YB Datuk Joniston Bangkuai (tengah) bergambar bersama para penari di malam perasmian Ritma Kinabalu, Padang Merdeka, Kota Kinabalu, SabahKOTA KINABALU, 6 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) telah menganjurkan Ritma Kinabalu atau
Rhythms of Kinabalu (ROK) 2026 pada 2 hingga 4 Oktober 2026 bertempat di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah, bermula pukul 8.30 pagi hingga 11.00 malam.
ROK merupakan salah satu daripada 15 Program Pelancongan Budaya yang dilaksanakan oleh JKKN pada tahun 2026, dan dikelolakan oleh JKKN Sabah sebagai platform memperkenalkan serta mengetengahkan kekayaan seni dan budaya tempatan, khususnya muzik. Memasuki edisi ke-12 sejak mula dianjurkan pada tahun 2011, program ini terus memperkukuh usaha memartabatkan warisan tidak ketara negeri Sabah.
Majlis Perasmian ROK 2026 telah disempurnakan oleh YB Datuk Joniston Bangkuai, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah. Turut hadir YBhg. Dato’ Mohd Yusri bin Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC, YB Dr. Andi Md Shamsureezal bin Mohd Sainal, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah; YBhg. Datuk Mohd Razali bin Wahab, Setiausaha Persekutuan Sabah; serta YBrs. Encik Mohd Amran bin Mohd Haris, Ketua Pengarah JKKN.
Kemuncak Malam Gala dan Perasmian Ritma Kinabalu 2026 mengangkat kekayaan seni budaya Sabah menerusi persembahan khas yang menggabungkan muzik tradisional dan moden berteraskan karya tempatan serta lagenda terkenal negeri Sabah. Membabitkan seramai 156 pemuzik dan penari, persembahan tersebut dipersembahkan menerusi lima segmen utama, iaitu Lagenda Aki Nabalu, Lagenda Huminodun, Lagenda Pahlawan Antanom, Pahlawan Kuda serta Arung Salamiah.
Persembahan turut menampilkan artis tempatan seperti Elica Paujin dan Den Bisa, serta penglibatan Kumpulan the Male-Efficient, Razali Kulintangan, Kumpulan MuTraS, Kumpulan Kesenian JKKN Sabah, Kumpulan D’Borneo Arts, Kumpulan Penari Kinabalu, Kumpulan Bimbingan Seni Cemerlang (KBSC) JKKN, Kumpulan Satelit JKKN, Aidil@Dielo (Juara Dance World Cup 2026), Gelvia Vanessa Jenny (Unduk Ngadau Kaamatan 2026), Dyeneley Daud (Randawi Tavantang Kaamatan 2026), Syafikah Abdul Jahiq (Ratu Lepa 2026) dan Aiman Atirah Maisarah Zaidin (Ratu Serimpak 2025).
Pelbagai aktiviti menarik turut dilaksanakan, antaranya Kampung Budaya, Tamu Seni, demonstrasi seni dan budaya serta Perarakan Budaya sejauh 3 kilometer yang menghimpunkan 110 peserta daripada pelbagai etnik Sabah. Program ini turut mengetengahkan pencungkilan bakat dan penglibatan masyarakat menerusi Miss ROK,
Voice of Ethnic, Sukan Rakyat, Senam Seni 2.0, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Kuiz Interaktif serta pelbagai pengisian lain yang meraikan kepelbagaian seni dan budaya Sabah.
Dikeluarkan Oleh:Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Tel: 03-2614 8200 Faks: 03-2697 0786
Laman Sesawang:
www.jkkn.gov.my E-mel:
ukk@jkkn.gov.myPlatform Media Sosial Rasmi JKKN:Facebook: @Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan @mysenibudaya
Instagram, Twitter & YouTube: @mysenibudaya
SUMBER: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:Nama: Naurah Dariah binti JaniurPengarahUnit Komunikasi KorporatTel: 019-320 5214 / 03-2614 8200 / 019-809 1805E-mel: doria@jkkn.gov.my Nama: Amedah binti GasinPegawai KebudayaanJKKN SabahTel: 088-205070 / 019 256 7163E-mel: ameda@jkkn.gov.my--BERNAMA