Memperkenalkan Joblio – Masa Depan Perekrutan Pekerja Secara Etika

Released on: Thursday, 15 May 2025 12:08PM

Joblio Dilancarkan untuk Merevolusikan Perekrutan Secara Etika dan Menghapuskan Eksploitasi Pekerja

BUFFALO, N.Y., 15 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Joblio yang merupakan sebuah platform perekrutan etika bertaraf global, dilancarkan secara rasmi hari ini bagi menangani sistem migrasi tenaga kerja yang telah lama terjejas oleh perantara yang mengeksploitasi, yuran perekrutan pekerja yang tinggi dan pencabulan hak asasi manusia. Dengan model berpandukan teknologi, Joblio menghubungkan pekerja yang telah disaring terus kepada majikan, sekali gus menghapuskan peranan perantara yang tidak beretika dan memastikan proses pengambilan pekerja asing dilakukan tanpa sebarang kos kepada mereka. Akses kepada bakat ditanggung oleh majikan, namun pekerja tidak pernah dikenakan bayaran, ini merupakan satu langkah penting dalam usaha menamatkan eksploitasi.

Misi Berteraskan Pengalaman Peribadi

Joblio diterajui oleh Jon Purizhansky, seorang pelarian yang menjadi usahawan selepas melalui sendiri cabaran dalam proses migrasi. Dipaksa meninggalkan negara asalnya ketika masih muda, Jon merasai sendiri ketidaktentuan dan kerentanan yang masih dialami oleh jutaan pekerja migran hari ini. Kini, beliau diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai pakar dalam undang-undang migrasi tenaga kerja global dan mobiliti tenaga kerja antarabangsa. Jon membangunkan Joblio dengan matlamat untuk melindungi pekerja serta mempromosikan proses pengambilan pekerja yang telus dan beretika.

“Saya pernah melalui realiti yang dihadapi oleh begitu ramai pekerja migran, ketidaktentuan, kekurangan maklumat dan risiko eksploitasi yang berterusan,” kata Jon Purizhansky, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Joblio. “Tiada sesiapa sepatutnya dipaksa membayar yuran yang melampau atau mempertaruhkan keselamatan semata-mata untuk mendapatkan pekerjaan. Joblio menghapuskan ejen tidak beretika yang mengambil kesempatan ke atas pekerja terdedah dan menggantikannya dengan model pengambilan pekerja secara langsung dan telus.”

Menghapuskan Perantara yang Mengeksploitasi

Selama berdekad, ejen perantara telah mengenakan yuran yang keterlaluan dan membuat janji palsu kepada pekerja, yang sering kali membawa mereka ke dalam hutang, persekitaran kerja yang tidak selamat, malah buruh paksa. Platform Joblio mengganggu sistem ini dengan memberikan majikan akses kepada bakat yang telah disahkan, dan menyediakan peluang sebenar kepada pekerja, tanpa yuran tersembunyi, kontrak yang mengelirukan atau bayaran haram.

Dengan akses pekerjaan secara masa nyata, proses pengambilan yang telus, serta perlindungan undang-undang yang terbina dalam sistem, Joblio memperkasa pekerja sambil membantu majikan membina pasukan yang lebih stabil dan boleh dipercayai. Hasilnya ialah sistem pengambilan tenaga kerja yang menghargai hak asasi manusia dan menegakkan integriti dalam tenaga kerja.

Program ACE: Menyokong Pekerja Melebihi Proses Pengambilan 

Selain pengambilan secara etika, Joblio turut membantu kejayaan pekerja migran melalui Program ACE (Applicant Concierge Experience). Program ini menawarkan:

· Latihan prakeberangkatan merangkumi jangkaan di tempat kerja, penyesuaian budaya dan literasi kewangan.
· Sokongan di lapangan bagi memastikan peralihan yang selamat dan lancar untuk para pekerja.
· Sumber kesihatan mental untuk meningkatkan kesejahteraan dan produktiviti pekerja.

Dikuasakan oleh Pengalaman, Disokong oleh Penasihat Global

Misi Joblio disokong oleh pasukan kepimpinan berpengalaman dan penasihat global, bagi memastikan pematuhan, advokasi dan keupayaan untuk berkembang pada skala besar. Dengan kepakaran dalam undang-undang migrasi tenaga kerja, tadbir urus korporat dan hak pekerja, Joblio berada pada kedudukan strategik untuk mengubah landskap industri perekrutan tidak beretika dan mendorong perubahan di peringkat global.

Sertai Revolusi Perekrutan Pekerja Secara Etika

Ketika Joblio berkembang ke peringkat antarabangsa, ia menyeru kerajaan, majikan dan organisasi hak asasi manusia untuk bersama menyertai gerakan ini demi masa depan proses perekrutan pekerja dilakukan secara adil, beretika dan bebas daripada eksploitasi.

Maklumat tentang Joblio

Joblio menghubungkan majikan dengan bakat yang pelbagai dan berkelayakan daripada pekerja am hingga profesional mahir. Dengan pangkalan data calon yang telah disaring dan sistem sokongan eksklusif yang mengurangkan kadar keluar masuk pekerja serta meningkatkan produktiviti, Joblio bukan sekadar menyediakan penyelesaian pengambilan, ia memastikan pengekalan tenaga kerja yang berkualiti.

www.joblio.co

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/20250512628048/en 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Contacts

Media:
press@joblio.co
 
Sumber: Joblio

--BERNAMA 
Back to Home