Dr. Samir J. Serhan, Ketua Pegawai Eksekutif Acwa (kiri), dan R. Blair Thomas, Ketua Pegawai Eksekutif EIG (kanan)Kerjasama ini menggabungkan kepakaran EIG dalam pembangunan platform, pelaburan dan pembiayaan dengan keupayaan Acwa membangunkan serta mengendalikan projek penjanaan elektrik berskala besar. Pelancarannya disasarkan dengan komitmen ekuiti awal kira-kira $4 bilion WASHINGTON & RIYADH, Arab Saudi, 30 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EIG, pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global, dan Acwa, salah satu pengeluar tenaga elektrik bebas terbesar di dunia yang tersenarai di bursa saham Arab Saudi, hari ini mengumumkan bahawa kedua-dua pihak telah memeterai perjanjian muktamad untuk menubuhkan Plenum Power, sebuah kerjasama strategik yang memberi tumpuan kepada peluang pelaburan di Amerika Syarikat.
Berlandaskan hubungan yang telah terjalin, termasuk kerjasama terdahulu dalam projek di Timur Tengah, EIG dan Acwa kini berganding bahu meneroka peluang dalam sektor tenaga elektrik A.S. melalui Plenum Power. Kedua-dua pihak menyasarkan pelancaran Plenum Power dengan komitmen ekuiti awal kira-kira $4 bilion. Kerjasama ini menggabungkan keupayaan global Acwa dalam membangunkan, membiayai, membina dan mengendalikan infrastruktur berskala besar yang merangkumi penjanaan tenaga elektrik konvensional dan boleh baharu serta penyimpanan tenaga, disokong oleh rekod prestasi yang terbukti dalam melaksanakan projek berskala besar, menawarkan kos tenaga yang kompetitif dan mengekalkan prestasi operasi yang kukuh. Keupayaan tersebut dilengkapi dengan pengalaman EIG dalam mengenal pasti peluang, menubuhkan, membiayai dan mengembangkan platform infrastruktur tenaga.
Plenum Power dilancarkan ketika peningkatan permintaan elektrik, yang didorong oleh elektrifikasi dan perkembangan pesat pusat data AI, dijangka membuka peluang pelaburan yang besar dalam sektor tenaga elektrik A.S. EIG dan Acwa percaya bahawa usaha memenuhi permintaan ini pada kos berpatutan dan dengan bekalan yang boleh dipercayai memerlukan kapasiti penjanaan baharu, penyimpanan tenaga serta pelaburan dalam infrastruktur sedia ada. Kedua-dua pihak turut melihat keadaan ini sebagai peluang untuk meneroka pemerolehan secara bersama, membangunkan kapasiti baharu dan menyokong fasa pertumbuhan seterusnya bagi infrastruktur tenaga elektrik A.S.
R. Blair Thomas, Ketua Pegawai Eksekutif EIG, berkata: “Industri tenaga elektrik A.S. kini berada pada titik perubahan penting, dengan permintaan yang semakin pesat apabila AI, pusat data dan elektrifikasi membentuk semula pasaran. Pada masa yang sama, kami berpandangan bahawa gangguan dalam pembangunan tenaga boleh baharu baru-baru ini akibat perubahan kawal selia, inflasi kos rantaian bekalan dan kadar faedah di A.S. mewujudkan peluang kemasukan pasaran yang menarik bagi pemain baharu berskala besar. Kami percaya perkembangan ini akan mendorong penyatuan dalam industri, manakala keupayaan operasi global Acwa yang digabungkan dengan pengalaman EIG dalam pelaburan, pembiayaan dan pembangunan platform meletakkan Plenum Power pada kedudukan yang kukuh dalam persekitaran pasaran yang terus berkembang ini. Kami juga bertuah kerana mempunyai hubungan erat dengan Acwa dan Arab Saudi (KSA), yang menjadi asas kukuh untuk kami meneruskan inisiatif baharu ini.”Dr. Samir J. Serhan, Ketua Pegawai Eksekutif Acwa, berkata: “Amerika Syarikat menawarkan peluang besar kepada Acwa untuk membawa kepakaran globalnya dalam membangunkan, membiayai dan mengendalikan infrastruktur tenaga elektrik berskala besar ke salah satu pasaran tenaga paling dinamik di dunia. Ketika permintaan elektrik meningkat pesat, usaha memenuhi pertumbuhan tersebut dijangka memerlukan pelaburan yang besar, kapasiti penjanaan yang boleh dipercayai serta keupayaan melaksanakan projek dengan cekap dan pada skala besar. Kerjasama kami dengan EIG menggabungkan kekuatan yang saling melengkapi dalam pelaburan, pembangunan dan pengendalian infrastruktur, sekali gus mewujudkan asas yang kukuh untuk meneroka peluang dalam penjanaan tenaga elektrik konvensional dan boleh baharu serta penyimpanan tenaga. Ini menandakan langkah penting dalam memperluas kehadiran antarabangsa Acwa dan menyokong pembangunan infrastruktur tenaga yang berdaya tahan serta berdaya saing di Amerika Syarikat.”Andrew Ellenbogen, Presiden EIG, berkata: “Perniagaan pelaburan strategik kami berteraskan tesis pelaburan yang diyakini kukuh dalam sektor yang sedang mengalami perubahan struktur. Plenum Power dibangunkan berlandaskan pendekatan pembentukan platform yang telah diterapkan oleh EIG dalam inisiatif strategik terdahulu merangkumi minyak dan gas, LNG serta penyimpanan tenaga bateri. Pendekatan ini menggabungkan keupayaan EIG dalam mengenal pasti peluang pelaburan, penggemblengan modal serta penggabungan dan pengambilalihan (M&A) dengan kepakaran global Acwa dalam pembangunan dan operasi. Bersama-sama, kami berhasrat membangunkan platform tenaga elektrik berskala besar di A.S. yang mampu berkembang melalui pemerolehan dan pembangunan kapasiti baharu.”Dr. Samir J. Serhan, Ketua Pegawai Eksekutif Acwa, menambah: “Aspirasi kami adalah untuk mengenal pasti peluang pelaburan yang berpotensi menjadi aset infrastruktur berprestasi tinggi dan menjana nilai jangka panjang. Acwa membawa pengalaman selama beberapa dekad dalam mengurus projek kompleks sepanjang keseluruhan kitaran hayatnya, daripada pembangunan dan pembiayaan hinggalah kepada operasi dan pengoptimuman. Bersama EIG, kami berhasrat menerapkan pendekatan berdisiplin ini untuk membangunkan platform infrastruktur tenaga elektrik yang berdaya saing dan berdaya tahan bagi menyokong keperluan tenaga Amerika Syarikat yang terus berkembang.”Bagi EIG, kerjasama ini merupakan peluasan strateginya dalam sektor penjanaan tenaga elektrik di A.S. EIG telah membuat komitmen pelaburan melebihi $14.2 bilion dalam penjanaan tenaga elektrik, tenaga boleh baharu, penyimpanan tenaga serta infrastruktur berkaitan peralihan tenaga di seluruh dunia. Pengalaman ini menjadi asas kepada pendekatan firma tersebut dalam membangunkan dan mengembangkan perniagaan tenaga.
