​Kolej Yantai Teroka Pendekatan Baharu untuk Memperluas Pendidikan Vokasional ke Peringkat Global

Released on: Thursday, 24 Sep 2026 4:40PM

YANTAI, China, 24 Sept., 2026 /Xinhua-AsiaNet/--

Kolej Vokasional Yantai pada Ogos telah menghantar dua orang tenaga pengajarnya, Zhao Yuhu dan Wang Guangyi, ke Kolej Teknikal KWT dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Malaysia bagi mengikuti program latihan selama 15 hari untuk tenaga pengajar dalam bidang teknologi kenderaan tenaga baharu (NEV). Dengan b erbekalkan pencapaian kolej itu dalam membangunkan program NEV mereka menerusi inisiatif nasional “Double High-Level”, serta kerjasama industri-akademik dengan BYD Industrial College, program tersebut menyediakan latihan sistematik kepada tenaga pengajar dari universiti tempatan dan institusi vokasional dalam tiga teknologi teras NEV, iaitu bateri, motor elektrik dan sistem kawalan elektronik. Program itu turut memperkenalkan rangka kerja kurikulum NEV serta model latihan amali yang dibangunkan di China, sekali gus menjadi langkah konkrit dalam usaha kolej untuk memperluaskan pendidikan dan latihan vokasional ke luar negara dan menyokong kerjasama industri di peringkat antarabangsa.

“Kami pernah datang ke China sebelum ini untuk mengikuti program latihan jangka pendek, tetapi ini merupakan kali pertama kami berpeluang menimba ilmu daripada pakar yang bukan sahaja mempunyai pengalaman praktikal dalam industri, malah turut memiliki kepakaran dalam pendidikan vokasional,” kata Mohd Haidzir, seorang tenaga pengajar yang menyertai program tersebut, yang menyifatkan latihan itu amat bermanfaat. Menerusi pendekatan “Dwi-Laluan China-Malaysia”, program latihan berkenaan menggabungkan pengajaran teori, demonstrasi kurikulum, latihan amali pengendalian kenderaan serta seminar tematik. Pendekatan ini bukan sahaja membolehkan tenaga pengajar Malaysia untuk memperoleh pemahaman yang menyeluruh dan sistematik mengenai teknologi teras NEV, malah menterjemahkan piawaian profesional, piawaian kurikulum serta piawaian pembangunan bakat bagi program NEV yang diterapkan oleh kolej berkenaan kepada amalan pengajaran dan latihan yang praktikal. Dengan pendekatan tersebut, program ini membawa kepakaran China dalam teknologi NEV dan pendidikan vokasional ke Malaysia, di samping meneroka model kerjasama antarabangsa yang berteraskan latihan teknikal, diperkukuhkan menerusi jalinan industri-akademik dan bertumpukan kepada pembangunan kecekapan.

Inisiatif ini telah membuka satu ruang baharu bagi kerjasama di antara China dan Malaysia dalam bidang pendidikan vokasional dan industri, selain menyediakan contoh praktikal tentang cara bagaimana institusi pendidikan vokasional China dapat berkongsi kepakaran serta model latihan mereka di peringkat antarabangsa.

SUMBER: Kolej Vokasional Yantai

--BERNAMA
Back to Home