Angelalign Melantik Marco Gadola sebagai Penasihat Kanan

Released on: Tuesday, 10 Nov 2026 10:26AM


SAN CLEMENTE, Calif. 10 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Angelalign Technology Inc. (6699.HK) (“Angel”) http://www.angelaligner.com, peneraju pendakap gigi lut sinar global, pada hari ini mengumumkan bahawa Marco Gadola telah menyertai Angel sebagai Penasihat Kanan Dalam peranan ini, Marco akan menasihati Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan kanan mengenai budaya, strategi dan tadbir urus.

Marco, yang pernah memegang pelbagai jawatan kepimpinan, dikenali ramai sebagai bekas Ketua Pegawai Eksekutif Straumann Group, syarikat peranti perubatan global terkemuka yang memberikan tumpuan kepada bidang pergigian.

Marco berkata bahawa beliau amat teruja untuk menyertai Angel. “Saya telah mengikuti Angel selama 10 tahun dan melihat syarikat ini telah berkembang,” ujarnya. “Angel telah tumbuh daripada peneraju serantau dalam penyelesaian klinikal dan produk berkualiti tinggi yang berinovatif, kepada organisasi bertaraf dunia yang dipercayai oleh pakar ortodontik, dengan rancangan inovasi yang mengagumkan.”

Fox Hu, Ketua Pegawai Eksekutif Angel, berkata: “Angel mempunyai keupayaan teras yang kukuh, tetapi kami mesti terus menambah baik demi memberikan perkhidmatan yang lebih baik lagi kepada pakar ortodontik. Kami mengalu-alukan kehadiran Marco sebagai pihak yang memperjuangkan kepentingan pelanggan dan pekerja kami di seluruh dunia, serta membantu kami membina organisasi global yang cemerlang dengan budaya kerja yang hebat. Pelantikan ini merupakan satu lagi langkah dalam perjalanan pertumbuhan kami yang luar biasa.”

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi www.angelaligner.com.

Mengenai Angelalign Technology Inc. 

Ditubuhkan pada tahun 2003 dan disenaraikan secara awam sejak tahun 2021, Angelalign Technology Inc. menyediakan penyelesaian pendakap gigi lut sinar kepada golongan profesional yang memberikan tumpuan dari segi klinikal dan pesakit di lebih 60 buah negara. Bersama jumlah kes terkumpul melebihi dua juta dan permodalan pasaran sekitar US$2 bilion, syarikat ini memberikan tumpuan kepada inovasi klinikal dan sokongan profesional bagi membantu para pakar mencapai hasil yang luar biasa. Ketahui lebih lanjut di angelaligner.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

HUBUNGI

Hubungan Media: 
Sue Kolb
Angelalign Technology Inc.
sue.kolb@angelaligner.com 

Sumber: Angelalign Technology Inc.

--BERNAMA
Back to Home