industri sukan, media dan hiburan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai perjanjian rasmi untuk mengambil alih Endeavor Streaming daripada Endeavor Group Holdings, Inc.
Dengan menyatukan penyedia digital dan OTT yang saling melengkapi serta terbukti berkesan ini, Deltatre menggabungkan rangkaian produk canggih miliknya – D3 VOLT, FORGE, AXIS, dan DIVA, yang menawarkan pengalaman digital pelbagai fungsi dengan video bersepadu – dengan produk OTT khusus milik Endeavor Streaming, VESPER. Mereka juga akan menyatukan strategi digital, khidmat perundingan, dan perkhidmatan pemasaran pertumbuhan terus kepada pengguna.
Gabungan perniagaan ini akan berada dalam keadaan paling bersedia untuk memenuhi keperluan pelanggan dalam sektor sukan, media dan hiburan melalui rangkaian pengalaman digital yang menarik dan menyeluruh – semuanya dalam satu kerjasama berpusat bersama Deltatre – sekali gus mengurangkan kerumitan pelaksanaan perkhidmatan oleh pelbagai penyedia taktikal.
Portfolio klien bersama ini merangkumi banyak entiti sukan dan media terkemuka di dunia – termasuk NFL, UFC, Sky, Rogers, NBA, WWE, MLB, BritBox, Bell Media, LIV Golf, ICC, World Rugby dan UEFA – yang mencerminkan pengalaman berdekad-dekad dalam penyampaian perkhidmatan digital dan OTT dengan kualiti, kebolehpercayaan dan prestasi yang terbukti pada skala besar.
“Bersama, kami berada dalam kedudukan yang amat kukuh untuk meneraju pada setiap peringkat dalam industri – dan pelaburan ini mengukuhkan komitmen kami untuk memperluaskan nilai yang kami tawarkan kepada klien sedia ada dan bakal klien. Endeavor Streaming merupakan pemain yang sangat dihormati dalam industri kami, dan penawarannya merupakan pelengkap semula jadi kepada produk dan perkhidmatan sedia ada kami,” kata Andrea Marini, Ketua Pegawai Eksekutif Deltatre.
“Saya amat yakin bahawa langkah ini menjadikan Deltatre peneraju dalam penyampaian penyelesaian digital dan OTT yang berkualiti tinggi serta bersepadu sepenuhnya..”“Endeavor Streaming telah membuktikan dirinya sebagai rakan kongsi yang dipercayai oleh syarikat sukan dan media terbesar di dunia, ketika mereka beralih daripada pengalaman berasaskan linear kepada masa depan berasaskan model terus kepada pengguna. kata Fred Santarpia, Presiden Endeavor Streaming
. “Bersama Deltatre, kami berhasrat untuk menawarkan lebih banyak peluang bernilai kepada rakan kongsi kami dengan peningkatan khalayak dan hasil..”Deltatre dan Endeavor Streaming juga banyak memberi tumpuan kepada pengkomersialan produk bagi platform dan perkhidmatan mereka – yang membolehkan pelaksanaan berulang, kos efektif, dan pantas – disokong pula oleh fungsi kejuruteraan berskala besar bagi pelancaran yang disesuaikan. Secara bersama, kedua-dua syarikat ini akan berada dalam keadaan yang mantap untuk terus memberi perkhidmatan kepada platform global terbesar serta aset media yang lebih kecil dan pemain serantau.
Pengambilalihan ini turut mengukuhkan lagi jejak global Deltatre dengan sokongan operasi yang diperluaskan merentasi Amerika Syarikat, Eropah, Timur Tengah dan Asia.
Transaksi ini dijangka akan dimuktamadkan pada suku ketiga tahun 2025, tertakluk kepada syarat-syarat biasa penutupan ini.
Weil, Gotshal & Manges LLP berkhidmat sebagai penasihat undang-undang kepada Deltatre, manakala New Deal Advisors SpA bertindak sebagai penasihat kewangannya. Latham & Watkins LLP pula berkhidmat sebagai penasihat undang-undang kepada Endeavor Group Holdings, Inc., dan The Raine Group bertindak sebagai penasihat kewangannya.
Maklumat Tentang DeltatreDeltatre ialah syarikat teknologi di sebalik detik-detik media dan sukan yang paling bermakna. Sepanjang hampir empat dekad, syarikat ini telah membina kepercayaan dalam kalangan penyiar, syarikat telekomunikasi, pasukan sukan, liga, persekutuan dan badan pentadbir terbesar di dunia. Didorong oleh misi untuk mencipta pengalaman digital masa depan, Deltatre terus menentukan semula cara nilai kandungan sukan secara langsung dan atas permintaan, filem, TV dan berita dimaksimumkan. Syarikat ini mengkhusus dalam penstriman video, laman web, aplikasi, data sukan, grafik dan sistem pengadilan. Antara pelanggannya termasuk BBC, Rogers, Bell Media, Danish Broadcasting Corporation, Mediacorp, beIN, CPL, UEFA, ATP, NFL, DFL, NHL, MLS, MLB, dan World Athletics.
www.deltatre.comMaklumat Tentang Endeavor StreamingEndeavor Streaming ialah peneraju global dalam pengedaran dan penjanaan hasil video premium untuk kandungan secara langsung dan atas permintaan merentasi bidang sukan, hiburan, media dan gaya hidup. Menerusi platform penstriman hujung ke hujung yang lengkap serta penawaran perkhidmatan unik yang merangkumi khidmat nasihat dan perundingan, pemasaran pertumbuhan, pembangunan bahagian hadapan tersuai dan banyak lagi, Endeavor Streaming membantu pencipta kandungan, jenama dan pemilik hak untuk mengubah, mengembangkan dan menskalakan perniagaan mereka secara terus kepada pengguna. Endeavor Streaming merupakan rakan kongsi dipercayai bagi jenama global terkemuka, yang menyiarkan puluhan ribu acara utama setiap tahun termasuk pertarungan UFC, serta menggerakkan perkhidmatan penstriman seperti LHN daripada University of Texas, WNBA League Pass, UFC FIGHT PASS, NWSL dan banyak lagi.
www.endeavorstreaming.comTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20250715833650/enHubungiJames McFarland
press@deltatre.comSumber: Deltatre
--BERNAMA