.jpg)
Cargill telah membantu ratusan pelanggan merumuskan semula dan membuat pembaharuan kepada produk berkhasiat dan lazat yang memenuhi standard WHO berkenaan iTFA (Foto: Business Wire)Memenuhi komitmen 2021; menyingkirkan iTFA daripada lemak dan minyak walaupun di negara tanpa mandat perundanganMINNEAPOLIS, 2 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mulai 1 Januari 2024, setiap pelanggan makanan Cargill, di mana jua mereka berada, boleh berasa yakin bahawa lemak dan minyak yang dihasilkan oleh syarikat tersebut mematuhi tahap toleransi maksimum yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk asid lemak trans yang dihasilkan dengan cara berkaitan industri (iTFA) dalam lemak dan minyak. Cargill telah mencapai kejayaan ini dan menjadi pembekal global pertama yang keseluruhan portfolio minyak makannya di seluruh dunia memenuhi standard amalan terbaik WHO berkenaan iTFA yang mengehadkan kandungan iTFA kepada tidak lebih daripada dua gram untuk setiap 100 gram lemak/minyak,termasuk di negara yang pada masa ini tiada mandat perundangan.
Walaupun Cargill telah
mengumumkan komitmennya untuk menyingkirkan iTFA daripada portfolio lemak dan minyak pada Disember 2021, pencapaian inimencerminkan kerja yang berdekad-dekad lamanya. Perjalanan iTFA syarikat ini menjangkau lebih suku abad termasuk inovasi awal, pelaburan bernilai jutaan dolar dalam perbelanjaan modal dan sumber, serta ribuan jam R&D. Sepanjang perjalanan ini, Cargill telah membantu lebih daripada 400 pelanggannya mencipta produk berkhasiat dan lazat yang menyumbang kepada kehidupan yang lebih bahagia dan lebih sihat, menyingkirkan lebih daripada 1.5 bilion paun produk yang mengandungi iTFA daripada bekalan makanan global.
“Kami gembira melihat komitmen berterusan Cargill untuk mengurangkan lemak trans yang dihasilkannya di dalam semua minyak syarikat dan baru-baru ini Cargill berjaya mencapai matlamatnya untuk menjajarkan dengan standard yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia,” kata René Lammers, ketua pegawai sains PepsiCo. “Langkah ini sejajar dengan kejayaan PepsiCo mengurangkan iTFA dalam makanan kami bagi memenuhi standard yang sama dan kami menggalakkan rakan kongsi industri yang lain untuk menyertai kami dalam inisiatif penting ini bagi mengembangkan portfolio makanan dan minuman keseluruhannya supaya ianya lebih baik untuk planet dan orang ramai.”
Dalam dua tahun yang lalu , Cargill telah menambahkan pelaburannya sebanyak $8.5 juta yang bertujuan untuk menaik taraf kemudahan bagi mengurangkan jumlah lemak trans yang dihasilkan semasa pemprosesan minyak, sambil bekerjasama rapat dengan lebih daripada 100 pelanggannya di dua dozen negara untuk merumuskan semula penyelesaian produk baharu yang memenuhi keperluan masing-masing.
iTFA paling kerap terbentuk melalui penghidrogenan separa minyak sayuran (PHO) tetapi ia juga boleh terhasil melalui rawatan haba yang tinggi semasa proses penapisan minyak makan. Pada tahun 2018, WHO telah menggesa penghapusan iTFA secara global menjelang tahun 2023, dengan menyatakan bahawa pengambilan lemak trans lebih 1 peratus daripada jumlah keseluruhan pengambilan tenaga dikaitkan dengan kejadian penyakit jantung koronari dan kematian.
"Kami amat berbangga kerana kami telah memenuhi komitmen kami yang membantu memenuhi tujuan kami --memupuk dunia dengan cara yang selamat, bertanggungjawab dan mampan,” kata Natasha Orlova, naib presiden untuk minyak makan dan pengarah urusan Cargill bagi Amerika Utara. “Dengan mengambil langkah peneraju industri ini, walaupun di negara tanpa perundangan iTFA semasa, ia akan membantu memastikan ketekalan dalam rantaian bekalan masing-masing untuk pengilang makanan yang lebih besar, sambil menawarkan kepelbagaian inovasi dan pengalaman Cargill kepada pengilang yang lebih kecil.”
