Lima Inovasi Cargill Memenangi Edison Awards™ 2025 untuk Transformasi Masa Hadapan Makanan dan Pertanian

Released on: Tuesday, 08 Apr 2025 2:49PM

Cargill diiktiraf untuk inovasi dalam pengurangan pembaziran makanan, biobahan api, memperluaskan pilihan protein, akses air global dan kesihatan haiwan
 
WAYZATA, Minn., 8 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Cargill mendapat penghormatan kerana memenangi lima Edison Awards 2025, mengiktiraf inovasi berani syarikat ini yang membentuk masa hadapan makanan dan pertanian. Daripada memajukan perladangan yang bertahan dengan perubahan iklim hingga memacu inovasi dalam nutrisi dan akses air, setiap penyelesaian yang memenangi anugerah menunjukkan bagaimana Cargill membina sistem makanan yang terjamin dan berdaya tahan.

Edison Awards, dinamakan sempena pencipta Thomas Edison, meraikan yang terbaik dalam inovasi, mengiktiraf produk dan pasukan yang menyelesaikan cabaran global, membentuk pasaran dan menginspirasikan perubahan. Ini menandakan tahun ketiga berturut-turut inovasi Cargill dinamakan antara pemenang.

 “Di sebalik setiap inovasi ialah pasukan berdedikasi yang berusaha untuk menyelesaikan cabaran dunia nyata dalam makanan dan pertanian,” kata Florian Schattenmann, ketua pegawai teknologi Cargill. "Anugerah ini mencerminkan semangat, kolaborasi dan tujuan yang memacu pasukan kami untuk meneliti semula segala kemungkinan, sama ada meningkatkat nutrisi global, mengurangkan pembaziran makanan atau menyokong punca pendapatan petani. Saya amat berbangga dengan pasukan ini yang merealisasikan penyelesaian ini dan impak positif yang mereka hasilkan di seluruh dunia."

Inovasi yang memenangi anugerah bagi 2025 menunjukkan komitmen Cargill untuk membentuk masa hadapan makanan dan pertanian:Inovasi ini jelas membuktikan peranan Cargill sebagai rakan kongsi dipercayai yang menjadi teras bagi sistem makanan global – berusaha bersama pelanggan, petani, dan komuniti untuk mencari penyelesaian yang memakmurkan manusia dan planet.

Semua pencalonan disemak oleh Jawatankuasa Pemantau Anugerah Edison dan badan kehakiman eksekutif yang terdiri daripada 2,000 eksekutif perniagaan kanan, ahli akademik dan pakar inovasi. Untuk maklumat lanjut tentang Edison Awards, lawati www.edisonawards.com.

Tentang Cargill

Cargill komited untuk membekalkan makanan, bahan, penyelesaian pertanian dan produk industri untuk memakmurkan dunia dengan cara yang selamat, bertanggungjawab dan lestari. Berada di tengah rantaian bekalan, kami bekerjasama dengan petani dan pelanggan untuk mendapatkan, membuat dan menghasilkan produk yang penting untuk kehidupan.

Pekerja kami yang berjumlah kira-kira 160,000 orang berinovasi dengan tujuan, memberikan kepada pelanggan produk penting dalam kehidupan untuk membolehkan perniagaan berkembang, komuniti berkembang maju dan pengguna hidup dalam keadaan sejahtera. Dengan pengalaman 160 tahun sebagai syarikat keluarga, kami pandang ke hadapan di samping berpegang kepada nilai kami. Kami mengutamakan orang. Kami mencapai lebih tinggi. Kami lakukan perkara yang betul—hari ini dan untuk beberapa generasi akan datang. Untuk maklumat lanjut, layari Cargill.com dan Pusat Berita kami.

Maklumat Tentang Edison Awards

Diasaskan pada tahun 1987, Edison Awards memberi penghargaan kepada kecemerlangan dalam pembangunan produk dan perkhidmatan baharu, pemasaran, reka bentuk dan inovasi berpusatkan manusia. Penerima terdahulu termasuk syarikat dan inovator terkemuka merentasi industri. Pada tahun 2021, Edison Awards memperkenalkan Lewis Latimer Fellowship untuk menonjolkan tokoh pemikir Kulit Hitam. Ketahui lebih lanjut di edisonawards.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Hubungi: 

Hubungan Media:
media@cargill.com
 
Sumber: Cargill

--BERNAMA
Back to Home