Bagi Acwa, syarikat penyahgaraman air swasta terbesar di dunia, peneraju dalam peralihan tenaga dan perintis pembangunan hidrogen hijau berskala besar, kerjasama ini menawarkan peluang strategik untuk memperluas kehadirannya dalam salah satu pasaran tenaga elektrik utama dunia. Langkah ini berlandaskan pengalaman Acwa dalam melaksanakan projek infrastruktur berskala besar di Timur Tengah, Asia dan pasaran antarabangsa lain. Dengan portfolio global yang merangkumi 111 aset di 16 negara, mewakili aset di bawah pengurusan bernilai AS$127 bilion, Acwa memiliki keupayaan luas dalam pembangunan, pelaburan, pembiayaan, pembinaan, operasi dan pengoptimuman aset. Kerjasama ini akan memanfaatkan keupayaan tersebut dalam menilai peluang pemerolehan dan pembangunan di Amerika Syarikat.
Siaran media ini adalah untuk tujuan makluman sahaja. Siaran ini tidak merupakan tawaran untuk menjual sekuriti atau pelawaan untuk membuat tawaran membeli sekuriti. Sebarang penawaran hanya akan dibuat kepada pelabur yang layak berdasarkan dokumen penawaran sulit dan tertakluk pada undang-undang sekuriti yang berkenaan.Maklumat Tentang EIGEIG ialah pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global, dengan aset di bawah pengurusan bernilai $27.1 bilion setakat 30 Jun 2026. EIG mengkhusus dalam pelaburan swasta dalam sektor tenaga dan infrastruktur berkaitan tenaga di seluruh dunia. Sepanjang 44 tahun penubuhannya, EIG telah membuat komitmen pelaburan melebihi $55 bilion dalam sektor tenaga melalui 429 projek atau syarikat di 44 negara merentasi enam benua. Pelanggan EIG merangkumi banyak pelan pencen, syarikat insurans, dana endowmen, yayasan dan dana kekayaan negara terkemuka di A.S., Asia dan Eropah. EIG beribu pejabat di Washington, D.C., dengan pejabat di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong dan Seoul. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web EIG di
www.eigpartners.com.
Maklumat tentang AcwaAcwa (TADAWUL: 2082) ialah syarikat yang tersenarai di bursa saham Arab Saudi dan merupakan syarikat penyahgaraman air swasta terbesar di dunia, perintis dalam bidang hidrogen hijau serta peneraju peralihan tenaga global. Didaftarkan dan ditubuhkan pada 2004 di Riyadh, Arab Saudi, Acwa menggaji lebih 4,000 kakitangan dan kini mempunyai kehadiran di 16 negara merentasi Timur Tengah, Afrika, Asia Tengah dan Asia Tenggara. Setakat Julai 2026, portfolio Acwa merangkumi 111 aset yang sedang beroperasi, berada pada peringkat pembangunan lanjutan atau dalam pembinaan, mewakili aset di bawah pengurusan bernilai SAR475 bilion / AS$127 bilion. Portfolio ini mempunyai kapasiti penjanaan elektrik sebanyak 98.2 GW (termasuk 52.3 GW daripada tenaga boleh baharu) serta kapasiti pengeluaran air ternyahgaram sebanyak 9.7 juta m³ sehari. Tenaga dan air yang dihasilkan oleh aset Acwa dibekalkan secara pukal bagi memenuhi keperluan syarikat utiliti milik kerajaan dan sektor perindustrian melalui kontrak pembelian jangka panjang dengan pembeli hasil (off-taker), berasaskan model penyumberan luar perkhidmatan utiliti dan perkongsian awam-swasta. Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.acwapower.com.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20261028377569/en HubungiHubungan MediaEIGFGS Global
Kelly Kimberly / Brandon Messina
+1 212-687-8080
EIG@fgsglobal.com AcwaHalah Mohsen
Pengarah – Hal Ehwal Media dan Komunikasi Luaran
hmohsen@acwapower.commedia.inquiries@acwapower.com Sumber: EIG and Acwa
--BERNAMA