PANTAI TANJUNG BIDARA, MELAKA, 24 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka menerusi Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Negeri Melaka (PPSPM) serta Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), menganjurkan
Festival Seni Selat & Sungai Melaka (FSSSM) 2026 pada
18 hingga 20 September 2026 di Dataran Pantai Tanjung Bidara, Melaka. Mengangkat tema
“Mulanya di Sini… Pusat Pertemuan Budaya”, FSSSM 2026 mengetengahkan keunikan dan kepelbagaian seni budaya yang berkembang hasil daripada pertembungan pelbagai budaya di sepanjang perairan Selat Melaka.
Kemuncak FSSSM 2026 ialah Malam Budaya Tanjung Bidara (MBTB) yang menampilkan persembahan menggabungkan elemen sejarah, kearifan tempatan dan hiburan semasa. Antara pengisian utama MBTB 2026 ialah persembahan melibatkan
1,000 penari yang menghidupkan pentas menerusi seleksi lagu dan tarian Dondang Sayang, Zapin dan Joget. Persembahan tersebut turut melibatkan penyertaan NGO seni budaya serta sukarelawan yang tampil dalam busana tradisional pelbagai kaum, sekali gus menyerlahkan kepelbagaian seni budaya di Melaka.
MBTB 2026 turut menampilkan barisan artis dan penggiat seni antaranya
Haziq Rosebi, Wanie Kayrie, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Hattan, Yasser Fikri, Kumpulan Kesenian JKKN Melaka, Kumpulan Tari Program Bimbingan Hujung Minggu JKKN Melaka, Fakulti Tari ASWARA, Persatuan Peranakan Cina Melaka, Troupe De Do Marina dan ramai lagi.
Sepanjang tiga (3) hari penganjuran, pelbagai pengisian diadakan antaranya
Tempur Cabaran Joget X Zapin, Ratu Kebaya Selat Melaka, Pencarian Suara Datuk Jamal Abdillah, Pertandingan Bintang Irama Selat Melaka, Banana Boat Riding, Jet Ski, Mini Fun Ride pengedaran makanan warisan seperti Nasi Lemak Kukus Melaka dan roti canai. Segmen keilmuan pula diperkaya menerusi sesi
Audio Siar (Podcast). FSSSM 2026 diharap dapat terus menjadi platform yang memperkukuh jaringan komuniti seni dan budaya, merancakkan aktiviti pelancongan serta mengangkat Selat Melaka sebagai ruang pertemuan budaya yang kaya dengan sejarah, warisan dan kepelbagaian.
Festival ini telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka. Hadir menyerikan majlis ialah YBhg. Datuk Surrendren Sathasivam, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MOTAC serta YBrs. Encik Mohd Amran bin Mohd Haris, Ketua Pengarah JKKN.
Keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari laman sesawang JKKN iaitu
www.jkkn.gov.my ataupun boleh layari
facebook JKKN melalui pautan
www.facebook.com/mysenibudaya.
Dikeluarkan Oleh:Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Tel: 03-2614 8200 Faks: 03-2697 0786
Laman Sesawang:
www.jkkn.gov.my E-mel:
ukk@jkkn.gov.myPlatform Media Sosial Rasmi JKKN:Facebook: @Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan @mysenibudaya
Instagram, Twitter & YouTube: Mysenibudaya
SUMBER: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: Nama: Puan Naurah Daria Janiur
Pengarah
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Tel: 019 – 3205214
E-mel: doria@jkkn.gov.my
Nama: Encik Danison M. Manium
Pegawai Kebudayaan
Unit Komunikasi Korporat JKKN Melaka
Tel : 012 – 287 3461
E-mel: danison@jkkn.gov.my
--BERNAMA