Larian Generali Malaysia 2025 edisi kedua anjuran Generali Malaysia melabuhkan tirai dengan jayanya pada 11 Mei 2025 di Dataran Wawasan, Putrajaya, dengan kehadiran lebih 10,000 pelari yang penuh bersemangat. Dengan tema “Melangkah Jauh, Cetus Perubahan” (“Step Up, Spark Change”), acara ini memperkukuhkan komitmen Generali Malaysia dalam mempromosikan gaya hidup sihat serta memperkasakan komuniti yang kurang bernasib baik melalui sumbangan yang bermakna.PUTRAJAYA, 14 Mei (Bernama) -- Larian Generali Malaysia 2025 edisi kedua anjuran Generali Malaysia melabuhkan tirai dengan jayanya pada 11 Mei 2025 di Dataran Wawasan, Putrajaya, dengan kehadiran lebih 10,000 pelari yang penuh bersemangat. Dengan tema “Melangkah Jauh, Cetus Perubahan” (
“Step Up, Spark Change”), acara ini memperkukuh komitmen Generali Malaysia dalam mempromosikan gaya hidup sihat serta memperkasakan komuniti yang kurang bernasib baik melalui sumbangan yang bermakna.
Daripada pelari baharu hinggalah atlet berpengalaman, para peserta mengambil bahagian dalam kategori 6km, 12km dan 21.1km. Acara ini turut meraikan pencapaian luar biasa peserta dalam kategori kompetitif 12km dan 21.1km, dengan mengiktiraf pelari terbaik atas dedikasi, ketabahan, dan kecemerlangan atletik mereka.
Sebagai lambang perpaduan sosial, Larian Generali Malaysia 2025 menyumbang 15% daripada yuran pendaftaran dan
hasil jualan barang dagangan tambahan untuk membantu dua rakan kongsi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah The Human Safety Net (THSN) tahun ini – Suriana Welfare Society Malaysia dan Yayasan Generasi Gemilang. Inisiatif ini berjaya mengumpul dana sebanyak RM100,000 bagi menyokong program pendidikan awal kanak-kanak dan menyediakan alat pembelajaran untuk kanak-kanak serta keluarga dalam komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan.
“Kehadiran yang luar biasa dan tenaga yang ditunjukkan sepanjang Larian Generali Malaysia tahun ini mencerminkan kekuatan usaha bersama. Tahniah kepada semua pemenang dan setiap pelari yang berjaya menamatkan larian—semangat ini benar-benar memberikan inspirasi. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada ejen, rakan kongsi, pelanggan dan rakan sekerja kami atas sokongan padu mereka dalam menjayakan acara ini. Semangat bekerjasama ini mencerminkan komitmen kami sebagai Rakan Sepanjang Hayat untuk mempromosikan gaya hidup lebih sihat dan mencetuskan perubahan positif dalam komuniti yang menggunakan khidmat kami,” kata Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad dan Pengurus Besar bagi Entiti Generali di Malaysia.
Selain larian, acara ini juga diceriakan lagi dengan pelbagai aktiviti seperti saringan kesihatan, gerai penaja dan permainan untuk seisi keluarga. Aktiviti-aktiviti ini mencipta suasana meriah, di mana peserta dan penonton dapat bersama-sama meraikan kesihatan, perpaduan, dan impak sosial.
Bagi memastikan penyertaan yang lebih meluas dan menyeluruh, Generali Malaysia turut memperkenalkan format larian maya bagi mereka yang tidak dapat hadir secara fizikal. Peserta boleh berlari di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa. Pelari maya boleh memilih untuk bersaing dalam jarak 6km, 12km atau 21.1km, sama ada dalam satu sesi atau beberapa sesi, dari 11 Mei 2025 hingga 11 Jun 2025. Setelah melengkapkan jarak larian yang didaftarkan serta menghantar keputusan larian, kelayakan larian akan dihantar ke alamat pelari maya seperti dalam pendaftaran.
Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.generali.com.my SUMBER: Generali Insurance Malaysia Berhad
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:Nama: Sheena Ho e-mel: sheena.ho@generali.com.my Nama: Samantha David e-mel: samantha.david@generali.com.my --BERNAMA