Keputusan Mahkamah Baharu Membolehkan Penggunaan Pautan Pembayaran Luaran: Dilancarkan dalam masa Beberapa Hari, Dapatkan Lebih daripada Apa yang Anda Peroleh LOS ANGELES, 8 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Xsolla, sebuah syarikat dagangan permainan video global yang terkemuka, hari ini mengumumkan pelancaran Xsolla Buy Button for Mobile Games, penyelesaian pembayaran terus-kepada-pengguna yang direka untuk membantu pembangun mudah alih mendapat lebih daripada apa yang mereka peroleh dengan menjimatkan kos yuran yang sebelum ini perlu dibayar pada platform tradisional. Keluaran ini berikutan menyusuli keputusan penting Mahkamah A.S. pada 30 April 2025, yang melarang Apple daripada menyekat pautan pembayaran luaran atau mengenakan komisen bagi kedai pihak ketiga A.S., memberikan pembangun peluang baharu untuk berhubung dengan permain dan meningkatkan pendapatan.
Dengan Buy Button for Mobile Games, pembangun permainan boleh membenamkan pautan pembayaran terus di dalam permainan mereka, yang membawa kepada halaman pembayaran berasaskan pelayar yang dikuasakan oleh Xsolla Web Shop dan Xsolla Pay Station. Halaman pembayaran ini menyokong jualan item, mata wang, dan pakej maya, memberikan pengalaman pemain yang lancar di samping mengelakkan yuran platform sehingga 30%.
Pembangun kini boleh mencipta pautan luaran yang boleh dicipta dengan pantas dalam pengalaman permainan video mereka pada peranti mudah alih iOS. Apabila pemain mengetik pautan, ia membuka halaman pembayaran berasaskan pelayar yang diperkemaskan dan menjanjikan pengalaman pembelian yang selamat, telah disahkan lebih awal dan lancar, membolehkan pengguna membeli permainan kegemaran mereka dengan mengklik beberapa kali sahaja. Selain itu, pembangun permainan mudah alih juga boleh mendapat akses kepada penyegerakan katalog, alat kesetiaan, tawaran yang diperibadikan, dan pilihan integrasi yang diperlukan untuk menguruskan tawaran yang disediakan dalam pautan luaran dengan sedikit atau tanpa pembangunan tersuai.
Manfaat Utama Xsolla Buy Button:·
Komisen Platform Sifar: Tuntut semula sehingga 30% daripada pendapatan anda dengan menjimatkan kos yuran platform, tolak kos pemprosesan bayaran standard.
·
Pelaksanaan: Di bawah keputusan mahkamah A.S. April 2025, pembangun boleh menghubungkan pautan pembayaran dalam aplikasi tanpa gangguan platform.
·
Aliran Pembelian Sekali-Ketik Yang Lancar: Pemain boleh membeli item tertentu terus daripada tawaran dalam permainan menggunakan kaedah pengisian auto dan sekali-ketik, memberikan pengalaman pembayaran lancar yang unik kepada permainan ini.
·
Cukai Dipermudahkan dan Pematuhan: Xsolla ialah Pedagang Rekod, mengendalikan pengiraan, pengutipan dan pengiriman cukai global. Penyelesaian cukai pihak ketiga tidak diperlukan.
·
Ganjaran Kesetiaan dan Pemain: Tingkatkan pengekalan dan penglibatan dengan program kesetiaan dan pilihan ganjaran diperibadikan yang dikaitkan dengan tingkah laku pemain dalam pengalaman permainan, sama ada dalam aplikasi atau dalam talian. Ciri ini juga membolehkan pengeluaran kad hadiah prabayar dan integrasi kawalan ibu bapa bagi semua pembelian..
·
Penyegerakan LiveOps: Sejajarkan promosi berasaskan web dengan acara dalam permainan, kandungan bermusim, dan detik penting pencapaian pemaian untuk memaksimumkan kerelevanan dan impak tawaran yang diberikan kepada pemain.
·
Kawalan Ibu Bapa dan Kad Hadiah: Kawalan ibu bapa dan kad hadiah terbina dalam tersedia di seluruh dunia.
·
Perdagangan Berbilang Saluran: Perluaskan pengewangan di luar aplikasi ke web, Discord, Telegram, dan saluran komuniti lain tempat pemain bermain.
"Keputusan mahkamah ini merupakan titik perubahan bagi pembangun permainan mudah alih di AS dan seluruh dunia. Butang Beli telah tersedia hari ini melalui Xsolla Web Shop," jelas Chris Hewish, Ketua Pegawai Strategi di Xsolla. "Pembangun boleh mendaftar melalui akaun Xsolla Publisher, menggunakan templat Instant Web Shop, dan menjana pautan dalam masa beberapa minit tanpa memerlukan pengkodan khas. Pelancaran ini mengukuhkan komitmen Xsolla untuk membina alat perdagangan global yang fleksibel, memperkasakan pembangun untuk berjaya dan mengembangkan perniagaan mereka merentasi pelbagai platform."
"Tawaran ini merupakan satu perubahan besar dengan memberi pembangun permainan mudah alih kawalan terhadap pengewangan mereka, keupayaan untuk membina hubungan lebih erat dengan pemain, dan keyakinan untuk mengembangkan perniagaan dengan kelestarian jangka panjang tanpa kekangan yang sebelum ini dikenakan."
Panduan Integrasi Web Shop:
xsolla.pro/webshop-integrationPanduan Integrasi Buy Button for Mobile Games:
xsolla.pro/buybuttonPanduan Integrasi Mobile SDK:
xsolla.pro/mobile-sdk-guideLihat Video:
youtu.be/Aj6gtHw5BFQPerihal XsollaXsolla ialah sebuah syarikat dagangan permainan video global yang terkemuka dengan set alat dan perkhidmatan yang teguh dan berkeupayaan tinggi yang direka khusus untuk industri ini. Sejak penubuhannya pada tahun 2005, Xsolla telah membantu ribuan pembangun dan penerbit permainan daripada pelbagai latar belakang dana untuk memasarkan, melancarkan dan mengewangkan permainan mereka secara global dan merentas berbilang platform. Sebagai peneraju yang inovatif dalam bidang dagangan permainan, misi Xsolla adalah untuk menyelesaikan kerumitan yang wujud dalam pengedaran global, pemasaran dan pengewangan bagi membantu rakan kongsi kami mencapai lebih banyak geografi, menjana lebih banyak hasil dan membina perhubungan dengan warga pemain permainan di seluruh dunia. Dengan ibu pejabat dan perbadanan syarikat di Los Angeles, California, mereka juga mempunyai pejabat di London, Berlin, Seoul, Beijing, Kuala Lumpur, Raleigh, Tokyo, Montreal dan bandar-bandar di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, lawati
xsolla.comGaleri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20250507955570/enTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
ContactsHubungan MediaDerrick Stembridge
Naib Presiden Perhubungan Awam Global, Xsolla
d.stembridge@xsolla.com Sumber: Xsolla
--BERNAMA