HONG LEONG ISLAMIC BANK MEMBERDAYAKAN KOMUNITI TERPINGGIR DI LANGKAWI MELALUI PROGRAM PAYNET CAMBAH

Released on: Thursday, 20 Feb 2025 3:28PM

Table
Dari kiri ke kanan: - Firdaus Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif GoBarakah; Zulkifli Abdullah, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah); Azleena Idris, Pengarah Kanan, Strategi & ESG, PayNet; Dafinah Ahmed Hilmi, Ketua Pegawai Eksekutif, Hong Leong Islamic Bank; Sally Ahmad, Pengasas SURI Langkawi; dan Faisol Abdullah, Penasihat SURI Langkawi.
 
LANGKAWI, 20 Feb (Bernama) -- Payments Network Malaysia Sdn Bhd ("PayNet") hari ini mengumumkan bahawa Hong Leong Islamic Bank Berhad ("HLISB") telah menjadi bank pertama di bawah program PayNet Cambah untuk membantu 100 isi rumah di Langkawi dalam perjalanan mereka menuju ke arah literasi kewangan. 

Inisiatif ini, yang dilancarkan dengan sokongan perusahaan sosial, SURI Inspirasi ("SURI"), meneruskan kejayaan kerjasama PayNet Cambah, yang memberi tumpuan kepada pemerkasaan keluarga dan komuniti terpinggir melalui penciptaan sumber pendapatan yang mampan. 

PayNet Cambah, yang diperkenalkan pada tahun 2023, merupakan program impak sosial berteraskan ESG yang direka untuk mewujudkan komuniti yang berdikari dalam kalangan segmen terpinggir di Malaysia, sejajar dengan UN Sustainable Development Goals

Melalui kerjasama dengan SURI, projek perintis program ini di Langkawi telah melengkapkan isi rumah yang kebanyakannya tidak mempunyai akaun bank dengan kemahiran hidup, literasi pembayaran digital, dan pengetahuan kewangan. 

SURI merupakan sebuah perusahaan sosial yang menempukan kepada fesyen sifar sisa dan pemerkasaan komuniti. SURI bekerjasama dengan ibu-ibu dan keluarga daripada kumpulan B40, membekalkan mereka dengan kemahiran dan sumber untuk mengitar semula fabrik terbuang menjadi item fesyen unik, beg, dan kraf. 

Pendekatan inovatif ini bukan sahaja mengalihkan sisa tekstil daripada tapak pelupusan, malah mewujudkan pekerjaan mampan serta memperkasakan komuniti terpinggir untuk menjadi usahawan. Setelah berjaya di Lembah Klang, SURI kini telah mengembangkan operasinya ke Langkawi bagi memberikan impak positif kepada lebih ramai individu.

Dalam tempoh dua tahun, SURI telah menubuhkan SURI Kilim Hub sebagai ibu pejabat pengeluarannya dan berjaya menjalinkan kerjasama jangka panjang dengan lapan resort mewah serta pihak berkuasa tempatan. Usaha ini menyumbang kepada transformasi Langkawi sebagai destinasi pelancongan berasaskan komuniti yang lestari. Selain itu. komuniti ini juga menghasilkan beg beli belah guna semula dari fabrik terpakai untuk mesyuarat ASEAN 2025 di Langkawi dengan sokongan sektor awam.  

"Kami amat berbangga dengan kejayaan komuniti Langkawi," kata Farhan Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet. "Mereka telah berkembang menjadi industri kecil yang berasaskan komuniti dan ESG. PayNet Cambah direka untuk memberikan impak yang berkekalan dengan pendekatan yang fleksibel. Pada mulanya, mereka tidak biasa dengan konsep ESG dan pembayaran tanpa tunai, tetapi kini mereka menerimanya, malah lebih menggemarkan pembayaran digital kerana manfaatnya dalam e-dagang dan lain-lain. Perubahan ini telah meningkatkan rekod kewangan mereka dan kebolehbankan mereka. HLISB kini membimbing komuniti ini ke arah keberdayaan kewangan dengan perbankan berasaskan nilai, yang sejajar dengan matlamat PayNet Cambah." 

Menurut Dafinah Ahmed Hilmi, Ketua Pegawai Eksekutif HLISB, pihak bank sentiasa mencari cara inovatif untuk mengintegrasi impak sosial ke dalam operasi perniagaan terasnya. Value Based Intermediation (VBI) bukan sekadar tentang pelaburan dalam komuniti tetapi juga mengenai mewujudkan model perniagaan mampan yang memberi manfaat kepada kedua-dua bank dan komuniti yang dilayaninya. 