Untuk memastikan pematuhan, Cargill telah menambah iTFA kepada program jaminan keselamatan dan kualiti makanan syarikatnya Pendekatan berasaskan sistem ini merangkumi pelbagai lapisan pemantauan, pematuhan dan pengauditan.
Dalam laporan kemajuan terkini, WHO menyatakan bahawa dasar mengehadkan penggunaan iTFA hanya dilaksanakan di 60 negara di seluruh dunia, meliputi kira-kira 43% daripada penduduk global. Ini mengakibatkan majoriti consumer dunia berisiko untuk penggunaan iTFA secara berterusan. Laporan itu menyeru pembekal utama minyak dan lemak untuk “mengikuti usaha rintisan Cargill dalam menyingkirkan TFA yang dihasilkan berkaitan industri daripada produk yang dijual kepada pengilang makanan di seluruh dunia.”¹
“Kami merupai satu-satunya pembekal minyak makan global yang pertama yang komited dan memenuhi standard WHO secara tekal dan menyeluruh untuk portfolio global penuh kami dan walaupun kami berasa bangga dengan pencapaian ini, laporan WHO menegaskan bahawa masih banyak yang perlu dilakukan lagi,” kata Orlova. “Kami telah membuktikan bahawa ini bukan sahaja boleh dilaksanakan untuk memenuhi saranan iTFA sambil memberikan perhatian kepada tahap lemak tepu, tetapi ini juga boleh dilakukan tanpa mengubah rasa atau tekstur makanan kegemaran pengguna dengan ketara. Kami menyeru pemain industri lain untuk mengikuti usaha kami dan menyingkirkan iTFA daripada semua produk masing-masing.”
Cargill juga telah mengambil langkah membantu mempercepat perumusan semula seluruh industri sepanjang dua tahun yang lalu, terutamanya di negara yang tidak mempunyai peraturan iTFA pada masa syarikat melaksanakan komitmen masing-masing. Antara tindakan yang diambil, di Pakistan, Cargill bekerjasama dengan Institut Dasar Pembangunan Mampan dalam kempen kesedaran awam. Di Malaysia dan Mexico, Cargill berinteraksi dengan pihak berkepentingan industri, akademik dan kerajaan untuk meningkatkan kesedaran tentang amalan terbaik WHO, sambil berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam perumusan semula iTFA.
¹ “Countdown to 2023: WHO Report on Global Trans Fat Elimination,” World Health Organization, 2022. Download at:
https://www.who.int/publications/i/item/9789240067233 Maklumat Tentang Cargill Cargill komited untuk menyediakan makanan, bahan, penyelesaian pertanian dan produk perindustrian dengan memberikan khasiat kepada dunia melalui cara yang selamat, bertanggungjawab dan mampan. Berada di tengah-tengah rantaian bekalan, kami bekerjasama dengan petani dan pelanggan bertujuan mendapatkan, membuat dan menghantar produk yang penting untuk kehidupan.
160,000 ahli pasukan kami melakukan inovasi dengan tujuan, menyediakan pelanggan dengan keperluan hidup supaya perniagaan boleh berkembang, komuniti menjadi makmur dan pengguna hidup dengan baik. Bersama pengalaman selama 159 tahun sebagai syarikat keluarga, kami memandang ke hadapan sambil mengekalkan nilai murni kami. Kami mengutamakan orang ramai terlebih dahulu. Kami mencapai lebih tinggi. Kami melakukan perkara yang betul—pada hari ini dan untuk generasi akan datang. Untuk maklumat lanjut, kunjungi
Cargill.com dan
Pusat Berita kami.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53887225/en Individu untuk DihubungiKelly Sheehan,media@cargill.com
Sumber: Cargill
--BERNAMA