IEEE pemangkin peraturan bersejarah yang mengikat bagi melindungi kanak-kanak di alam maya PISCATAWAY, New Jersey, 19 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Persatuan Piawaian IEEE (IEEE SA), iaitu organisasi pembangunan piawaian berasaskan konsensus global di bawah
IEEE, badan profesional teknikal terbesar di dunia yang berdedikasi memajukan teknologi demi kesejahteraan manusia mengumumkan kejayaan kerjasamanya dengan penggubal dasar dalam penggubalan Peraturan Kerajaan Indonesia yang baharu diluluskan, iaitu Tadbir Urus Sistem Elektronik dalam Perlindungan Kanak-Kanak.
Berdasarkan inisiatif dan piawaian IEEE yang memfokuskan kepada tadbir urus data kanak-kanak dan reka bentuk mengikut kesesuaian umur, IEEE SA telah menyumbang kerangka kerja penting dalam membimbing reka bentuk platform dan sistem Internet yang sesuai mengikut umur sepanjang proses pengawalseliaan di Indonesia. Peraturan ini merupakan yang pertama seumpamanya di Asia dan Global Selatan, yang memperkenalkan keperluan yang boleh dikuatkuasakan kepada platform digital bagi melindungi privasi, keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak sebagai pendekatan menyeluruh dan berkesan terhadap isu ketagihan dalam talian dalam kalangan kanak-kanak. Pelaksanaan peraturan bersejarah ini oleh Indonesia menandakan satu langkah penting dalam perlindungan kanak-kanak di alam maya peringkat global.
Kanak-kanak kini merangkumi kira-kira satu pertiga daripada semua pengguna Internet di seluruh dunia. Ketersambungan yang semakin meluas telah membolehkan golongan muda mendapat manfaat daripada kandungan pendidikan, alat komunikasi dan hiburan. Namun, keadaan ini juga mendedahkan mereka kepada kandungan berbahaya, eksploitasi, risiko privasi data dan masalah ketagihan yang berpotensi. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan dan badan masyarakat sivil telah menyeru kepada amalan reka bentuk yang sesuai mengikut umur, iaitu mereka bentuk produk digital dengan perlindungan dan ciri khusus untuk kanak-kanak bagi menangani risiko-risiko ini. Peraturan baharu Indonesia memberi perhatian kepada isu penting ini dengan mewajibkan penyedia perkhidmatan dalam talian untuk mengutamakan kepentingan terbaik kanak-kanak dalam reka bentuk dan pelaksanaan platform mereka.
Peraturan ini berlandaskan
Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap Hak Kanak-Kanak dan
Ulasan Umum No. 25, menetapkan bahawa mana-mana produk atau perkhidmatan digital yang berkemungkinan digunakan oleh kanak-kanak mesti menyediakan tahap privasi yang tinggi secara lalai. Antara ketetapan paling penting ialah larangan terhadap pemprofilan dan penjejakan lokasi geografi yang tepat ke atas kanak-kanak. Selain itu, amalan reka bentuk yang bersifat manipulatif termasuk taktik ‘nudging’ untuk melemahkan tetapan privasi atau permintaan maklumat peribadi yang berlebihan turut dilarang sama sekali.
“Inilah contoh bagaimana IEEE melaksanakan misinya secara nyata untuk menyokong keperluan masyarakat dan kanak-kanak, di mana perspektif global dan pengetahuan teknikal IEEE digabungkan dengan komitmen pihak berkuasa Indonesia bagi mencapai hasil yang berjaya,” kata Sophia Muirhead, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi IEEE. “Melalui kerjasama ini, kami berjaya membangunkan rangka kerja undang-undang dan peraturan yang praktikal serta berpandangan ke hadapan yang akan menjadikan ruang digital lebih selamat untuk generasi akan datang di Indonesia, dan kami berharap ia turut memberi inspirasi kepada tindakan serupa di peringkat global.”
