Cloudera Mempercepatkan AI Perusahaan Dengan Pratonton RAG Studio

Released on: Wednesday, 11 Dec 2024 12:00AM

Chatbot RAG menawarkan ketepatan yang dipertingkatkan dan kebolehpercayaan yang ditambah baik yang tidak dimiliki oleh chatbot generik

SANTA CLARA, California, 11 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Cloudera, satu-satunya platform hibrid sebenar untuk data, analitik dan AI, hari ini mengumumkan pelancaran Studio Retrieval-Augmented Generation (RAG)nya. RAG Studio memperkasakan perusahaan untuk menggunakan chatbot RAG dengan menggunakan data perusahaan masa nyata mereka dalam beberapa minit sahaja. Penyelesaian tanpa kod ini menjadikan aplikasi AI lebih mudah diakses oleh pengguna bukan teknikal, memupuk kerjasama antara perniagaan dan pasukan IT dalam pembangunan AI serta mendemokrasikan alatan AI untuk penggunaan pengguna yang lebih luas. Dengan memanfaatkan data masa nyata yang selamat dan dipercayai—sama ada di premis atau dalam awan—RAG Studio membolehkan perusahaan mendapatkan nilai AI melalui teknologi canggih.

Memandangkan chatbot semakin popular sebagai kes penggunaan AI, perniagaan terus menghadapi risiko respons yang tidak tepat. Satu kajian mendapati ChatGPT mempunyai kadar kejayaan di antara .66% sehingga 89% bergantung kepada tugas yang diterima. RAG merupakan paradigma AI berkuasa yang menggabungkan kekuatan sistem yang berasaskan pengambilan semula dan AI generatif. Ia membolehkan ketepatan dan perkaitan kontekstual yang dipertingkatkan dengan kebolehjelasan dan kepercayaan yang ditambah baik. Chatbot berdaya RAG mengurangkan halusinasi secara ketara dengan menjawab soalan berdasarkan data masa nyata khusus perusahaan dan bukannya bergantung semata-mata kepada maklumat am. Kadar kejayaan boleh ditambah baik dengan menyediakan konteks perniagaan kepada LLM yang sudah dilatih dengan data perusahaan yang dipercayai.

Faedah yang ditawarkan oleh RAG Studio kepada pelanggan Cloudera termasuk:“Daripada sokongan pelanggan yang lebih pantas kepada pembangunan produk yang lebih termaklum, faedah RAG merangkumi keseluruhan perniagaan,” kata Abhas Ricky, Ketua Pegawai Strategi Cloudera. “Rag Studio tanpa kod kami menyampaikan prototaip dengan pantas, integrasi prabina dan kecekapan operasi. Perusahaan menghadapi tekanan yang tinggi untuk memperbetulkan strategi AI mereka dan program ini adalah sebahagian daripada komitmen Cloudera untuk mempercepatkan AI perusahaan.”

Sebagai sebahagian daripada pelancaran pratonton ini, Cloudera menjemput rakan kongsi reka bentuk untuk mengambil bahagian dalam tunjuk cara dan menawarkan maklum balas mengenai pembangunan penyelesaian. Penyertaan dalam RAG Studio memberi pelanggan Cloudera peluang untuk bekerjasama secara langsung dengan Cloudera dalam pembangunan penyelesaian RAG untuk mengenal pasti keupayaan yang memberikan nilai perniagaan dan teknikal yang paling tinggi.

Perusahaan yang berminat untuk menyertai RAG Studio harus menghubungi pasukan Cloudera kami.

Perihal Cloudera
Cloudera merupakan satu-satunya platform hibrid sebenar untuk data, analitik dan AI. Dengan 100 kali ganda lebih data di bawah pengurusan berbanding vendor awan sahaja yang lain, Cloudera memperkasakan perusahaan global untuk mengubah semua jenis data, pada mana-mana awan awam atau persendirian kepada cerapan yang bernilai dan dipercayai. Open Data Lakehouse kami menyampaikan pengurusan data berskala dan selamat dengan analitik asli awan mudah alih, membolehkan pelanggan membawa model GenAI kepada data mereka sambil mengekalkan privasi dan memastikan penggunaan AI yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai. Jenama terbesar dunia dalam perkhidmatan kewangan, insurans, media, pembuatan dan kerajaan bergantung pada Cloudera untuk menggunakan data mereka untuk menyelesaikan perkara yang kelihatan mustahil—hari ini dan pada masa hadapan.

Untuk mengetahui lebih lanjut, layari Cloudera.com dan ikuti kami di LinkedIn dan X. Cloudera dan tanda berkaitan ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Cloudera, Inc. Semua syarikat dan nama produk lain mungkin merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing.

Hubungi
Jess Hohn-Cabana
cloudera@v2comms.com

SUMBER: Cloudera, Inc.

--BERNAMA
Back to Home