NIPPON EXPRESS HOLDINGS Melengkapkan Pemerolehan Saham bagi Cold Chain Bangladesh Limited

Released on: Monday, 19 May 2025 4:50PM

TOKYO, 19 Mei, 2025 /Kyodo JBN/ --

NIPPON EXPRESS HOLDINGS, Inc. dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa melalui anak syarikat mereka, Nippon Express (Asia Selatan & Oceania) Pte. Ltd., ia telah memperoleh 20% pegangan saham di dalam Cold Chain Bangladesh Limited (kemudian dari ini "CCBL"), sebuah syarikat logistik yang melibatkan diri di dalam operasi logistik domestik di Bangladesh. Pengambilalihan itu dibuat pada 15 Mei, 2025.

Logo NX:
https://drive.google.com/file/d/1dqm0cxpYamnvMUra1AGXMuGlX932Z353/view?usp=drive_link

Foto mengenai Ahmed Rajeeb Samdani (kiri), seorang pemegang saham bagi CCBL, dan Katsuhito Kobayashi, Presiden bagi Nippon Express (Asia Selatan & Oceania) Pte. Ltd.: https://drive.google.com/file/d/1ufUYlDOF6mPZMK2i9A69ZxPg1jbLe2cU/view?usp=drive_link

Kumpulan NX memasuki pasaran logistik Bangladesh pada tahun 2012 dan telah mengembangkan perniagaan itu terutamanya melalui penyediaan perkhidmatan penghantaran antarabangsa, dengan memberi tumpuan kepada industri pakaian. Kini, sebagai tindak balas kepada permintaan yang semakin meningkat bagi perkhidmatan logistik domestik dan untuk mengembangkan pangkalan pelanggan mereka di Bangladesh, Kumpulan NX telah mengambil keputusan untuk mengukuhkan lagi operasi logistik domestik mereka di negara itu.

CCBL, yang beribu pejabat di Dhaka, Bangladesh, ialah sebuah syarikat logistik pihak ketiga yang mengkhususkan diri di dalam logistik pengedaran domestik. CCBL mempunyai sebuah infrastruktur logistik di seluruh negara dengan keupayaan untuk mengendalikan semua jenis barangan, termasuk yang memerlukan penyimpanan dan pengangkutan suhu terkawal.

Strategi Kumpulan NX adalah untuk mengukuhkan perniagaan logistik domestik mereka di Bangladesh dengan memanfaatkan rangkaian dan aset logistik domestik CCBL, dengan itu meraih peluang-peluang logistik yang timbul daripada permintaan domestik yang semakin meningkat. Seterusnya, dengan memanfaatkan rangkaian logistik global mereka, termasuk penghantaran, Kumpulan NX akan menyediakan penyelesaian hujung ke hujung bagi rantaian bekalan pelanggan mereka.

Kumpulan NX menyasarkan untuk merealisasikan peluang-peluang pertumbuhan di Bangladesh pada peringkat awal melalui pelaburan ini di dalam pasaran logistik Bangladesh, sekali gus menyumbang kepada penciptaan nilai bagi pelanggan dan pemegang saham mereka.

Gambaran keseluruhan bagi CCBL
(1) Nama Syarikat: Cold Chain Bangladesh Limited
(2) Alamat Ibu Pejabat: Menara Shanta Western, Tingkat 5, 501 & 502, 186, Gulshan-Tejgaon Link Road, Tejgaon I/A, Dhaka-1208
(3) Tapak dan Kemudahan:
- 13 tapak di 10 bandar  raya di Bangladesh (dengan penyimpanan suhu terkawal, lihat peta tapak di bawah)
- 50 kenderaan (termasuk kenderaan suhu terkawal)
(4) Wakil: Rezaul Alam, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
(5) Perniagaan: Logistik (penghantaran gudang, pengangkutan trak domestik) dan perkhidmatan nilai tambah yang lain

Peta tapak:
https://drive.google.com/file/d/15tGBLJxpCjEDUZUpyJkiBxJM6MWjPFi2/view?usp=drive_link

Maklumat mengenai Kumpulan NX:
https://drive.google.com/file/d/1g1Rtb9Mie5yhenpOr8A007kKolh1gBJ6/view?usp=drive_link

Laman web rasmi Kumpulan NX: https://www.nipponexpress.com/

Akaun LinkedIn rasmi Kumpulan NX: https://www.linkedin.com/company/nippon-express-group/

Sumber: NIPPON EXPRESS HOLDINGS, INC.

--BERNAMA
Back to Home