Peraturan baharu Indonesia ini sejajar rapat dengan beberapa rangka kerja dan peraturan undang-undang paling maju di dunia, seperti Kod Reka Bentuk Mengikut Umur di United Kingdom dan California. Peraturan ini juga berpandukan piawaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, termasuk IEEE 2089™, iaitu Piawaian IEEE untuk Rangka Kerja Perkhidmatan Digital Mesra Umur (berdasarkan prinsip 5Rights untuk kanak-kanak), dan IEEE 2089.1™, iaitu Piawaian IEEE untuk Pengesahan Umur Dalam Talian. Dengan mengintegrasikan peruntukan utama daripada piawaian ini, peraturan tersebut memastikan perkhidmatan dalam talian mematuhi garis panduan yang telah diteliti secara global dalam melindungi data dan pengalaman kanak-kanak. IEEE SA juga baru-baru ini melancarkan
program pensijilan berkaitan untuk membantu industri mematuhi amalan terbaik dalam pengesahan umur.
“Dengan menyumbangkan kepakaran teknikal kami yang neutral dan bertaraf dunia kepada usaha pembangunan dasar di Indonesia, kami membantu menangani cabaran sosio-teknikal yang kompleks, iaitu cara menjadikan dunia dalam talian lebih selamat untuk kanak-kanak dengan pendekatan yang mengimbangi inovasi dan perlindungan,” kata Alpesh Shah, Pengarah Urusan IEEE SA. “Pencapaian ini memerlukan kerjasama yang luar biasa merentas bidang teknikal, kerajaan, dan masyarakat sivil, dan ini menegaskan perkara yang boleh dicapai apabila kita semua bekerjasama demi anak-anak kita.”
Penglibatan di Indonesia menjadi contoh model pembangunan dasar yang kolaboratif. Terinspirasi oleh kejayaan ini dan kerjasama lain yang serupa, IEEE SA baru-baru ini melancarkan Kerjasama Dasar Teknologi untuk terus memanfaatkan kepakaran IEEE yang neutral dan dipercayai bagi membantu kerajaan menangani cabaran teknikal dan sosial yang kompleks dalam bidang strategik seperti tadbir urus digital. Melalui usaha seperti ini, IEEE SA mengukuhkan komitmennya sebagai rakan yang bernilai dalam memajukan teknologi demi manfaat manusia sejagat.
· Lihat butiran lanjut tentang
kerjasama ini di Indonesia· Ketahui lebih lanjut tentang
cara IEEE mendayakan pengalaman digital yang boleh dipercayai untuk kanak-kanak Maklumat tentang Persatuan Piawaian IEEEPersatuan Piawaian IEEE (IEEE SA) ialah sebuah organisasi kerjasama para inovator menetapkan piawaian teknologi bertaraf dunia. IEEE SA menyediakan persekitaran dan platform terbuka di peringkat global yang membina konsensus, membolehkan individu bekerjasama dalam pembangunan piawaian teknologi terkini yang relevan dengan pasaran serta penyelesaian industri yang membentuk dunia yang lebih baik, lebih selamat dan mampan. Untuk maklumat lanjut, sila lawati
standards.ieee.org.
Maklumat tentang IEEEIEEE ialah organisasi profesional teknikal terbesar di dunia dan sebuah badan amal awam yang berdedikasi untuk memajukan teknologi demi manfaat manusia sejagat. Menerusi penerbitannya yang banyak dirujuk, persidangan, piawaian teknologi, serta aktiviti profesional dan pendidikan, IEEE menjadi suara yang dipercayai dalam pelbagai bidang daripada sistem aeroangkasa, komputer dan telekomunikasi hinggalah ke kejuruteraan bioperubatan, kuasa elektrik dan elektronik pengguna. Ketahui lebih lanjut di
www.ieee.org.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
HubungiTania Olabi-Colón
Pengarah, Pemasaran Jenama & Komunikasi
Corey Ruth
Pengurus, Pemasaran Jenama & Komunikasi
standards-pr@ieee.org Sumber: IEEE Standards Association
--BERNAMA