VICTORIA, Seychelles, 16 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka melaporkan bahawa Dana Perlindungannya mengekalkan nilai purata sebanyak $561 juta sepanjang April 2025, menonjolkan usaha berterusan bursa untuk mengekalkan keselamatan kukuh bagi pangkalan pengguna syarikat. Dana Perlindungan mencapai paras tertinggi $617 juta dan paras terendah $496 juta sepanjang bulan April tetapi mengekalkan purata yang kukuh secara keseluruhan. Dana ini kekal sebagai lapisan perlindungan utama terhadap ketidakstabilan pasaran, menawarkan jaminan kepada pengguna dalam tempoh ketidaktentuan makroekonomi dan perubahan sentimen pelabur dalam pasaran kripto.
Dana ini turun naik seiring dengan pergerakan aset digital yang lebih luas pada bulan April, apabila Bitcoin didagangkan dalam julat sederhana dan altcoin menunjukkan prestasi yang bercampur-campur. Walaupun pasaran mencabar, Dana Perlindungan mengekalkan asas yang kukuh, memperlihatkan kestabilannya serta daya tahan rangka kerja mitigasi risiko Bitget.
“Dana Perlindungan kami terus mencerminkan kekuatan strategi keselamatan jangka panjang Bitget,” kata
Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget. “Seiring dengan keadaan pasaran kripto yang terus berkembang, prestasi dana ini menunjukkan komitmen kami dalam memberikan keutamaan kepada perlindungan aset pengguna dan membina ekosistem yang boleh dipercayai yang mampu menghadapi ketidaktentuan serta pertumbuhan.”
Dilancarkan pada tahun 2022 dengan peruntukan awal sebanyak $300 juta, Dana Perlindungan itu telah meningkat lebih daripada dua kali ganda, didorong oleh pertumbuhan platform Bitget yang stabil dan pengurusan kewangan yang bijak. Rangka kerja keselamatan Bitget dibina berdasarkan pendekatan menyeluruh dan berlapis-lapis yang melangkaui Dana Perlindungan bernilai $516 juta dan
Bukti Rizab sebanyak 191%. Dengan audit Merkle Tree bulanan yang mengesahkan sokongan penuh aset serta pensijilan ISO 27001:2022 yang memperkukuh protokol terbaik, platform ini menyepadukan penyulitan SSL dan sistem kawalan risiko maju yang secara aktif memantau aktiviti mencurigakan. Gabungan piawaian ketat dan perlindungan masa nyata ini telah memastikan Bitget bebas daripada pelanggaran sejak 2018, menyumbang kepada penarafan keselamatan AAA serta memperkukuhkan lagi keyakinan pengguna untuk menetapkan penanda aras ketelusan dalam industri.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini bulanan mengenai Dana Perlindungan, layari
sini.
Perihal BitgetDitubuhkan pada 2018, Bitget merupakan sebuah
bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Memberikan perkhidmatan kepada lebih 120 orang juta pengguna di lebih daripada 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan yang lain. Bitget turut menawarkan akses masa nyata kepada
harga Bitcoin,
harga Ethereum dan harga mata wang kripto yang lain.
BitgetWallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang menyeluruh, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, Pasaran NFT, penyemak imbas DApp dan banyak lagi.
Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia,
LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki
Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara dunia gusti),
Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan
İlkin Aydın (pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi menerima baik masa depan mata wang kripto.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari:
Laman web |
Twitter |
Telegram |
LinkedIn |
Discord |
Bitget WalletUntuk pertanyaan media, sila hubungi:
media@bitget.comAmaran Risiko: Harga aset digital mungkin turun naik dan mengalami ketidakstabilan harga yang ketara. Pelabur dinasihatkan untuk hanya memperuntukkan dana yang mereka mampu tanggung jika mengalami kerugian. Nilai sebarang pelaburan mungkin terjejas dan berkemungkinan tidak mencapai matlamat kewangan atau tidak memperoleh semula pelaburan pokok. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa diperoleh, dan pengalaman serta kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi pada masa lalu bukanlah ukuran prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa pun di sini yang boleh ditafsirkan sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Perkhidmatan kami.Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/d71d7905-324d-44e1-be39-0046857f39ac http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/d3a3c692-7be0-41a9-9b0d-edd9ebc3511b SUMBER: Bitget Limited
PENAFIAN: BERNAMA MREM tidak bertanggungjawab atas sebarang sebab penodaan laman web, penyalahgunaan, atau aktiviti haram yang berkaitan dengan mata wang kripto, rantaian blok, tokenisasi, atau bitcoin. Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai panduan atau pendapat, kerana ia bukan nasihat kewangan atau pelaburan. Gunakan maklumat ini atas risiko anda sendiri; kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penerbitan semula artikel ini.
--BERNAMA