Duck Creek Technologies Mengumumkan Tyler Jones sebagai Ketua Pegawai Pemasaran Baharu

Released on: Tuesday, 20 May 2025 10:30AM


Eksekutif Pemasaran dan Teknologi yang Berpengalaman, Tyler Jones, Bakal Menyertai Duck Creek Technologies

BOSTON, 20 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Duck Creek Technologies, sebuah syarikat penyedia penyelesaian pintar yang membentuk masa depan insurans harta benda dan kasualti (P&C) serta insurans am hari ini mengumumkan pelantikan Tyler Jones sebagai Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) syarikat itu. Sebagai CMO, Jones bertanggungjawab menyelia usaha pemasaran dan penjenamaan strategik Duck Creek dengan memacu syarikat berkembang ke peringkat global serta menjadi peneraju dalam bidang perisian dan perkhidmatan insurans P&C.

"Tyler merupakan seorang pakar pemasaran dan pemimpin berpengalaman yang memahami cara memberikan nilai kepada pelanggan dan ekosistem rakan kerjasama kami," kata Mike Jackowski, Ketua Pegawai Eksekutif Duck Creek Technologies. "Beliau berpengalaman luas dalam membina dan mengembangkan organisasi pemasaran bertaraf dunia bagi syarikat perisian berasaskan awan. Saya sangat teruja dapat mengalu-alukan beliau ke pasukan Duck Creek dan berharap dapat bekerjasama dengan beliau untuk mempercepatkan pertumbuhan syarikat dan meluaskan dominasi kami dalam pasaran."

Dengan pengalaman lebih dua dekad dalam bidang teknologi, insurans serta pengalaman pelanggan, Tyler menyertai Duck Creek dari CLARA Analytics, di mana beliau mengetuai inisiatif pertumbuhan dan program kerjasama komersial yang mendorong penerimagunaan penyelesaian berasaskan AI.

“Saya berbesar hati dan teruja dapat menyertai Duck Creek pada saat penting dalam industri insurans ini,” kata Tyler Jones. "Duck Creek merupakan sebuah syarikat berwawasan yang mengubah cara syarikat insurans beroperasi dan menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan. Saya mengagumi budaya, produk dan pendekatan yang mengutamakan pelanggan. Saya berharap agar dapat bekerjasama dengan pasukan Duck Creek yang berbakat serta rakan niaga untuk mengukuhkan jenama kami, berinteraksi dengan pelanggan dan memacu hasil perniagaan."

Tyler telah memegang peranan penting di Kaiser Permanente dan AIG dengan mengetuai transformasi digital secara besar-besaran. Di Kaiser Permanente, beliau mengetuai pembaharuan kitaran hasil dan sistem bil perubatan pengguna bernilai $250 juta yang memakan masa selama beberapa tahun.. Sebagai Ketua Global Strategi Data di AIG, beliau menumpukan pada usaha memanfaatkan data untuk menyediakan maklumat bagi keputusan strategik dan mempertingkatkan pengalaman pelanggan.

Di CLARA Analytics, Tyler terus memacu strategi berfokuskan pelanggan bagi memastikan pelanggan memperoleh nilai optimum daripada platform AI syarikat itu. Kepimpinan beliau memainkan peranan penting dalam misi CLARA untuk memberikan pulangan pelaburan (ROI) yang menarik kepada pelanggan dalam tempoh hanya beberapa bulan selepas pelaksanaan.

Jones memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang pemasaran daripada Universiti Utah dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada UCLA Anderson School of Management.

Perihal Duck Creek Technologies
Duck Creek Technologies merupakan penyedia penyelesaian pintar yang mentakrifkan masa depan industri insurans hartanah dan kasualti (P&C) serta insurans am. Kami merupakan platform yang membolehkan sistem insurans moden dibina, yang membolehkan industri memanfaatkan kuasa awan untuk menjalankan operasi yang tangkas, pintar dan malar hijau. Kejujuran, tujuan dan ketelusan menjadi teras Duck Creek dan kami percaya insurans seharusnya tersedia untuk individu dan perniagaan pada bila-bila masa, di mana-mana dan dalam apa-apa jua cara. Penyelesaian peneraju pasaran daripada kami tersedia secara kendiri atau sebagai pakej lengkap dan semuanya tersedia melalui Duck Creek OnDemand. Layari www.duckcreek.com untuk mengetahui lebih lanjut. Ikuti Duck Creek di saluran sosial kami untuk mendapatkan maklumat terkini – LinkedIn dan X.

Hubungan Media:
Marianne Dempsey/Tara Stred
duckcreek@threeringsinc.com

SUMBER: Duck Creek Technologies

--BERNAMA
Back to Home