Langkah Kléver membawa pasukan jualan hartanah terbaik Ecuador di bawah jenama eXp, mempercepatkan pengembangan syarikat di LATAM dan menandakan era baharu pemilikan ejen, pemanfaatan platform serta peluang merentasi sempadan
BELLINGHAM, Wash., 19 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- eXp Realty®, syarikat broker hartanah bebas terbesar di dunia dan anak syarikat utama eXp World Holdings, Inc. (Nasdaq: EXPI), hari ini mengumumkan pelancaran rasmi operasinya di Ecuador, memperluaskan lagi pengembangan pesat syarikat di seluruh Latin Amerika. Langkah ini dipimpin oleh Kléver Guanoluisa Torres, salah seorang profesional hartanah paling berpengaruh di negara ini, yang sebelum ini mengetuai pasukan jualan hartanah terbaik Ecuador di RE/MAX.
Kléver memiliki hampir 30 tahun pengalaman dalam industri hartanah, bimbingan dan pembangunan perniagaan. Beliau telah melatih lebih daripada 2,000 ejen di seluruh Amerika Latin dan diiktiraf secara meluas atas pendekatan kepimpinannya yang menekankan pertumbuhan peribadi, prestasi profesional, dan kejayaan jangka panjang ejen.
“Reputasi Kléver sudah cukup menunjukkan kebolehannya. Beliau terbukti sebagai seorang pemimpin yang dipercayai dalam komuniti hartanah Ecuador,” kata Felix Bravo, Pengarah Urusan Antarabangsa di eXp Realty. “Keputusan beliau untuk menyertai eXp mencerminkan perubahan yang semakin ketara dalam kalangan pemimpin industri yang mencari model yang memperkasakan ejen melalui pemilikan, inovasi dan peluang tanpa sempadan.”
Kléver berkata bahawa menyertai eXp bukan sahaja membuka lembaran baharu dalam kerjayanya, tetapi juga bagi generasi baharu profesional hartanah di Ecuador.
“eXp menghimpunkan segala yang saya percaya diperlukan oleh ejen untuk berjaya: kebebasan untuk memimpin, alat untuk berkembang dan komuniti untuk bertambah maju,” kata Torres. “Ini lebih daripada sekadar perubahan kerjaya. Ia merupakan komitmen terhadap masa depan yang lebih baik untuk ejen di seluruh negara.”
Dengan pengembangan ini, ejen di Ecuador mendapat akses kepada model broker berasaskan awan eXp. Manfaat utama termasuk struktur komisen yang kompetitif yang disesuaikan dengan keperluan pasaran tempatan, peluang pemilikan ekuiti dan perkongsian hasil (tertakluk kepada pematuhan peraturan tempatan) serta rangkaian global yang merangkumi lebih daripada 81,000 ejen di 27 negara.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang membina dengan eXp di Ecuador, layari
exprealty.international.
Perihal eXp World Holdings, Inc.eXp World Holdings, Inc. (Nasdaq: EXPI) (“Syarikat”) ialah syarikat induk untuk eXp Realty® dan SUCCESS® Enterprises. eXp Realty merupakan syarikat pembrokeran hartanah bebas yang terbesar di dunia dengan lebih daripada 81,000 ejen di 27 lokasi antarabangsa. Sebagai syarikat pembrokeran berasaskan awan dan berpusatkan ejen, eXp Realty menyediakan pembahagian komisen, perkongsian hasil, peluang pemilikan ekuiti terbaik dalam industri kepada ejen hartanah dan juga rangkaian global yang memperkasakan ejen untuk membina perniagaan yang berkembang maju. Untuk maklumat lanjut tentang eXp World Holdings, Inc., layari:
expworldholdings.com.
SUCCESS® Enterprises, yang diterajui oleh majalah SUCCESS®, telah menjadi nama yang dipercayai dalam pembangunan peribadi dan profesional sejak 1897. Sebagai sebahagian daripada ekosistem eXp, ia menyediakan akses kepada sumber berharga untuk meningkatkan kemahiran ejen, mengembangkan perniagaan mereka dan mencapai kejayaan jangka panjang. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang SUCCESS, layari
success.com.
Safe Harbor dan Kenyataan ProspektifSiaran akhbar ini mengandungi kenyataan prospektif sebagaimana yang ditakrifkan oleh Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995
. Kenyataan ini mencerminkan jangkaan semasa Syarikat dan pengurusannya tetapi melibatkan risiko dan ketidakpastian yang diketahui dan tidak diketahui yang boleh memberikan kesan kepada keputusan sebenar secara material. Kenyataan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kenyataan tentang pertumbuhan ke peringkat antarabangsa, kejayaan ejen secara individu dan ketersediaan program pemilikan ekuiti. Faktor penting yang boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza secara material dan buruk daripada yang dinyatakan dalam kenyataan prospektif termasuk ketidaktentuan pasaran hartanah, perubahan dalam pengekalan atau perekrutan ejen, keupayaan Syarikat untuk berkembang dengan jayanya dalam pasaran antarabangsa, tekanan persaingan, perubahan kawal selia dan risiko lain yang diperincikan dari masa ke semasa dalam pemfailan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Syarikat, termasuk tetapi tidak terhad kepada Laporan Suku Tahunan yang difailkan baru-baru ini pada Borang 10-Q dan Laporan Tahunan pada Borang 10-K. Kami tidak mempunyai kewajipan untuk mengemas kini kenyataan ini kecuali sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang.
Hubungan MediaeXp World Holdings, Inc.
mediarelations@expworldholdings.com Perhubungan PelaburDenise Garcia
investors@expworldholdings.com Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/cdf2aaa0-29d4-4e29-ba98-d46ed1b6fe45 SUMBER: Bitget Limited
PENAFIAN: BERNAMA MREM tidak bertanggungjawab atas sebarang sebab penodaan laman web, penyalahgunaan, atau aktiviti haram yang berkaitan dengan mata wang kripto, rantaian blok, tokenisasi, atau bitcoin. Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai panduan atau pendapat, kerana ia bukan nasihat kewangan atau pelaburan. Gunakan maklumat ini atas risiko anda sendiri; kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penerbitan semula artikel ini.
--BERNAMA