Mary Kay Dedah Laporan Kelestarian 2025, Gariskan Pencapaian Penting dalam Aspek Sosial, Ekonomi dan Alam Sekitar

Released on: Wednesday, 16 Jul 2025 2:47PM


Table
Laporan kelestarian tahunan ini menyoroti komitmen berdekad Mary Kay terhadap kelestarian sosial, ekonomi dan alam sekitar – tiga tonggak utama yang membentuk strategi perniagaannya serta legasi berasaskan misi untuk “memperkaya kehidupan wanita” di seluruh dunia. (Foto ihsan: Mary Kay Inc.) 

 

DALLAS, 16 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., penyokong global dalam bidang kelestarian dan pemerkasaan wanita, hari ini mengumumkan pelancaran Laporan Kelestarian 2025, yang merangkumi gambaran menyeluruh tentang komitmen syarikat menjelang 2030 serta pencapaian penting sepanjang 2024 dalam usaha memberi impak positif di seluruh dunia.

Laporan tahunan ini menyoroti dedikasi berdekad Mary Kay terhadap kelestarian sosial, ekonomi dan alam sekitar – tiga tonggak utama yang membentuk strategi perniagaan serta legasi berpaksikan misi syarikat untuk “memperkaya kehidupan wanita” di seluruh dunia.

“Selama lebih 60 tahun, syarikat kami telah menjadikan pemerkasaan wanita, perlindungan alam sekitar, dan pembinaan komuniti berdaya tahan sebagai asas kepada model perniagaan dan inisiatif utama kami,” kata Ryan Rogers, Ketua Pegawai Eksekutif Mary Kay. “Laporan tahun ini mengukuhkan lagi matlamat dan komitmen kami, sambil meraikan impak yang nyata dan bermakna di peringkat global.”

Daripada pengurusan produk dan pemeliharaan biodiversiti sehinggalah kepada pemajuan kesaksamaan wanita, keterangkuman ekonomi serta pemecutan pendigitalan untuk mencetuskan keusahawanan, Mary Kay terus mengintegrasikan prinsip kelestarian dalam setiap aspek operasinya. Sorotan utama bagi tahun 2024 adalah seperti berikut:

Alam Sekitar:

· Pembungkusan Bertanggungjawab: Mary Kay mengukuhkan semula komitmen untuk mengurangkan intensiti penggunaan plastik, meningkatkan kandungan bahan kitar semula pasca pengguna (PCR), dan memperluas penggunaan pembungkusan yang boleh dikitar semula atau sedia untuk dikitar semula¹ . Contohnya, botol Mary Kay TimeWise® Targeted-Action® Toning Lotion mengandungi 94% bahan PCR.
· Sumber Lestari: Sehingga tahun 2024, 93% minyak sawit yang digunakan oleh pembekal Mary Kay telah diperakui oleh Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO), manakala 80% penggunaan shea diperoleh daripada pembekal ahli Global Shea Alliance (GSA).
· Pengurusan Air: 100% air yang digunakan di fasiliti Penyelidikan & Pembangunan dan Pembuatan global Richard R. Rogers (R3) di Texas dirawat dan dikitar semula ke dalam tadahan air tempatan.
· Perkongsian Impak: Mary Kay meraikan kerjasama selama 37 tahun bersama The Nature Conservancy (TNC), melibatkan sokongan terhadap 100 projek pemuliharaan, serta kerjasama selama 16 tahun bersama Arbor Day Foundation (ADF) dalam usaha memelihara ekosistem di Texas dan di seluruh dunia menerusi 34 projek.

Sosial:

· Pink Changing Lives® : Sejak tahun 1996, Mary Kay Inc. dan empat yayasan tajaan syarikat telah menyumbang lebih daripada USD 230 juta dalam bentuk wang tunai dan sumbangan barangan di seluruh dunia² .
· Pemerkasaan Wanita: Lebih 600,000 wanita di peringkat global telah menerima manfaat daripada program-program bermakna di peringkat antarabangsa, serantau, dan tempatan menjelang tahun 2024.
·  Masa Depan STEM: Sebanyak 37 geran telah diberikan kepada wanita muda dari 16 negara yang menceburi kerjaya dalam bidang STEM, dan 8 geran lagi disalurkan kepada pelajar wanita menerusi “Madam C.J. Walker Scholarships” hasil kerjasama dengan The Society of Cosmetic Chemists (SCC) yang ditaja oleh Mary Kay menjelang 2024.
· Perkongsian Impak: Pada tahun 2024, Mary Kay berperanan sebagai organisasi pemberi anugerah khas di International Science and Engineering Fair (ISEF).

