DBKL, MAHB DAN KPTM UNGGULI FESTIVAL PERMAINAN MALAYSIA 2026

Released on: Tuesday, 03 Nov 2026 4:08PM


Table
“Raja di Julang” merupakan antara permainan tradisional yang mencuri perhatian


KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)  dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Persatuan Sukan Tradisional Malaysia (SUTRA) menganjurkan Festival Permainan Malaysia (FPM 2026) yang akan berlangsung pada  29 Oktober hingga 1 November 2026 di Padang Merbok, Kuala Lumpur.
 
Edisi ke-11 sejak diperkenalkan pada tahun 2015, Festival Permainan Malaysia Kuala Lumpur (FPM) 2026 terus mengetengahkan permainan tradisional sebagai teras penganjuran, di samping menawarkan pelbagai aktiviti seni budaya, pameran, demonstrasi, rekreasi dan jualan dalam memperkukuh cultural and experiential tourism.
 
Festival yang menghimpunkan seramai 3,012 peserta ini menampilkan pertandingan dalam tiga kategori, iaitu Institusi Pengajian Tinggi pada 30 Oktober, Badan Beruniform pada 31 Oktober serta Sektor Korporat dan Agensi Kerajaan pada 1 November 2026. Antara permainan tradisional yang dipertandingkan ialah Raja di Julang, Galah Panjang, Kelereng, Tuju Tin, Congkak, Sepak Raga Ratus, Terompah Gergasi, Menyumpit, Memanah Tradisional dan Bola Sepak Kain Sarong.
 
Johan kategori Badan Beruniform diungguli oleh DBKL, manakala Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), menjuarai kategori korporat, serta Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) juara keseluruhan bagi kategori institusi pengajian tinggi. Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) turut menyertai acara ini buat julung kalinya.
 
Selain pertandingan, FPM 2026 turut menampilkan pelbagai aktiviti interaktif, antaranya Permainan Legenda Rakyat, demonstrasi rejam batang tepus oleh masyarakat Orang Asal dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), bengkel gendang silat, pembuatan tanjak dan seni bela diri wanita. Pengunjung juga berpeluang menyaksikan Pertandingan Gusti Lengan, Pertandingan Kabaddi Terbuka, diabolo serta Colours of Malaysia x KL Cultural Nitez, selain menyertai aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan seperti Wau Run 2026, Malaysia Foldies Unity (MYFUN), Senam Seni 2.0, Zumba (Funky Fresh Studio) serta Pertandingan Karom.
 
Penganjuran festival ini mendapat kerjasama lebih 40 agensi kerajaan dan swasta dalam menjayakan pelbagai pengisian sepanjang festival berlangsung. Antara penaja yang terlibat ialah Saloma Management, Bank Simpanan Nasional, Watson, Spritzer, BOH Tea (BOH Plantations Sdn Bhd), Havoc, Unifi Malaysia, dan Milo Malaysia.
 
Majlis Pelancaran Festival Permainan Malaysia 2026  telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Amran bin Mohd Haris, Ketua Pengarah JKKN mewakili  YB Menteri MOTAC. Seusai majlis, program diteruskan dengan Pertandingan bagi kontinjen Badan Beruniform.
 
Maklumat dan keterangan lanjut mengenai program ini boleh melayari laman sesawang JKKN iaitu www.jkkn.gov.my ataupun media sosial JKKN melalui pautan mysenibudaya atau JKKNWILAYAHKUALALUMPUR.  

Dikeluarkan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Tel : 03-2614 8200  Faks : 03-2697 0786
Website: www.jkkn.gov.my  E-mel: ukk@jkkn.gov.my 
Platform Media Sosial Rasmi JKKN:
Facebook: @Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan @mysenibudaya
Instagram, Twitter & You Tube: @mysenibudaya 

SUMBER:Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Nurfatin Fatini binti Norazlan
Penolong Pengarah
Unit Komunikasi Korporat , JKKN 
Tel: 03-2614 8200/ 017-869 8807
E-mel: nurfatin@jkkn.gov.my

Nama: Mohd Zulhafiz Mohd Noor
Pegawai Kebudayaan
JKKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel: 03-20726431 / 017-2533659
E-mel: zulhafiz@jkkn.gov.my

--BERNAMA
Back to Home