NIQ Mengeluarkan Laporan Kemajuan Persekitaran, Sosial Dan Tadbir Urus (ESG) 2023

Released on: Friday, 26 Jul 2024 12:00AM

CHICAGO, 26 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NielsenIQ (NIQ), syarikat risikan pengguna yang terkemuka di dunia, telah mengeluarkan Laporan Kemajuan Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) kedua yang memperincikan keutamaan ESG Syarikat, cara menerapkan prinsip keterangkuman dan mampan ke dalam model perniagaan syarikat dan komitmen untuk menyampaikan risikan dan inovasi kepada pelanggan yang memberikan impak positif kepada ekonomi, komuniti dan persekitaran.

“Strategi ESG kami direka bentuk untuk memacu nilai jangka panjang — bagi pekerja, pihak berkepentingan, pelanggan, industri, vendor dan komuniti kami,” kata Jim Peck, Ketua Pegawai Eksekutif, NIQ. "Kami memberikan tumpuan untuk mengintegrasikan keutamaan ESG kami di seluruh syarikat dan meningkatkan impak kami. Di samping itu, dengan memberikan pemahaman menyeluruh tentang tingkah laku pembelian pengguna, kami menyasar untuk menawarkan risikan pasaran kepada pelanggan kami dan ekosistem sedia ada bagi menyokong usaha kelestarian masing-masing."

Sorotan penting dalam Laporan ESG 2023:

Integriti, Privasi & Keselamatan Data
Data ialah teras kepada perniagaan NIQ. Syarikat itu memberikan tumpuan untuk menyampaikan data yang selamat dan dilindungi dengan ketepatan dan integriti peringkat tinggi.
Tanggungjawab Alam Sekitar
Warga Kerja & Kepelbagaian, Kesaksamaan dan Keterangkuman
“Data NIQ boleh membantu syarikat dan komuniti membuat keputusan termaklum yang akhirnya membantu mengembangkan perniagaan masing-masing dengan mampan dan menyokong komuniti di bawah tanggungjawab perniagaan berkenaan,” kata John Blenke, Ketua Pegawai Undang-undang. “Kami berbangga dengan usaha ESG kami setakat ini dan berharap untuk meningkatkan impak positif kami melalui kemajuan yang berterusan.”

NIQ menjajarkan pelaporan ESG dengan Matlamat Pembangunan Mampan PBB dan Standard Lembaga Standard Perakaunan Kelestarian (SASB) untuk Perkhidmatan Komersial Profesional Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pendekatan NIQ kepada ESG, komitmen berterusan syarikat mencipta nilai untuk masyarakat dan kemajuan ke atas matlamat utama, sila kunjungi Laporan Kemajuan ESG 2023 NIQ.

Maklumat Tentang NIQ

NielsenIQ (NIQ) ialah syarikat risikan pengguna yang terkemuka di dunia, menyampaikan pemahaman paling lengkap tentang tabiat membeli pengguna dan mendedahkan laluan baharu kepada pertumbuhan. NIQ bergabung dengan GfK pada tahun 2023, menemukan dua peneraju industri dengan jangkauan global yang tiada bandingannya. Pada hari ini NIQ beroperasi di lebih daripada 95 negara meliputi 97% KDNK. Dengan laporan runcit holistik dan cerapan pengguna paling menyeluruh—disampaikan dengan analisis lanjutan melalui platform yang canggih—NIQ menyampaikan Full View™.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Hubungan Media: sweta.patra@nielseniq.com

Sumber: NielsenIQ

--BERNAMA
 
Back to Home