Laporan Baharu TOURISE Dedah Cara Jangkaan Pelancong Membentuk Semula Industri Pelancongan Global

Released on: Thursday, 19 Nov 2026 12:17PM

 
RIYADH, Arab Saudi, 19 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Perubahan keutamaan pelancong sedang membentuk semula industri pelancongan global, daripada destinasi yang dipilih dan cara mereka berbelanja hinggalah aspek perjalanan yang paling mereka hargai. Laporan baharu TOURISE, 'The Future Traveller', meneliti perubahan ini dan kesannya terhadap industri hingga tahun 2030. Laporan yang disediakan dengan kerjasama Euromonitor International itu berasaskan tinjauan pengguna dan pandangan peneraju industri.

Laporan itu mendapati bahawa selain faktor demografi, keutamaan dan keadaan bagi setiap perjalanan semakin mempengaruhi keputusan pelancong. Laporan itu menyeru pengurus destinasi dan pengusaha pelancongan supaya menilai semula cara mereka menarik pelawat dan mengukur kejayaan. Tumpuan perlu beralih daripada pelancong yang berbelanja besar kepada perjalanan bernilai tinggi yang menawarkan pengalaman bermakna, menyokong ekonomi setempat dan membawa manfaat berkekalan kepada komuniti.

“Keputusan pelancong tidak boleh dirumuskan semata-mata berdasarkan kelompok demografi yang tetap. Dalam setiap perjalanan, mereka mengambil kira tujuan, kekangan dan peluang yang ada,” kata Tuan Yang Terutama Ahmed Al Khateeb, Menteri Pelancongan Arab Saudi merangkap Pengerusi TOURISE. “Destinasi yang akan menerajui era pelancongan seterusnya ialah destinasi yang memahami perubahan keutamaan dan keadaan ini, memelihara pengalaman yang paling dihargai oleh pelancong serta memberikan manfaat yang lebih besar kepada pelawat, perniagaan dan komuniti setempat.”

Laporan tersebut mengetengahkan empat perubahan yang sedang membentuk semula pelancongan serta langkah yang perlu diambil oleh industri:
Asia Pasifik akan membantu memacu gelombang permintaan seterusnya. Menjelang tahun 2030, hampir 150 juta isi rumah tambahan dijangka mampu bercuti di luar negara, dengan hampir 110 juta daripadanya di Asia Pasifik. Pengusaha pelancongan perlu menyediakan tawaran yang lebih fleksibel untuk pelbagai bajet sambil mengekalkan pengalaman yang paling dihargai pelancong.

Peneraju industri turut berkongsi pandangan tentang keperluan untuk menghubungkan setiap peringkat perjalanan dengan lebih baik, serta peranan AI dalam membantu tetamu dan kakitangan hotel.

“Pelancong melalui perjalanan mereka sebagai satu pengalaman yang menyeluruh, dan itulah yang mereka inginkan. Namun, banyak bahagian dalam industri kita masih beroperasi secara berasingan. Langkah seterusnya untuk melancarkan perjalanan ialah menghubungkan setiap titik interaksi supaya pengalaman pelancong dan pengurusan ekosistem lebih bersepadu,” kata Thomas Woldbye, Ketua Pegawai Eksekutif Heathrow Airport dan Ahli Lembaga Penasihat TOURISE.

“Fasa seterusnya dalam industri hospitaliti melangkaui penyesuaian bilik mengikut kehendak tetamu. Matlamatnya adalah untuk mewujudkan pengalaman yang dapat disesuaikan dengan keperluan, jangkaan dan tujuan yang berbeza bagi setiap penginapan,” kata Sebastien Bazin, Pengerusi Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Accor.

Laporan tersebut menggariskan keutamaan bagi pengurus destinasi dan perniagaan, daripada memudahkan pencarian melalui AI hinggalah meningkatkan pulangan kepada ekonomi setempat dan menghubungkan setiap peringkat perjalanan dengan lebih baik. Sebagai platform global yang menetapkan agenda industri sepanjang tahun, TOURISE menghimpunkan peneraju industri untuk mengambil tindakan berdasarkan dapatan ini. Baca 'The Future Traveller' di TOURISE.com.

Maklumat tentang TOURISE

TOURISE ialah platform terunggul dunia untuk mentakrifkan semula dan membentuk masa depan pelancongan.

Dengan sokongan Kementerian Pelancongan Arab Saudi, Sidang Kemuncak TOURISE julung kali diadakan di Riyadh dari 11 hingga 13 November 2025. Acara itu menghimpunkan tokoh berwawasan daripada sektor kerajaan, perniagaan, pelaburan, pelancongan dan teknologi untuk memajukan inisiatif berimpak tinggi dan mengusahakan perjanjian yang bakal mengubah hala tuju industri serta membina sektor pelancongan yang lebih mampan, saksama dan berorientasikan masa hadapan.

Sebagai platform global yang aktif sepanjang tahun, TOURISE menghimpunkan pemimpin yang berkongsi visi untuk membentuk ekonomi berasaskan perjalanan. Di sinilah hala tuju pelancongan bagi 50 tahun akan datang dirangka.

Sidang Kemuncak TOURISE seterusnya akan berlangsung di Riyadh dari 23 hingga 25 Mac 2027. Untuk maklumat lanjut tentang TOURISE serta untuk memohon jemputan menghadiri acara itu, layari www.TOURISE.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Contacts

Untuk maklumat lanjut hubungi: media@TOURISE.com
  
Sumber: TOURISE

--BERNAMA
Back to Home