Bitget Memperkasakan Kepimpinan Global dan Kesan Komuniti dengan Kehadiran Kukuh di TOKEN2049 Dubai

Released on: Wednesday, 07 May 2025 11:58AM

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 7 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yag terkemuka, telah mengakhiri minggu yang memberikan kesan dan berwawasan di TOKEN2049. Sebagai Penaja Emas, Bitget menonjolkan kehadirannya melalui penyertaan utama, dialog strategik dan pengaktifan berfokuskan komuniti, berinteraksi dengan pemimpin industri utama, rakan kongsi dan ribuan peserta dari seluruh dunia.

Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget, menyampaikan ucaptama pada Hari Pertama persidangan itu, menyerlahkan cara bursa tersebut terus berkembang dalam persekitaran ekonomi yang mencabar. Beliau merujuk kepada prestasi kukuh token asli Bitget, BGB, yang telah menyaksikan pertumbuhan ketara dalam kedua-dua had pasaran dan penerimaan pengguna pada tahun 2025. Ucapan beliau memberikan tumpuan kepada cara Bitget terus beroperasi dengan ketangkasan dalam keadaan yang tidak menentu, menterjemahkan ketidakpastian kepada momentum dan menggunakan anjakan pasaran sebagai batu loncatan untuk inovasi. Sesi ini menawarkan para hadirin cerapan praktikal tentang pendekatan Bitget untuk penskalaan berterusan dalam ruang yang berkembang pesat.

Di reruai Bitget, beberapa KOL, afiliasi dan rakan kongsi Bitget hadir untuk memberikan sokongan, bersama-sama buku 'Blockchain and STOs' oleh Profesor UCLA Alex Nascimento yang menampilkan pertumbuhan Bitget sebagai sebahagian daripada sesi tandatangan eksklusif.

Bitget juga menganjurkan Cryptoverse Dream Night pada 30 April, sebuah acara sampingan khas untuk jemputan sahaja, yang diadakan dengan Kerjasama 1inch dan disokong oleh Morph. Acara tersebut menghimpunkan lebih daripada 400 peserta dari seluruh ekosistem untuk malam yang dipenuhi dengan pengalaman tersusun, hiburan secara langsung dan peluang membina rangkaian bernilai tinggi.

Selepas berakhirnya TOKEN2049, Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget turut serta dalam Hack Seasons Conference 2025 di Dubai. Dalam sesi Panel Pertukaran, beliau bersama-sama pemimpin industri membincangkan landskap yang semakin berkembang bagi platform perdagangan aset digital. Gracy berkongsi wawasan mengenai inisiatif strategik Bitget, menekankan integrasi antara kewangan berpusat dan terdesentralisasi, serta komitmen syarikat dalam memajukan infrastruktur Web3. Sumbangan beliau menyerlahkan peranan Bitget dalam membentuk masa depan industri kripto dan mendorong inovasi dalam ekonomi digital.

“Penyertaan kami dalam Token2049 bukan sekadar tentang keterlihatan,” kata Gracy. “Ia mengenai berada di tengah-tengah perbincangan yang sebenar—bersama-sama pembangun, pengguna dan pelabur yang mendorong hala tuju ekosistem kripto. Acara seperti ini memainkan peranan penting dalam mengubah idea menjadi tindakan.”

Kehadiran Bitget di TOKEN2049 mengikuti beberapa pencapaian penting pada tahun 2025, termasuk peningkatan 20% dalam jumlah pengguna kepada lebih 120 juta, lonjakan jumlah dagangan spot suku ke suku sebanyak 159% kepada $387 bilion serta penyertaannya dalam senarai Forbes bagi Platform Pertukaran Kripto Paling Dipercayai. Sambil Bitget terus mengembangkan jejak globalnya dan memajukan visi masa depan kripto, ia terus memberikan tumpuan kepada penyediaan penyelesaian yang mudah diakses, selamat dan berpaksikan pengguna, selaras dengan keperluan pedagang serta komuniti Web3 yang terus berkembang.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan Web3 yang terkemuka di dunia. Memberi perkhidmatan kepada lebih daripada 100 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget turut menawarkan akses secara masa nyata kepada harga Bitcoinharga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep, merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang komprehensif, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, NFT Marketplace, pelayar DApp dan pelbagai lagi.

Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara gusti dunia), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com 

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa diperoleh dan pengalaman kewangan peribadi serta kedudukan kewangan perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi pada masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.

Foto-foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di: 
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/49fedce9-c33a-47e3-8fb5-69e28f4b2374
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/128b25bd-5b17-4d2c-ab16-4f2c77a4337b
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/d653aaa6-3e4d-4f91-aa27-fa92648999ed
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/ea0a19bd-7a95-459f-bf1a-bdc20fcfd4a2
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/18a37dc7-ef60-4a73-acf2-a111f121562a
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/2093e01c-1a83-4334-8f2b-8b8ca58333bf

SUMBER: Bitget Limited 

PENAFIAN: BERNAMA MREM
 tidak bertanggungjawab atas sebarang sebab penodaan laman web, penyalahgunaan, atau aktiviti haram yang berkaitan dengan mata wang kripto, rantaian blok, tokenisasi, atau bitcoin. Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai panduan atau pendapat, kerana ia bukan nasihat kewangan atau pelaburan. Gunakan maklumat ini atas risiko anda sendiri; kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penerbitan semula artikel ini. 

--BERNAMA

Back to Home