Ekonomi:

· Dipacu Wanita: 63% tenaga kerja global Mary Kay terdiri daripada wanita, manakala 57% jawatan kepimpinan di 10 pasaran utama dipegang oleh wanita. Di peringkat eksekutif, 60% pasukan pengurusan tertinggi juga terdiri daripada golongan wanita³ .
· Jejak Global: Mary Kay telah memperluas operasinya ke Kyrgyzstan.
· Pendigitalan: Mary Kay mentransformasi pengalaman jualan digital dengan memanfaatkan peluang digital baharu sambil mengekalkan sentuhan peribadi dan perhatian yang menjadi keunikan Independent Beauty Consultants (IBCs). Pada tahun 2024, kempen “Phygital” telah dilancarkan di Mexico dan Brazil, dengan Colombia menyusul pada tahun 2025..
· Advokasi: Mary Kay aktif dalam lebih 100 persatuan perdagangan di seluruh dunia, melibatkan pelbagai isu dasar seperti jualan langsung, keusahawanan, penjagaan peribadi serta rantaian bekalan dan logistik. Di Brazil, Mary Kay turut menyumbang kepada Kertas PolisiPasukan Petugas Pekerjaan & Pendidikan G20 (B20).

PENGIKTIRAFAN UTAMA UNTUK MARY KAY PADA TAHUN 2024 DAN 2025:

· Dinobatkan sebagai Jenama Jualan Langsung No. 1 Dunia bagi Penjagaan Kulit dan Kosmetik Warna oleh Euromonitor International selama tiga tahun berturut-turut, 2023, 2024, dan 2025.
· Menduduki tangga ke-9 dalam senarai Best Brands for Social Impact 2025 oleh Forbes daripada 3,900 jenama. Mary Kay merupakan satu-satunya jenama kecantikan dan syarikat jualan langsung dalam 10 teratas.
· Berada di kedudukan ke-11 dalam senarai Top 100 Beauty Companies 2024 oleh Women’s Wear Daily Beauty Inc. yang diterbitkan pada 2025.
· Menerima penarafan Lima Bintang dalam senarai America’s Greatest Workplaces for Women2025 oleh Newsweek.
· Dianugerahkan “Leadership in Conservation and Sustainability Award” oleh Texan By Nature (TxN) pada tahun 2023 dan sekali lagi pada 2024.
· Menerima “Top Supply Chain Award” 2024 daripada The Supply & Demand Chain Executive hasil kerjasama dengan Tive dalam pembangunan penyelesaian keterlihatan penghantaran keutamaan.

Laporan Kelestarian 2025 Mary Kay selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan berfungsi sebagai penanda aras bagi para pemegang kepentingan dan rakan kongsi yang ingin mendorong impak kolektif.

Untuk melihat laporan penuh, sila layari pautan ini.

Maklumat tentang Mary Kay

Sebagai antara perintis yang memecahkan halangan gender, Mary Kay Ash mengasaskan jenama kecantikan impiannya di Texas pada tahun 1963 dengan satu matlamat utama: untuk memperkaya kehidupan wanita. Impian itu kini berkembang menjadi sebuah syarikat global dengan jutaan ahli tenaga jualan bebas di lebih 40 pasaran di seluruh dunia. Selama lebih 60 tahun, peluang yang ditawarkan oleh Mary Kay telah memperkasakan wanita untuk menentukan masa depan mereka sendiri melalui pendidikan, bimbingan, advokasi dan inovasi. Mary Kay komited untuk melabur dalam sains di sebalik kecantikan dan menghasilkan produk penjagaan kulit, kosmetik warna, suplemen pemakanan dan haruman yang inovatif. Mary Kay juga berpegang teguh pada prinsip memelihara bumi untuk generasi akan datang, melindungi wanita yang terjejas akibat kanser dan keganasan rumah tangga, serta menggalakkan golongan muda untuk mengejar impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com. Ikuti kami di Facebook, Instagram dan LinkedIn atau ikuti kami di X
 
1 Boleh dikitar semula hanya di lokasi yang mempunyai kemudahan berkenaan.
2 Walaupun syarikat telah menyokong pelbagai inisiatif amal selama beberapa dekad, dokumentasi rasmi bermula pada tahun 1996 dengan penubuhan Mary Kay Ash Foundation® (Amerika Syarikat).
3 Perwakilan dan Kepimpinan Wanita di Mary Kay (Mei 2025).
4 "Sumber: Euromonitor International Limited; Beauty and Personal Care 2025 Edition, jualan nilai di RSP, data tahun 2024."

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20250715989652/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Contacts

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber: Mary Kay Inc.

--BERNAMA
Back to Home