KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Berjaya Sompo Insurance (Berjaya Sompo) dengan bangganya mengumumkan penajaan utamanya untuk siri perlumbaan
Berjaya Sompo Yamaha R15M Race Elites bagi musim 2025 dan 2026. Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan untuk menggilap bakat-bakat pelumba muda, malah untuk menyemai kesedaran tentang keselamatan menunggang motosikal dalam kalangan peminat sukan dua roda.
Dilancarkan semasa Pusingan 1 Kejuaraan Superbike Malaysia AEON Credit MAM (MSBK) 2025 pada 9 Mei lalu, kelas R15M Race Elites merupakan inisiatif bersama Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM). Ia menawarkan platform batu loncatan bagi pelumba-pelumba muda untuk beralih daripada motosikal
underbone ke jentera yang lebih canggih. Para peserta akan bersaing menggunakan jentera Yamaha R15M 155cc yang telah diubah suai kepada spesifikasi perlumbaan penuh.
"Inisiatif ini bukan sekadar tentang kelajuan, tetapi yang lebih penting adalah untuk membentuk pelumba yang mahir dan bertanggungjawab di litar dan di jalan raya," kata Encik Tan Sek Kee, Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Sompo. "Kami amat berbangga dapat menyokong sebuah platform yang menggabungkan pemerkasaan golongan muda dengan nilai-nilai keselamatan jalan raya."
Siri perlumbaan ini juga berfungsi sebagai laluan ke kejuaraan peringkat serantau Asia, sekali gus memberikan pendedahan dan pengalaman yang amat penting kepada para pelumba Malaysia.
Selaras dengan komitmen Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), Berjaya Sompo turut menyepadukan program perlumbaan ini dengan kempen
The Good Riders. Kempen ini secara aktif mempromosikan amalan tunggangan defensif, kepentingan memakai kelengkapan perlindungan yang betul, serta penjagaan motosikal yang rapi untuk memastikan keselamatan penunggang.
Musim 2025 dijangka lebih sengit dan mendebarkan dengan penyertaan lebih daripada 32 orang pelumba berbakat. Barisan pelumba yang lebih besar ini menjanjikan saingan hebat dalam empat pusingan yang telah dijadualkan:
·
Pusingan 1: 9–11 Mei
·
Pusingan 2: 4–6 Julai
·
Pusingan 3: 12–14 September
·
Pusingan 4 (Akhir): 7–9 November
Penganjuran Berjaya Sompo Yamaha R15M Race Elites adalah sebahagian daripada inisiatif The Good Riders yang bertujuan untuk memupuk budaya menunggang motosikal secara selamat dan bertanggungjawab.
Mengenai Berjaya Sompo Insurance Berhad Berjaya Sompo Insurance Berhad (“Berjaya Sompo”) adalah sebuah entiti yang beroperasi di Malaysia dan sebahagian daripada Kumpulan Sompo. Kehadiran mantap Kumpulan Sompo selama 80 tahun di Asia, merentasi 13 pasaran di rantau ini, telah mengukuhkan Berjaya Sompo sebagai peneraju dalam insurans am di Malaysia, dengan rangkaian yang sentiasa berkembang meliputi 15 pejabat dan 2,614 ejen di seluruh negara pasa masa ini. Berjaya Sompo menyediakan rangkaian komprehensif penyelesaian insurans am untuk individu dan syarikat
Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.berjayasompo.com.my.
SUMBER: Berjaya Sompo Insurance Berhad
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Daniel Soon
PR and Communications
Tel: +6010 – 279 9775
Emel: wjsoon@bsompo.com.my
--BERNAMA