"Kerjasama dengan PayNet dan SURI ini melambangkan komitmen kami terhadap VBI. Kami telah bekerjasama dengan SURI sejak tahun 2018 melalui HLB JumpStart, program pemerkasaan perusahaan sosial kami sendiri. Menyaksikan pertumbuhan mereka daripada sebuah perusahaan sosial kecil di Klang kepada komuniti yang kini berdaya maju di Langkawi adalah sesuatu yang sangat menginspirasikan. Perjalanan ini membuktikan kuasa kewangan lestari dalam mencipta impak sosial yang positif. Kami teruja untuk terus menyokong SURI dan perusahaan sosial lain di seluruh Malaysia untuk mencapai potensi penuh mereka." 

“PayNet Cambah telah memainkan peranan penting dalam memperkasakan komuniti Langkawi,” kata Puan Sally Ahmad, pengasas SURI. "Program ini, dengan sokongan berterusan daripada bank, telah membawa perubahan besar kepada kami. Mereka mempercayai visi kami sejak dari awal dan bukan sahaja memberikan sokongan perniagaan yang penting, tetapi juga bimbingan berharga serta akses kepada rangkaian yang lebih luas. Kerjasama seperti ini, di mana institusi yang kukuh menyediakan peluang dan bimbingan, amat penting untuk perusahaan sosial seperti kami berkembang dan mencipta impak mampan. Inisiatif PayNet Cambah kini telah memperluaskan capaian kami, membolehkan kami memperkasakan lebih banyak komuniti terpinggir dan menyumbang kepada pembangunan lestari Langkawi. Kami sangat bersyukur atas usaha kolaboratif ini dan teruja untuk melihat pertumbuhan berterusan komuniti di bawah bimbingan PayNet dan HLISB." 

Program PayNet Cambah juga mendapat manfaat daripada kerjasama dengan Bank Negara Malaysia ("BNM"), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan ("AKPK"), Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi, Lembaga Pembangunan Langkawi ("LADA"), dan pemimpin perniagaan tempatan. 

Dalam fasa seterusnya, HLISB akan memanfaatkan program iTEKAD di bawah BNM dan keupayaan dalamannya untuk terus membantu komuniti ini dalam mengembangkan perniagaan mereka serta merancakkan ekonomi pelancongan, budaya, dan kraf tempatan di Langkawi.

Fasa ini juga akan meneroka kerjasama dengan syarikat fintech yang berpotensi bagi menangani cabaran sedia ada melalui penyelesaian pembayaran digital yang inovatif. Perbincangan sedang berlangsung dengan Go Barakah, sebuat syarikat fintech dipacu AI yang telah memenangi anugerah, untuk meningkatkan ketelusan dalam pengagihan manfaat kepada kumpulan yang memerlukan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai PayNet dan program PayNet Cambah, sila layari www.paynet.my. Untuk lanjut mengenai program HLB JumpStart, sila layari https://www.hlb.com.my/en/personal-banking/about-us/jumpstart-csr.html

Mengenai Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet)
Payments Network Malaysia (PayNet) ialah rangkaian pembayaran nasional Malaysia dengan misi untuk mempercepatkan aliran pembayaran negara dengan menjadikan infrastruktur pembayaran digital lebih mudah diakses, meluas, dan selamat. Rangkaian pembayaran runcit kami yang komprehensif— termasuk DuitNow (QR dan Transfer), JomPAY (Pembayaran Bil), FPX (Atas Talian), MyDebit (Debit Domestik), MEPS dan IBG (Interbank GIRO)—menyediakan liputan yang meluas di seluruh negara, membentuk sebahagian daripada teras kehidupan harian di Malaysia. 

Selain itu, rangkaian pembayaran runcit QR masa nyata PayNet, DuitNow, boleh beroperasi secara bersama dengan skim domestik di Singapura, Thailand, dan Indonesia, memudahkan transaksi rentas sempadan yang lancar dengan negara-negara ini. PayNet komited untuk mempromosikan ekosistem pembayaran yang selamat, cekap, dan inovatif di Malaysia serta bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan baharu yang memenuhi keperluan pengguna dan perniagaan yang sentiasa berkembang. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.paynet.my.   

Mengenai Hong Leong Islamic Bank Berhad
Sila layari https://www.hlisb.com.my/en/personal-i/home.html 

SUMBER: PayNet

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Farah Ǫistina
Tel: +60 16-209 5448 
Emel: Farah.Qistina@edelaman.com

Nama: Aina Zuraini
Tel: +60 11-1169 2356 
Emel: Aina.Zuraini@edelman.com

--BERNAMA 
Back to Home